Derapan kaki dilajukan. Dia harus segera sampai di wad tingkat 7 kerana pesakit sedang memerlukan bantuan. Tiba-tiba....
Dum!
"Eh,maafkan saya!" Tangan Arina laju mengangkat semula fail-fail yang jatuh tadi. Dia berdiri dengan betul dan menyerahkan fail itu semula kepada orang yang dilanggarnya.
"Awak? Arina?"
Wah! Wah! Wah! Ini merupakan perjumpaan yang tidak disangka-sangka! Mimpi apa pula si Arina ni sesat masuk hospital? Hmm..seingat dia semasa mereka kecil-kecil molek dulu Arina lah yang paling laju berlari jika diajak ke tempat-tempat berbahaya seperti hospital dan klinik. Boleh ikut peserta marathon 10 KM berlari sama! Ditambah pula dengan perasaan takut,maka tenaga yang ada lebih dahsyat dari yang pernah dilihat!
Siapa kata orang yang takut dengan darah, jarum, nurse, doktor, tukang masak hospital, cleaner hospital,pak gat (eh) tak boleh jadi orang yang bekerja di hospital? Siapa kata? Siapa kata? Meh jumpa dengan Arina meh!
"Awak buat apa kat sini?"
"Saya kerja jadi doktor"
"Hahahaha. Tak sangka kan,budak perempuan yang bukan main cakap tak nak jadi doktor,tiba-tiba jadi doktor"
"Hahahaha,ye la kan"
'Mamat ni memang menyakitkan hati. Aku ni baru doktor pelatih je lah'"Takpela,saya sambung kerja. Marah pulak patient tunggu Doktor Daniel yang hensem ni"
Arina mengukirkan senyuman palsu. Mengapalah dia harus bertemu dengan lelaki ini lagi? Bukannya dia benci tapi dia malu. Ahmad Daniel Hakim Bin Hanapiah itu sememangnya orang yang dia sangat kenali. Lelaki itu merupakan teman sepermainannya sewaktu kecil dahulu.
"Ah! Mengelamun pulak aku"
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Arina,tolong masukkan baju ni dalam tong putih dekat bilik utiliti kotor" pinta Doktor Linda. Arina akur. Baju pesakit bewarna hijau yang sudah kotor itu dipegang.
"Hurm..mana bilik utiliti kotor? Yang ni bilik utiliti bersih"
Arina berpusing-pusing di sepanjang lorong. Hanya bilik utiliti bersih yang dijumpainya. "Cari apa cik Arin? Dari tadi asyik pusing-pusing je"
Entah dari planet mana dia datang,tiba-tiba Daniel Hakim terpacak di depan Arina. 'Dekatnya' Arina melangkah kebelakang setapak. Tidak boleh terlalu dekat,boleh menimbulkan fitnah."Saya cari bilik utiliti kotor. Dekat mana eh?"
Pertanyaan Arina itu dijawab dengan selamba oleh Daniel Hakim. "Dekat dalam bilik utiliti bersih tu. Cuba masuk dalam tengok kiri ada pintu satu lagi". Dengan itu,Arina mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Alhamdulillah,jumpa juga dia dengan bilik utitiliti kotor itu. Tiada beza pun sebenarnya dengan bilik utiliti bersih. Sama bersih saja dia lihat.
Arina kembali pada Doktor Linda. "Eh sorrylah Arina. Akak tak ingat nak bagitahu Arina bilik tadi tu. Mesti Arina pening kan tadi? Maaf eh" ucap Doktor Linda. Arina mengangguk sambil berkata "tak ada apa-apa lah".
Dia kembali fokus pada kerjanya. Hari ini baru dia sedar kedegilan pesakit tahap maksima. Ada yang berkeras mahu pulang,tidak mahu makan ubat,lebih teruk lagi ada yang mahu terjun. Arina terfikir juga kalau pesakit yang mahu terjun itu,dia boleh tolong tolakkan. Senang kerja,pesakit pun akan berkurang. Eh. Haha
Tiba masa rehat,Doktor Linda mengajak Arina untuk makan bersama tetapi ditolak. Dia masih banyak fail mahu disusun mengikut jenis. Kalau salah,tidak fasal-fasal dia dipersalahkan. Kalau uminya ada boleh juga dia mengadu. Tapi dia tidak mahu susahkan umi pula. Sampai ke situ pula si Arina ni berfikir. Usai menyusun fail,Arina mula bergerak untuk mengawasi pesakit pula. Namun dia terkejut melihat Daniel Hakim sedang bermesra dengan pesakit-pesakit di situ.
Arina cuba membesarkan lubang telinga yang tersorok di dalam tudung untuk mendengar perbualan di antara Daniel Hakim dengan pesakit-pesakit di situ.
"Inshaallah. Mak cik-mak cik pak cik-pak cik boleh sihat dan hensem macam saya. Cuma syaratnya makan ubat dan dengar cakap doktor"
"Tapi Doktor Daniel,kami ni bosan duduk dalam wad sepanjang masa. Nak juga turun ke bawah hirup udara segar"
"Eh boleh je sebenarnya. Nanti saya arahkan nurse-nurse untuk bawa mak cik semua ke taman kat bawah tapi kena pakai kerusi roda la. Boleh ke?"
"Mestilah boleh doktor!"
Arina pula yang tanpa sedar menguntum senyum melihatkan kemesraan pesakit-pesakit yang tadinya degil tiba-tiba berubah angin apabila berjumpa Daniel Hakim. Pasti si lelaki ada menyuntik ubat buang degil pada pesakit-pesakit ini!
"Doktor Arina buat apa kat situ?"
Sudah! Kedudukannya disedari oleh salah seorang pesakit di situ. "Eh tak buat apa-apa pun. Baru je siap kemas bilik" balas Arina sopan. "Kalau doktor free,marilah berborak dengan kami. Doktor Daniel pun ada" ajak salah seorang pesakit di situ.
Tidak mahu menghampakan pelawaan pesakit,Arina mendekatkan diri dengan pesakit-pesakit tersebut. Seronok pula dia jadinya. Boleh bermesra dengan pesakit dan waris mereka. Dia mengerling ke arah Daniel Hakim. Lelaki itu juga kelihatan gembira.'Terima kasih Ya Allah kerna mengurniakan aku kegembiraan dalam pekerjaanku'
YOU ARE READING
Doktorku Cintaku
RomanceAdudududududuh!!!! Apa cerita ni sampai si adudu kepala kotak pening! Boboiboy dah sampai planet cinta ke? Eh bukan bobiboy dengan Yaya ke(merapu pulak). Ikuti kisah cinta antara dua insan berbeza dunia tapi mempunyai perasaan yang sama. Cerita in...