Bab 1 - Peritnya DugaanNya

1 0 0
                                    

Hujan lebat turun membasahi permukaan Bumi yang sudah kurang hijaunya. Bumi itulah yang menjadi saksi segala perbuatan penghuninya. Bumi itulah tempat manusia melakukan ragam-ragam mereka. Bumi itu turut menangis bersama hujan yang turun,mengenangkan nasibnya yang sudah tua dan bakal dihancurkan apabila tibanya hari kiamat.

Arina turun dari rumah dan lekas mengangkat timbunan baju yang dijemur di luar. "Alhamdulillah,tak basah sangat. Jemur dalam bilik inshaallah kering" kata-kata syukur diucapkan. Sambil mengangkat baju-baju tersebut,dia berkali-kali mengucapkan kalimah suci 'Alhamdulillah'. Opahnya berpesan bila kita rasa bersyukur,eloklah diucapkan kata-kata itu berkali-kali. Selesai menjemur semula baju,Arina bertindak membetulkan kusyen di atas sofa. Kusyen-kusyen itu didapati berselerak di atas lantai. Pasti adik kembarnya yang melakukan hal ini. Pantang ada rancangan kartun,habis semua kusyen mahu dijadikan alas kepala di atas lantai. Biasalah kanak-kanak,berbanding menonot TV di atas sofa,mereka lebih suka berbaring di atas lantai. Lebih sejuk dan selesa.

"Arin,kamu dah angkat baju ke?" Opah muncul dari dapur. Arina mengukir senyuman manis pada opahnya.

"Dah opah. Lepas ni nak buat apa pula?"

"Kamu berehat aje la. Kesian cucu opah penat. Maaf la opah tengah masak tadi. Itu yang suruh kamu angkatkan baju"

"Eh tak susah pun opah. Selagi Arin hidup dalam rumah ni,selagi tu lah Arin kena tolong opah apa yang patut"

"Terima kasih Arin. Mari tolong opah hidangkan lauk"

Arina akur. Arina yang lebih mesra dipanggil Arin memegang tangan opah untuk ke dapur. Dia menjadi teruja tatkala melihat lauk yang disediakan opah itu. Bermacam jenis! Opah memang selalu masak banyak jenis lauk tetapi dalam kuantiti yang sedikit agar dapat mengelakkan pembaziran. Hari ini opah telah menyediakan gulai telur itik,sambal daging merah,sayur rebus dan ikan goreng. Kalau ikutkan nafsu,mahu saja Arina makan berpinggan-pinggan. Namun opah berpesan supaya jangan terlalu ikutkan nafsu,nanti boleh makan diri sendiri.

"Kak Arin,jom makan!"

Amirul dan Rafika sudah pun duduk bersila di atas tikar mengkuang. Lauk pauk yang menggiurkan terletak elok di atas tikar. "Amboi,opah penat-penat masak,dia yang duduk dulu? Cakap apa?" Tanya Arina. Amirul dan Rafika tersengih. Kalau diukur panjang sengih mereka pasti kalah itik sekati! "Terima kasih opah!" Mereka berdua memeluk opah dengan penuh kasih sayang.

Semasa menjamu selera,Amirul bertanya;

"Opah, umi dan abi takde telefon ke?"

"Ha'ah la opah. Ika rindu la kat mama papa"

"Ada la diorang telefon tapi kamu semua dah tidur. Nanti opah cakap kat diorang suruh balik cepat. Korang tak sabar nak balik rumah eh?"

"Memang tak sabar,nak jumpa Chepot! Tapi duduk dengan opah pun best!"

Arina tersenyum mendengar celoteh adiknya yang berusia 8 tahun. Mujurlah mereka boleh terima keputusan umi dan abi mereka ketika ingin menghantar mereka ke sini. Oleb sebab umi dan abi mereka amat sibuk,mereka ditinggalkan bersama opah. Arina langsung tidak kisah kerana dia dapat tinggal dengan opahnya lebih lama. Dia suka tinggal di kampung. Suasananya aman,air pun sejuk! Kalau mandi boleh berketar seluruh badan. Ah! Memang segalanya lengkap di kampung!!!

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Bismillahirrahmanirrahim.. Yasin.."

Bacaan Yasin kali ini cukup pilu. Selalunya setiap malam jika Arina membaca surah Yasin,bacaannya tidak akan sepilu ini. Hari ini surah itu telah mengiringi pemergian seorang insan yang cukup disayangi oleh Arina. Dia mahu meraung sekuatnya,namun dia tahu perbuatan itu tidak elok. Dia hanya mampu mengalirkan air mata sambil membaca surah Yasin. "Opah.." Arina cuba untuk senyum semasa melihat wajah tenang arwah opahnya. Wajahnya yang redup itu kelihatan tenang sekali. Sepertinya tiada penderitaan yang ditanggung. 'Terima kasih opah,sebab jagakan kami, nasihat opah inshaallah Arin akan amalkan' ujar Arina di dalam hati. Dia mengucup dahi opahnya sebelum kembali menutup wajah arwah dengan kain kafan. Dia tidak mengikut orang kampung ke kubur. Dia sibuk memujuk Rafika yang menangis teresak-esak merindukan arwah opah. Uminya turut disitu. Menghantar pergi jasad ibunya dengan doa dan air mata.

"Ika..dah la nangis tu,doa banyak-banyak dekat opah ya" pujuk Arina sambil menggosok bahu Rafika yang masih menunduk. Dia tidak nafikan pemergian opah mereka itu membuatkan mereka sebagai cucu sangat terkilan. Namun apakan daya,dia hanya seorang hamba yang redha dengan takdir Yang Maha Esa

Doktorku CintakuWhere stories live. Discover now