Prolog

153 10 4
                                    

Kaki langsung tidak berhenti berlari. Jantung tetap berdegup laju. Keringat mula membasahi tubuh. Lelah mula terasa. Tetapi aku tidak boleh berhenti berlari! Kerana mereka mula menghampiri aku. Aku perlu segara! Sebelum mereka mula menjumpai aku! Aku tidak mahu mati!

Seorang pemuda yang berlari memasuki hutan. Bahunya mula dibasahi dengan darah yang memerahi bajunya. Terdapat cahaya obor yang menerangi hutan tersebut untuk memudahkan penduduk menjejaki pemuda tersebut.

"Cepat kejar dia dan bunuh dia! " Jerit seorang lelaki sambil berlari membawa kapak. Dia mengetuai penduduk yang ingin membunuh pemuda tersebut. Pemuda itu tetap berlari sehinggalah tubuh pemuda itu tidak kelihatan kerana kegelapan malam telah menyelubungi tubuh pemuda itu dan menghalang pandangan penduduk yang mengejar lelaki itu.

"Tak guna! Dia dah hilang!" Marah lelaki itu. Bertapa hampanya penduduk kampung itu kerana tidak menjumpai pemuda tadi.

"Sekarang kita nak buat apa Tuan Lex? " Tanya seorang lelaki yang berada disebelah lelaki yang bernama Lex itu.

"Tak pe kita biarkan budak tu lari. Aku tahu apa yang kita perlu buat." Jawab Lex sambil tersenyum sinis.

***

Pemuda itu telah keluar daripada hutan yang gelap itu. Kecederaan pemuda itu lukanya semakin teruk dan parah. Dia juga sudah keletihan kerana sudah berlari terlalu jauh. Semakin lama lariannya semakin perlahan dan kakinya semakin lemah untuk meneruskan perjalanan. Pandangannya semakin kabur dan tiba-tiba sahaja pemuda itu pengsan dan seseorang perasan kehadiran pemuda tersebut lalu membawa pemuda itu masuk ke dalam sebuah rumah papan yang berhampiran dengan sebuah sungai.

Sorry picture kat atas tu tak berapa terang 😖

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry picture kat atas tu tak berapa terang 😖

Pesanan:

Cerita ini dalam abad ke-20. Mungkin ada unsur moden dalam cerita klasik.

The Red Girl And The GuyWhere stories live. Discover now