"Kamu berdua nak pergi mana? Awal-awal pagi dah melawa" Puan Julia menyapa anak lelaki keduanya itu. Dia sedang sibuk menyusun pinggan makanan di atas meja untuk dijadikan sarapan. "Kitorang nak pergi jejalan je mama. Petang nanti balik lah. Arin ni ha,bosan katanya" kata Daniel Hakim. Dia mencuit pinggang isterinya. Arina menggariskan senyuman di bibirnya.
"Oh,ingatkan korang nak pergi honeymoon tadi"
"Eh,mama ni. Tak la. Arina cuma nak pergi jalan-jalan je"
Daniel Hakim memandang Arina dengan pandangan sinis. Eh dia ni. "Jom la kita makan mama" Arina mengajak ibu mertuanya makan.
Selesai mengisi perut,Daniel Hakim mula memanaskan enjin kereta. Arina sudah pun duduk di sebelah tempat pemandu. Sesekali Daniel Hakim menjeling wajah isterinya. Cantik. Kereta Honda itu mula bergerak keluar dari perkarangan banglo milik Encik Hanapiah,menyusuri laju jalan tar hitam menuju destinasi.
Arina hanya mendiamkan diri sedari tadi. Dia tidak tahu mahu cakap apa. Tiba-tiba pemandu di sebelahnya menghentikan kereta."Kenapa berhenti tiba-tiba?" Tanya Arina.
Soalannya tidak dijawab. Malah pemandu itu tidak henti-henti senyum memandangnya.
"Dah kenapa awak ni?"
Daniel Hakim merapatkan diri dengan Arina. Arina membelakangkan badannya. Menakutkan betul suaminya ini.
"Awak senyap sangat tadi. Jadi saya berhentilah sekejap suruh awak bercakap"
"Ish,awak ni. Saya ingatkan kereta rosak ke apa. Ini kenapa dok pandang-pandang saya ni? Malulah"
"Biarlah. Kita kan halal"
Daniel Hakim merenung lagi mata Arina sedalam-dalamnya. Arina Zulaikha! Tabahlah! Tiba-tiba Daniel Hakim berbuat sesuatu di luar jangkaan! Arina menutup mulutnya sejurus saja Daniel Hakim kembali memandu.
"Ala jangan lah risau. Kita dah ada ikatan"
Daniel Hakim tergelak besar melihatkan wajah Arina yang merah semerah tomato. Geram pula dia dengan si Daniel Hakim ni! Ada saja benda yang dia lakukan jika ada kesempatan. Takpe,takpe ada hari Arina balas!
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Ee..cepatlah awak. Saya dah tak sabar ni"
Arina memegang tangan suaminya semasa berjalan masuk ke taman haiwan. Sudah lama dia tidak ke sini. Walaupun tidak sebesar ZOO negara,tetapi dia lebih suka di sini kerana lebih bersih. Jalannya pula tidak memeningkan seperti di ZOO negara!
"Eh katak! Comelnya!" Arina meluru ke arah seekor katak hijau yang dipegang oleh penjaga taman haiwan itu. Katak itu kecil bukan seperti katak biasa.
'Dia cakap katak comel? Kenapa dengan bini aku ni?'
Daniel Hakim mengikut langkah Arina. Dia agak geli dengan katak. Terkejut dia jadinya apabila melihat Arina beria-ria memegang katak tersebut! "Awak nak?" Arina menghulurkan tangannya yang memegang katak. Daniel Hakim menjauhkan diri. "Awak takut katak?" Tanya Arina. Daniel Hakim memandang ke arah lain seraya berkata "taklah".
Arina terasa mahu memeluk saja suaminya di situ. Serius comel!
Au!Mereka meneruskan penerokaan lagi. Yang peliknya hanya Arina yang 'excited' semacam. Lelaki yang bergelar suami itu belum menjumpai haiwan 'favourite'nya. HahahaXD
Seketika mereka berhenti di taman sarang lebah. "Awak,saya nak cuba tu" Arina mengangkat jari telunjuknya ke arah segolongan manusia yang sedang menyikat madu. Mereka berpakaian sut bewarna kuning sebagai langkah keselamatan. Sekali lagi Daniel Hakim tercengang. Isterinya ini rare betul. Berani kalah dirinya!
"Okey,tapi awak pergi sorang boleh?"
"Ala..tak naklah pergi sorang-sorang. Awak kena ikut la"
Dengan itu,secara paksa relanya Daniel Hakim membiarkan dirinya ditarik oleh Arina. Jika tidak diikut,merajuk pula gadis ini nanti. Mahu tidak mahu,dia mendekati sarang lebah itu tetapi hanya Arina yang mengambil madu. Dia kelihatan sangat seronok mengumpul madu-madu lebah.
'Apa la yang seronok sangat. Nasib sayang' getus hati Daniel Hakim.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Hakim...tunggu la dulu. Penat la" rungut Arina. Sedari tadi hanya dia yang kerap berhenti. Daniel Hakim nampak 'steady' saja menaiki bukit. Lelaki itu katanya tidak sabar mahu melawat satu-satunya spesies beruang di taman haiwan itu.
Arina yang tadinya gembira,kini menunjukkan reaksi risau. Mengapa dengan dia Daniel Hakim sendiri tidak tahu.
Kurang sihat mungkin."Lenguh ke? Marilah saya dukung" pelawa Daniel Hakim. Dia melutut di depan Arina.
"Ish,bangun lah. Malu orang tengok. Takpe,saya boleh jalan tapi awak jangan laju sangat"
"Nak malu apa. Awak kan isteri saya bukan orang lain"
"Yelah tuan. Cepatlah" Arina jalan mendahului Daniel Hakim.
"Eh tadi kata lenguh boleh pulak jalan laju-laju. Nak kena dia ni" Daniel Hakim mendekati Arina dari belakang. Tiba-tiba dia memeluk Arina. Arina yang terkejut beruk menjadi kaku tidak bergerak.
"Awak ni comel sangat tau" bisik Daniel Hakim lalu meleraikan pelukan dan berlari menaiki bukit.
Hahaha. Kasihan Arina. Hendak dikejar,dia tidak pakai seluar. Lagipun dia malu untuk berlari. Nasib badan.
YOU ARE READING
Doktorku Cintaku
Roman d'amourAdudududududuh!!!! Apa cerita ni sampai si adudu kepala kotak pening! Boboiboy dah sampai planet cinta ke? Eh bukan bobiboy dengan Yaya ke(merapu pulak). Ikuti kisah cinta antara dua insan berbeza dunia tapi mempunyai perasaan yang sama. Cerita in...