Angin bayu menyapa lembut wajah seorang perempuan, yang sedang berehat dikerusi berhadapan dengan tasik. Syifa Amira menarik nafas dalam. Pandangannya dilempar jauh ke arah tasik, kicauan burung membuatkannya terasa damai. Sudah lama dia tidak merasai semua itu, semenjak mendirikan rumah tangga bersama Haikal.
Universiti Nottingham, United Kingdom, itulah tempat ditakhdirkan dirinya bertemu dengan Haikal Irwan. Ingatannya kembali segar pada hari pertemuan tersebut.
'Ah! penatnya kaki aku ni, terasa sakit pula, si Laura ni pun satu, waktu macam nilah nak jumpa aku,' Syifa Amira berhenti, kerusi di tepi taman itu dipandangnya, dia melangkah laju tapi berhenti seketika. Dan melangkah lagi.
'Buk!,' Syifa Amira jatuh tersadung.
'Aduh!, arghhh...sakitnya buku lali ni, ouchh...' Syifa memegang pergelangan kakinya.
'Are you okay? do you need any help?,' Seorang pemuda persis perlakon Thailand Sunny Suwanmethanont yang kacak dan menjadi kegilaan ramai menghampiri, Syifa Amira menoleh. Hatinya berdebar.
'Oh, hi, my ankle hurts, and i can't move it,' Tiba-tiba senyuman diukir dibibir Syifa Amira. Hatinya menggigil.
'Don't worry, i will help you. Can you tell me if you have any other injuries or health conditions?,'
'No, just my ankle, it hurts so bad,'Syifa memegang kakinya.
'Let's have a look, shall we?,'Haikal memandang Syifa Amira dengan satu pandangan yang simpati. Syifa menggangguk. Satu perasaan aneh menjalar dihatinya.
'Ouch, that really hurts,' Syifa Amira menahan kesakitan.
'Well, i can definitely, see some swelling there. I think you have twisted your ankle,'
'Oh, great,'Syifa memandang Haikal, cuba untuk bangun.
'Let me help you get up. You need to go to hospital now to make sure it's ok,' Haikal ingin memapah Syifa Amira.
'Aduh, sakitnya, sakit sangat,'Syifa mengerang kesakitan.
'Eh, awak orang Malaysia ke?,'Haikal Ikwan tersenyum.
'Yer saya, aduh, ermm.., awak tahu Bahasa Melayu?,' Syifa kehairanan.
'Saya berasal dari Perlis, saya Haikal Irwan,'
'Ya Allah, saya ingatkan awak ni orang Thailand, rupanya berjiran dengan Thailand, aduh!,'Syifa hampir terjatuh kerana kakinya tidak stabil, namun sempat ditarik Haikal. Mata mereka bertentangan.
'Sorry,' Haikal melepaskan Syifa yang berada dipelukannya.
'Kaki saya ni sakit sangat, tak boleh nak berjalan, macam mana yer?,' Syifa gelisah.
'Ermm...I'm here for you and i'm sorry for having to do this, saya nak gendong awak terus ke kereta,' Dengan pantas Haikal menggendong Syifa Amira menuju ke pakir kereta. Jiwa Syifa Amira tiba-tiba berdendang lagu mengusik hati, takkala dirinya kini seperti dalam sebuah filem cinta yang baru saja ditontonnya.
Syifa Amira tersenyum namun pilu. Kenangan itu perlu dilupuskan dari ingatannya. Haikal Irwan tidak lagi seperti dahulu yang selalu ingin memenangi hatinya. Kini hidupnya ibarat seperti gantung tak bertali, salai tak berapi.
YOU ARE READING
DIA KEPUNYAAN TENGKU
RandomMimpi tak pernah lupus namun sentiasa memberi seribu pengertian. Syifa Amira didera oleh suaminya. Kesabarannya hampir meragut nyawanya... Cinta sejati itu hadir dikala hatinya dalam kesedihan... Dia hadir sejak dahulu, namun dia hilang. Dan kini di...