- C14 -

1.9K 160 34
                                    

Seminggu berlalu , Hanseol masih lagi mengendahkan Taehyung . Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan kenangan manisnya bersama Taehyung . Dalam tempoh seminggu itu , Taehyung cuba untuk memujuk Hanseol tetapi dalam masa yang sama hubungannya dengan Jihye semakin erat .

Dia sering pulang pada lewat malam . Kadang tu tak balik langsung . Kena santau gamaknya sampai lupa jalan pulang ke rumah . Setiap hari juga Hanseol akan bertemu dengan Jimin . Walaupun Jimin suka akannya tapi dia tidak berkelakuan tidak senonoh terhadap Hanseol malah tidak berniat untuk mengambil Hanseol dari Taehyung .

Hanseol bersiap untuk ke class . Dia bangun pada pukul 12 tengah hari kerana classnya bermula pada waktu petang . Lantaklah Taehyung nak kata apa pun janji dia dapat memenuhi tidurnya yang tertangguh pada hari-hari yang lalu .

Beg digalas dibahu dan beberapa file dipegang . "Awak nak saya hantarkan ? Harini langit mendung , kalau hujan lambat pulak awak masuk kelas" pujuk Taehyung yang berdiri menghalang Hanseol dari membuka pintu .

"Saya dah call grab . Nanti awak susah pulak nak jumpa Jihye" dengan hanya ayat yang pendek mampu membuatkan Taehyung tersentak . Gila babi ka yeoja ni tiba-tiba pandai perli orang .

Seraya telefon bimbit kepunyaan Taehyung berbunyi . "Nae Jihye-shi..." jawab Taehyung sambil melihat Hanseol dengan pandangan yang kecut . "Panjang umur" bisik Hanseol sambil menyarungkan kasut .

"Jimin ?! Awak dekat mana sekarang ?!" Hanseol yang sedang memakai kasut turut terkejut apabila mendengar nama Jimin disebut lalu Taehyung menamatkan pangilan . "What's wrong ?" soal Hanseol cuba mengawal muka cuaknya .

"Jihye..... Jimin culik Jihye ! Saya nak pergi selamatkan dia" katanya terburu-buru mengambil kunci kereta . "Saya ikut" dengan tak tahu malunya Hanseol memasuki kereta . Bukan apa , dia tak kisah pon pasal Jihye . Cuma dia takut Jimin berkelakuan tak tentu pasal . Silap hari bulan mati muda si Jihye tu .

Setibanya di sebuah rumah flat yang terletak di bandar Seoul itu juga , Hanseol lebih awal untuk turun dari kereta dan mencari bilik dimana mereka berada . Taehyung juga mengatur langkah ke dalam rumah flat usang itu .

Satu demi satu dipekupnya telinga di pintu sehinggalah tiba di bilik bernombor 2-17 . Lantas Taehyung memecah masuk ke dalam . Tercabut pintu dibuatnya Taehyung . "Taehyung tolong !" kedengaran jeritan Jihye dari dalam bilik .

Hanseol tersentak apabila melihat Jimin yang meletakkan pisau di leher Jihye . Mata Hanseol mulai bersungai oleh kerana melihat keadaan Jimin yang tidak terkawal itu . Dia tahu Jimin mengalami mental illness dan sering menangis semenjak mereka pulang dari bercamling dan Hanseol lah yang sering mengingatkan Jimin untuk mengambil ubat .

"Jimin apa yang kau buat ni ?! Lepaskan dia !" tengking Taehyung yang berada di hadapan Hanseol . Dia berfikir sejenak lalu memegang lengan Taehyung tanda untuk memberi ruang kepadanya . Lalu Hanseol menghampiri Jimin dan Jihye yang sedang meraung .


"Jangan dekat..." larang Jimin semakin menggenggam pisau yang dipegangnya . "Jimin... apa yang awak dah janji dengan saya ? Awak janji takkan lukakan sapa-sapa . Awak ingatkan ?" ujar Hanseol cuba untuk memujuk Jimin .


Raut wajah Jimin mulai lembut . "Awak janji dengan saya taknak tinggalkan waktu untuk makan ubat kan ? Awak nak ka tengok saya nangis lagi ?" Jimin menggeleng dengan matanya yang semakin sayu . Taehyung menjadi hairan dengan apa yang disebut Hanseol . Janji ? Ubat ?


"Awak sayangkan saya kan ? Lepaskan Jihye" pujuk Hanseol lagi . Kali ini Jimin termakan dengan pujuk rayu Hanseol lalu melepaskan Jihye dan juga pisau yang dipegangnya tadi . Jihye berlari ke arah Taehyung lalu memeluk Taehyung . Kepala babi punya betina ingat Hanseol tak nampak ka .

