"Arin,kamu dah buat keputusan betul-betul ke?" Puan Maryam memegang bahu anak sulungnya itu. Arina memandang anak mata uminya sedalam-dalamnya. "Inshaallah umi. Arin dah buat solat istikharah dan yakin umi" balas Arina. Puan Maryam menghembus nafas lega.
"Baguslah kamu dah buat keputusan. Hospital yang kamu pilih tu pun takdelah jauh sangat. Nanti umi suruh abi belikan kereta untuk kamu pergi kerja" kata Puan Maryam.
"Eh takpelah umi. Membazir duit je. Arina boleh naik LRT mama"
"Takpelah. Bukan selalu kami belanjakan kamu barang mahal. Anggaplah ini sebagai hadiah sebab kamu dah belajar bersungguh-sungguh"
"Kalau macam tu,takpelah. Terima kasih umi"
Satu pelukan hangat diberikan. Kasih sayang keluarga itu nikmat,jadi yang mana ada kena bersyukur ya!
☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Dup Dap,Dup Dap
Ewah, rancak pula jantung ini berdegup dikala tuan empunya ingin memasuki hospital di depannya ini. Alahai,semasa inilah kaki tidak mahu bekerjasama! Dari tadi cuba diangkat,namun berat rasanya. Setelah hampir 5 minit berdiri kaku di depan pintu masuk,Arina mula menggerakkan kaki. Dia langsung tidak kisah akan mata-mata hitam putih yang asyik memandangnya sedari tadi. Yalah,orang mana saja yang berdiri kaku sambil terlopong di depan pintu masuk. Disebabkan pintu itu automatik,pintu itu langsung tidak tertutup kerana insan bernama Arina Zulaikha berdiri dekat dengannya. Ah,kisah apa dia! Asalkan dia bahagia.
Detapan kaki semakin laju. Tiba-tiba rasa bersemangat pula. Umi sudah berpesan harus menunjukkan komitmen walaupun baru hari pertama. Arina menggenggam tangannya. Akhirnya tercapai juga cita-citanya yang tertanam sejak dia bergelar 'budak tadika'.
Perasaan tidak sabar mula menerjah hati. Dia mencari pejabat pengarah hospital. Setelah mengenal pasti lokasi sasaran,dia mempercepatkan langkah. Bimbang dianggap main-main kerana tidam menepati masa.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik yang ditanda dengan 'ada' itu diketuk. Tiga saat kemudian terdengar suara garang seorang wanita mempersilakannya masuk. "Silakan duduk" ucap wanita itu. Arina mengucapkan terima kasih sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya. Dulu dia selalu lihat watak kartun Adudu yang selalu bermain dengan jari apabila berkata "jaga kau boboiboy". Eh! Fokus! Fokus!
"Hurm..nama Nur Arina Zulaikha Binti Mat Rafie. Umur 24 tahun. Lulusan asasi UIA Gombak. Diploma dan master dekat University Of London. Hebat juga kamu ni. By the way,nama saya Rafidah Embong. Boleh panggil Puan Fidah. Selamat datang ke Hospital Swasta Kuala Lumpur. Di sini awak akan bekerja bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 5 petang. Tetapi saya ingin beritahu bahawa kerja awak tidak semestinya habis pada pukul 5 petang. Kadang-kadang awak perlu round ward dulu tengok-tengok pesakit. Masa rehat adalah pukul 1-2 untuk makan dan solat zohor. Faham setakat ini?"
Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Puan Fidah. Wanita yang hampir mencecah usia 60 itu menahan gelak melihat wajah anak muda yang seperti terkejut dengan penerangannya. "Yang lain nanti Doktor Isha akan bagitahu. Selamat bekerja" ucapan terakhir Puan Fidah cukup membuatkan Arina lega. Takut juga bertentang mata dengan pengarah yang wajahnya garang persis singa! Sebelum Arin keluar,dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia mencium tangan Puan Fidah sebagai tanda hormat. Terharu pengarah hospital itu dibuatnya. 'Baik budak ni' ujar Puan Fidah di dalam hati.
Arina keluar semula dari bilik pengarah. "Ah!" Gadis itu menjerit kerana terkejut akan kehadiran seorang perempuan dibelakangnya. Perempuan itu berpakaian seperti seorang doktor. Namun Arina saspen juga. Manalah tahu itu sebenarnya pesakit yang mencuri kot doktor semata-mata ingin lari dari hospital!
"Assalamualaikum. Saya Doktor Isha"
"Waalaikumussalam. Tadi baru je Puan Fidah cakap Doktor Isha akan tolong saya. Terima kasih"
"Jom. Saya tunjukkan tempat kerja awak"
Serentak mereka menuju ke tempat yang diketahui oleh Aisha namun tidak diketahui oleh Arina. "Ini dia" kata Aisha. Arina memandang tempat itu. Agak luas untuk diberikan kepada pemegang jawatan baru sepertinya. Apapun dia tetap bersyukur kerana tempat itu cukup selesa dan nyaman. "Ehem! Ehem!" Aisha berdehem kuat untuk menarik perhatian rakan-rakan sekerja yang berada di kawasan tersebut.
"Tuan-tuan dan puan-puan,hari ini saya ingin memperkenalkan pemegang jawatan baru sebagai doktor di Hospital Swasta Kuala Lumpur iaitu Cik Arina Zulaikha!" Dengan gaya kalah Mawi,Aisha memperkenalkan Arina kepada rakan sekerja.
"Err..tapi doktor,saya ni baru pelatih mentah,belum rasminya doktor lagi"
"Alah,lama-lama jadi doktor juga. Akak dulu pun macam tu. Semua kat sini macam tu" Tiba-tiba seorang lagi doktor mencelah. Tertera di kotnya sebuah pin nama 'Linda'. Mesra dengan panggilan Kak Lin.
Maka bermulalah hari kerja pertama buat Arina. Bukannya dia tidak pernah buat praktikal,sebelum ini pun pihak Universiti selalu membawa pelajar medic ke hospital. Cuma,Arina rasa skillnya tidak terlalu hebat lagi. Dia perlukan tempoh yang lama untuk menjadi seorang doktor yang hebat!
YOU ARE READING
Doktorku Cintaku
RomanceAdudududududuh!!!! Apa cerita ni sampai si adudu kepala kotak pening! Boboiboy dah sampai planet cinta ke? Eh bukan bobiboy dengan Yaya ke(merapu pulak). Ikuti kisah cinta antara dua insan berbeza dunia tapi mempunyai perasaan yang sama. Cerita in...