- C8 -

2.7K 163 5
                                    

Selamat Hari Raya dari saya <3 Author publish satu chapter dulu sbb author tanak korang kelam kabut nk baca ni ka nk beraya ka nk tolong mak ka haa author pun busy nk beraya . Nanti author update lgi okay ? Enjoy !

"Sampai bila awak nak mengelak dari saya ?!"

Agak terkejut atas tindakan Taehyung lantas Hanseol menengking Taehyung semula . "Sampai bila-bila pun awak tak kesah !" . Tanpa berlengah dia mengatur langkahnya dengan tapak kaki yang tidak henti mengeluarkan darah .

Langsung Taehyung mengangkat Hanseol bride style ke dalam biliknya . "Yah ! Lepas lah !" tergapai-gapai Hanseol dibuatnya . Dilemparnya Hanseol di atas katil lalu mengambil alat perubatan untuk merawat luka Hanseol yang agak teruk itu .

Raut wajah Taehyung masih lagi bengis sewaktu dia mengelap darah yang keluar dari kaki Hanseol . Hanseol langsung tidak berkata apa-apa kerana takut akan Taehyung . Selesai balut , dia mengalihkan alat perubatan tersebut lalu melihat Hanseol sambil melutut dan memegang tangan Hanseol . Wajahnya kembali lembut selembut slime .

"Saya tak tau sebenarnya kenapa awak marahkan saya sampai macam ni . Tapi saya nak minta maaf sebab buat awak emosi dalam beberapa hari ni" dapat dirasakan bahawa Taehyung betul-betul ikhlas .


"Awak tak bagitau saya pun yang awak nak keluar dengan Jihye unnie . Bila saya call awak suruh ambik saya , awak kata awak busy" ujar Hanseol sambil mencebik .


Taehyung ketawa kecil sebelum menerangkan segalanya kepada Hanseol " Saya tak keluar pun kan semalam ? Lagipun pasal dinner tu Jimin pun ikut . Takkan saya nak tinggalkan awak sorang-sorang dengan hujan lebat semalam . Tak sakit ka "


Tiba-tiba sahaja dia soal tentang sakit . "Sakit apa ?" soal Hanseol tertanya-tanya . Anak mata Taehyung tak habis-habis memandang ke arah kemaluan Hanseol . Sedar akan tindakan Taehyung terus dia menarik selimut supaya menutupi kawasan tersebut .


"Sakit la" jawab Hanseol perlahan sambil tertunduk tersipul malu . "Itu pun nak marah lama-lama . Nanti kena lagi teruk baru tau biar takboleh keluar rumah"


-----

Beberapa hari berlalu , kaki Hanseol kembali sembuh seperti sedia kala . Cuma terasa sedikit kejang . Taehyung pula asyik sibuk dengan kerjanya sehinggakan balik pada lewat malam .

Waktu Mr Seokjin telah pun berlangsung . Hari demi hari Seokjin semakin rapat dengan Hanseol . Anjing-anjing yang dipelihara olehnya itu sudah menjadi kawan kepada Hanseol .

Hari sudah lewat malam , Holly Cafe sudah pun ditutup . Hanseol mengatur langkah untuk ke stesen bas apabila seekor anjing berwarna putih yang lehernya diikat dengan tali berwarna hitam besertakan loceng menyalak lembut . 


"Omoo kyeopta !" kepala anjing tersebut diusap perlahan oleh Hanseol sehinggalah kedengaran suara seorang namja "Nama di Gureum" .


Terkejut apabila dia melihat Jungkook berdiri di hadapannya lalu dia bangun dan meneruskan langkahnya . "Nampaknya Gureum sukakan awak" ujar Jungkook membuatkan Hanseol berhenti .


-----

Suasana di dalam bas pada pukul 9 malam amatlah sunyi . Kelihatan Jungkook yang melambaikan tangan dari bawah lalu Hanseol melambai semula dan mengukirkan senyuman kecil .


"Nampaknya Gureum sukakan awak"


Selangkah demi selangkah Hanseol mengundur . "Jangan pergi , saya takkan apa-apakan awak" . Dengan itu , Hanseol berhenti sambil melihat Jungkook yang semakin menghampirinya dan seekor anjing yang diberi nama Gureum .


"Saya boleh explain" lalu mereka berhenti di taman permainan yang berhampiran di kawasan tersebut .