Hanseol mendekati Jimin lalu memeluknya dengan erat . Ya dia peluk Jimin kerana Jimin perlukan seseorang untuk menenangkannya . "See awak tepati janji saya . Jangan risau saya takkan tinggalkan awak" bisik Hanseol sambil mengurut belakang Jimin . "Saya minta maaf , saya minta maaf...." kepalanya berehat di bahu Hanseol sambil menangis .

"Awak makan ubat lepas tu awak rehat okay ? Dah pukul berapa dah ni" dia mengelap air mata Jimin . Memang nampak seperti kebudak-budakan tetapi ini sahaja cara untuk menenangkan hatinya . Taehyung pula sudah hangat hati . Keliru pun ada , bengang pun ada .


-----


"Hanseol we need to talk" ujar Taehyung dimana mereka berada di rumah Jimin . Jimin sudah pun tidur di biliknya . Jihye pula sudah menunggu di dalam kereta untuk dihantar pulang oleh Taehyung .  "Awak nak gaduh lagi time-time macam ni ?" dia cuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan marahnya tetapi Taehyung sudah memulakan pergaduhan .


"Berani awak peluk dia depan saya kan" nada suara Taehyung menjadi begitu serius . "Tch kenapa ? Awak sakit hati ? Awak tak tahu saya ni lagi sakit tau . Awak tak nampak ke keadaan chingu awak macam mana sekarang ni ? Dia sakit tau . Awak ? Awak sihat ja , lagipun Jihye boleh jaga awak" jawab Hanseol selamba .

"Awak ni tak habis-habis dengan Jihye kan" Taehyung mula berasa annoying dengan Hanseol yang asyik kaitkan Jihye dalam semua hal . "Habis saya nak mention sapa lagi ? Awak nak jealous ? Jealous lah . Dah sebulan saya pendam perasaan ni . Awak tak pernah pun fikir pasal perasaan saya . Saya bagi awak peluang kedua... tapi awak buat tak endah ja . Awak ingat saya takda perasaan ka ?! Apa saya dalam hati awak ?! Saya penat lah dengan awak ! Saya penat ! Awak ingat saya ni patung ka ? Saya pon ada hati and perasaan.... awak pernah fikir ka pasal semua tu ? Tak....awak tak fikir pasal semua tu . Awak bawak balik yeoja tu ! Awak buat macam saya tak wujud dalam rumah tu ! Lepas tu awak pujuk saya macam takda apa  .Saya... macam perempuan murah... terhegeh dekat awak , ambik tau pasal awak . Saya ingat awak sayangkan saya tapi tak , saya silap . Saya minta maaf sebab hadir dalam hidup awak... saya takkan ganggu awak lagi lepas ni . Saya sakit.." tidak henti-henti air mata Hanseol mengalir .

"Hanseol..." suara Taehyung tersekat . Matanya mula berair . Dia berasa serba salah atas apa yang telah dia lakukan selama ini . Dia telah sia-siakan bidadari yang betul-betul sayangkan dia .


Taehyung sedar yang dia tak mampu membahagiakan Hanseol dan dia juga tak mampu untuk melupakan bidadari tersebut . Mula terbit rasa sayangnya terhadap Hanseol sejak lama lagi . Dia menerima Jihye atas sebab tidak mahu menyakiti hatinya sebagaimana dia menerima Hanseol pada awalnya . Kerana di takut untuk melukakan hati Hanseol . Tapi apa yang dia buat selama ini semuanya telah melukakan hati Hanseol yang teramat sangat sehinggakan bidadari tersebut menangis sepanjang malam .

"Sudah lah , pergi hantar Jihye unnie balik . Kesian dia" Hanseol melangkahkan kakinya ke bilik Jimin . Dan hujan mulai turun . Taehyung yang masih lagi tergamam lantas bergerak ke kereta untuk menghantar Jihye .


Setibanya di hadapan rumah Jihye , dia menekan lock pintu supaya Jihye tidak dapat keluar . "Jihye saya.... saya rasa saya tak patut bersama dengan awak . Saya minta maaf sebab baru sekarang saya bagitau awak and saya tahu ini bukan waktu yang sesuai . Tapi.....saya betul-betul minta maaf"



Masing-masing terkedu . "Gwenchanha" hanya sepatah yang dijawab Jihye .

                                  -

PLAY | KTHWhere stories live. Discover now