*005*Snow White Kecil

63 6 0
                                    

Pukul 5 petang...

Keith dan Anthasha berjalan di taman berhampiran perumahan penduduk kampung. Keith baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya manakala Anthasha menjemput dia dari tempat kerjanya. Dia menceritakan kisah sedih Pak cik Smith itu kepada Anthasha. Anthasha juga turut sedih mendegar ceritanya itu.

"Kesian saya tengok Pak cik Smith tu." Ujar Keith selepas menceritakan semua kisah Pak cik Smith itu.

"Saya pun dah anggap mendiang Felix itu macam adik lelaki saya tapi malangnya umur dia tak panjng. Mungkin dia akan jumpa ibu dan ayahnya di Syurga." Ujar Anthasha dengan nada sedih.

"Saya harap Pak cik Smith tabah dengan semua yang berlaku." Ujar Keith manakala Anthasha hanya mengangguk.

Semasa mereka dalam perjalanan pulang, mereka melihat Miya dan rakan-rakannya sedang bermain di taman siap memakai kostum yang sama dengan cerita dongeng. Lalu mereka berdua pergi arah Miya dan rakannya.

"Miya. Kamu dengan kawan-kawan kamu main apa ni?" Anthasha menegur dari belakang sambil tersenyum.

"Oh, kakak Gadis Merah dan abang handsome rupanya. Kami semua tengah berlatih berlakon untuk persembahan sekolah." Ujar Miya.

"Berlakon cerita apa?" Tanya Anthasha lagi.

"Cerita Puteri Salju dan 7 orang kerdil." Jawab Miya.

"Siapa jadi puteri dan puteranya?" Tanya Keith pula.

"Saya dapat jadi Puteri Salju. Charlie yang jadi putera. Tapi dia kata nak pulang sekejap." Terang Miya.

"Charlie anak orang kaya yang baru pindah tu ke?" Tanya Anthasha.

"Yelah Charlie itulah dah tu Charlie yang mana lagi." Ujar seorang rakan lelaki Miya.

"Woi! Korang! Saya dah datang balik!" Jerit Charlie dari arah jauh.

"Panjang umur pendek akal. Baru kau nak sampai. Berjam kitaorang tunggu." Bebel Seorang budak lelaki.

"Relaxlah Kai. Tadi saya warnakan rambut saya. Ialah kitakan nak berlakon mestilah kena handsome." Ujar Charlie kepada rakannya bernama Kai.

"Semalam rambut awak warna hijau. Hari ini warna kuning keemasan. Esok warna apa? Biru pula ke?" Ujar rakan perempuannya.

"Boleh juga kalau nak warna biru. Tengoklah kalau abang saya tak habiskan pewarna rambut biru itu." Ujar Charlie. Biasalah anak orang kaya apa dia nak semua dapat. Tengok si Charlie ni, rambut pun berwarna.

"Oh ye cakap pasal abang saya. Minggu depan hari jadi abang saya yang ke-22 tahun dah nak tiba. Semua penduduk kampung di jemput lagipun majlis hari jadi abang saya tu diadakan sebab nak cari jodoh abang saya." Kata Charlie.

"Jadi awak nak ajak kami semua datanglah?" Tanya Kai.

"Ialah saya ajak awak semualah. Kalau tak nak tak pe saya ajak Miya saja." Selamba sahaja Charlie berkata.

"Eh? Miya dan Charlie ada apa-apa hubungan ke?" Tanya Anthasha.

"Kalau kakak Gadis Merah nak tahu. Charlie ni suka Mi..." Belum sempat Kai memberitahu Charlie sudah menutup mulut Kai.

The Red Girl And The GuyWhere stories live. Discover now