-----


Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam . Sudah 2 jam Hanseol tiba di rumah tetapi Taehyung masih lagi tidak kelihatan . Dia masih lagi tidak makan , perutnya membuat World Tour yang begitu rancak . Kedengaran pintu rumah dibuka dan tapak kaki Taehyung memasuki bilik .


Tanpa berlengah , Hanseol membuka pintu bilik Taehyung dengan perlahan . "Awak... balik lambat kenapa ?" soal Hanseol masih lagi berdiri di hadapan pintu . Taehyung yang sedang membuka bajunya itu lantas menarik Hanseol ke dalam dakapannya . "Saya baru balik kerja , saya dah belikan makanan untuk awak" Hanseol merehatkan kepalanya di atas dada bidang Taehyung .


"Boleh saya tanya something ?" lalu mereka duduk di atas katil yang bercadarkan kain berwarna biru gelap . "Tanya apa ?"


"Awak kerja apa ?" soalan yang ditujukan oleh Hanseol membuatkan Taehyung terdiam sementara . "Saya kerja dekat office appa saya tapi jarang² la"


"Ouhh patut la awak tak pernah skip nak bayar duit sewa" ujar Hanseol seperti kanak-kanak . Tetapi Taehyung asyik merenung seperti memikirkan sesuatu . "Taetae~" panggil Hanseol sambil menyengetkan kepalanya mengikut Taehyung dengan nada yang comel .


"Ikut saya" tiba-tiba sahaja dia terjaga dari lamunannya lantas menarik lengan Hanseol . "Pergi mana ?" soal Hanseol terkinja-kinja mengikut Taehyung .

-----


Sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan pagar rumah ahjumma . Rumah tersebut tidaklah terlalu usang . Sepanjang perjalan langsung Hanseol tidak menanyakan apa-apa . Kalau tanya bukannya Taehyung nak jawab .

Pintu pagar dibuka perlahan , bunyi bising dari pintu itu membuatkan bulu kemaluan Hanseol berdiri . "Omma...Taehyung balik ni" suara Taehyung yang garau itu bertukar menjadi lembut . Hanseol pula terkejut apabila Taehyung memanggil sedemikian . Gila ka apa ribut tak angin tak tiba-tiba bawak dia datang ke rumah ommanya .


"Taehyung ?" suara lembut seorang ahjumma menyelubungi ruang tamu yang sunyi itu . Hanseol masih lagi keliru kerana Taehyung membantu ommanya untuk duduk . "Taehyung bawak kawan , Hanseol" bisik Taehyung membolehkan Hanseol mendengarnya .


"Kawan ? Mana ?" tangan ommanya tergapai-gapai seperti mencari seseorang . Lalu Taehyung bangun dari tempat duduknya untuk membenarkan Hanseol berada di sisi Mrs Kim . Apabila Hanseol duduk di sebelah ommanya , tangan Mrs Kim mula meraba-raba mencari tangan Hanseol lalu dia memegang tangan Mrs Kim dan membuatkan Mrs Kim tersenyum .



Mrs Kim seorang yang buta bukan sejak kecil . Dia terlibat dalam kemalangan bersama dengan Mr Kim hingga meragut nyawa Mr Kim . Setelah dari hari itu , Mrs Kim langsung tidak dapat melihat dunia luar .



"Boleh omma...sentuh muka Hanseol ?" soal Mrs Kim sambil tersenyum kecil . "Boleh" Hanseol mengambil tangan Mrs Kim lalu diletakan di mukanya supaya dia dapat menyentuh satu per satu .


Dari mata , hidung hingglah ke bibir gebus Hanseol . Perlahan air mata Mrs Kim mengalir membuatkan Hanseol turut menangis . Entah mengapa dia cukup tersentak apabila melihat keadaan Mrs Kim .


"Omma rindu... Seonghyun..." Hanseol keliru setelah mendengar nama yang tidak dikenalinya . "Seonghyun...dongsaeng saya . Dia kena masuk penjara sebab...positif dadah" terang Taehyung lalu tertunduk melihat ribanya .

Hanseol terkedu , hampir setahun dia bersama Taehyung tetapi dia tidak pernah tahu tentang ahli keluarga Taehyung . Selama ini dia memikirkan bahawa Taehyung hidup dengan senang lenang .


-----


Angin dingin meniup sepoi-sepoi bahasa menyentuh kulit gebus Hanseol . Dia menikmati suasana kampung pada waktu malam . Ia lah dia jarang nak merasa suasana begitu kerana sejak lahir lagi dia menetap di bandar .

"Tak tidur lagi ?"

                                  -

PLAY | KTHWhere stories live. Discover now