Bab 4 - Detik Cinta

1 0 0
                                    

Sudah sebulan Arina bekerja di Hospital Swasta Kuala Lumpur. Prestasinya meningkat dengan baik. Komitmen yang diberinya selalu tidak mengecewakan. Yang penting,dia semakin selesa dengan doktor-doktor yang lain. Doktor-doktor lelaki sering mengusiknya kerana dia seorang saja doktor perempuan yang belum berkahwin. Sekali-sekala Doktor Linda akan mem'promote' doktor-doktor lelaki yang muda-muda di hospital.

"Ada-ada je Kak Lin ni. Arina dengan dia kawan je. Tak lebih"
Arina tergelak mendengar cadangan Doktor Linda itu. Boleh dipromotenya si Daniel Hakim itu? Dengan alasan bahawa Daniel Hakim mungkin mempunyai perasaan cinta pada Arina.

"Eh betullah. Kak Lin rasa dia tu ada hati lah dengan Arina. Yalah,hari-hari kalau boleh asyik datang sini je. Padahal takde urusan apa pun" usik Doktor Linda.

Arina hanya ketawa kecil. Pelik pula jika dibayangkan Daniel Hakim menjadi pasangan sehidup sematinya! Ah! Astaghfirullahalazim!
Mengapalah dia selalu membayangkan sebegitu! Fokus kerja dulu lah!

"Arina,jom lunch!"

Aduh,sudah datang mangsa umpatan mereka tadi. Daniel Hakim selalu mengajaknya makan bersama. Untuk mengambil langkah berjaga,Arina akan mengajak Kak Lin dan ramai lagi orang lain untuk turut bersama. Mana boleh lelaki dan perempuan berdua-duaan! Haram!

☆☆☆☆☆☆☆☆

Cuti hujung minggu itu Arina menggunakan masa untuk beribadat sebanyaknya pada Allah. Dia takut jika dia tertinggal perkara wajib atau amalannya tidak cukup. Setiap kali selepas solat,Arina juga akan sentiasa mendoakan opahnya agar tenang disana.

Tok! Tok! Tok!

"Boleh umi masuk?"

"Masuklah umi. Arin baru je selesai solat dhuha. Ada apa umi?"

"Umi cuma nak bagitahu perkara penting. Arin tahu kan,petang nanti ada kawan umi nak datang?"

"Oh,tahu. Kenapa umi?"

"Sebenarnya mereka nak berkenalan dengan Arina"

Haaa? Kenapa pula?

Melihatkan wajah anak sulungnya yang berkerut seribu,Puan Maryam menyambung

"Mereka nak masuk meminang. Katanya anak lelaki mereka tu kenal kamu. Itulah sebabnya datang hari ni,nak kenal-kenal dulu. Tak apa kan Arin?"

Arina terkedu.  Sejurus kemudian dia membalas dengan tenang.

"Inshaallah tak apa umi. Tapi Arin pun kena tengok lelaki tu baik atau tak,baru boleh proceed"

"Umi pun kenal anak mereka tu. Baik,sopan orangnya. Kerja pun tinggi. Bolehlah tanggung anak umi sorang ni" Puan Maryam mencuit pipi Arina.

"Inshaallah. Arin yakin kalau umi rasa macam tu,mesti Arin pun rasa macam tu"

"Okeylah,umi nak turun masak"

Arina menghela nafas lega. Sering dia dengari kisah perkahwinan ibu-ibu saudaranya. Kebanyakan mereka tidak bercinta pun,namun kekal bahagia rumah tangga mereka. Opah juga berkata serahkan rumah tangga kita pada Allah SWT. Yang kita perlu lakukan hanyalah tugasan sebagai seorang suami atau isteri.

☆☆☆☆☆☆☆☆

Arina duduk di ruang tamu bersama adik kembarnya. Mereka sedang menunggu ketibaan 'tetamu' yang diberitahu oleh umi.

"Ha,sampai pun"

Sebuah kereta Honda meluncur masuk ke dalam kawasan rumah mereka. Sepertinya Arina pernah melihat kereta itu. Namun dia cepat-cepat membuang pra sangka itu. "Assalamualaikum" seorang wanita seusia uminya melontarkan salam. Arina dengan sopan menjawab salam tersebut dan bersalam dengan wanita tersebut.

"Jemputlah masuk"

Tetamu-tetamu itu duduk. Hanya 3 orang. Arina menghidangkan air kepada tetamu-tetamunya.
"Mana si peminangnya?" Tanya Puan Maryam setelah bersalaman dengan rakannya,Puan Julia.

"Ada tu,dekat luar. Tengah jawab telefon. Ni,Arina. Kamu tak ingat auntie ke?"

"Err..maaf auntie. Arina tak ingat pula"

"Apalah kamu ni Arin. Ini Aunti Julia,jiran kita masa duduk rumah opah dulu. Kamu kecil lagi mana nak ingat" kata Puan Maryam

"Dah besar dah kamu ya. Makin cantik pula tu. Patutlah anak uncle berkenan" kali ini Encik Hanapiah pula bersuara. Dia yang tadinya enak berborak dengan Encik Rafie,mengalihkan fokus terhadap Arina.

"Assalamualaikum"

Terdengar satu suara lelaki memberi salam. Serentak semua menoleh,Arina terkejut.

"Hakim?"

"Terkejut ke? Sorry"

Daniel Hakim bersalaman dengan Encik Rafie. Arina memandang uminya. Puan Maryam mengenyit mata padanya. 'Alahai umi..'
"Daniel ni,dari bulan lepas lagi asyik cakap nak kahwin dengan kamu. Auntie tak anggap dia serius pun. Tapi lama-lama auntie fikir elok juga kalau dia cepat-cepat kahwin. Tak payah duduk rumah lama-lama"

"Ala..mama ni"

"Arina kerja dekat Hospital Swasta Kuala Lumpur kan?"

"Ya,auntie. Baru je sebulan"

"Baguslah. Boleh tengok-tengokkan anak auntie ni"

"Inshaallah auntie"

Hampir sejam berbual,akhirnya tetamu itu pulang. Penat Arina asyik disoal siasat tentang dirinya. Sudah lah mahu buat perkahwinan dengan cepat. Hadui..Arina pasti bakal merindui zaman bujangnya.

Doktorku CintakuWhere stories live. Discover now