"Awak?"
Wah! Wah! Wah! Ini merupakan perjumpaan yang tidak disangka-sangka! Mimpi apa pula si Arina ni sesat masuk hospital? Hmm..seingat dia semasa mereka kecil-kecil molek dulu Arina lah yang paling laju berlari jika diajak ke tempat-tempat berbahaya seperti hospital dan klinik. Boleh ikut peserta marathon 10 KM berlari sama! Ditambah pula dengan perasaan takut,maka tenaga yang ada lebih dahsyat dari yang pernah dilihat!Siapa kata orang yang takut dengan darah, jarum, nurse, doktor, tukang masak hospital, cleaner hospital,pak gat (eh) tak boleh jadi orang yang bekerja di hospital? Siapa kata? Siapa kata? Meh jumpa dengan Arina meh!
"Awak buat apa kat sini?"
"Saya kerja jadi doktor"
"Hahahaha. Tak sangka kan,budak perempuan yang bukan main cakap tak nak jadi doktor,tiba-tiba jadi doktor"
"Hahahaha,ye la kan"
'Mamat ni memang menyakitkan hati. Aku ni baru doktor pelatih je lah'"Takpela,saya sambung kerja. Marah pulak patient tunggu Doktor Daniel yang hensem ni"
Arina mengukirkan senyuman palsu. Mengapalah dia harus bertemu dengan lelaki ini lagi? Bukannya dia benci tapi dia malu. Ahmad Daniel Hakim Bin Hanapiah itu sememangnya orang yang dia sangat kenali. Lelaki itu merupakan teman sepermainannya sewaktu kecil dahulu.
"Opah..rindu opah"
Hanya itu yang terucap di bibir manis Arina tatkala mengingati zaman kanak-kanaknya. Dari dulu sampai sekarang,dia masih tidak lupa akan pesanan-pesanan opahnya. Sememangnya Arina Zulaikha Binti Mat Rafie tidak pernah lupa jasa opah dalam mendidiknya sehingga dewasa. Meskipun opah baru sahaja meninggal dua bulan yang lalu,dia terasa seperti opah sentiasa memberi pesanan di telinganya.
'Ya Allah,kau tempatkanlah opah di kalangan orang yang beriman. Temukanlah kami di syurgaMu nanti Ya Allah. Amin'
Sebaik saja selesai mengucapkan kata-kata doa ringkas terhadap Sang Pencipta Alam iaitu Allah SWT, Arina kembali melangkah menuju ke tempat yang telah ditetapkan.
YOU ARE READING
Doktorku Cintaku
RomanceAdudududududuh!!!! Apa cerita ni sampai si adudu kepala kotak pening! Boboiboy dah sampai planet cinta ke? Eh bukan bobiboy dengan Yaya ke(merapu pulak). Ikuti kisah cinta antara dua insan berbeza dunia tapi mempunyai perasaan yang sama. Cerita in...