*001*Si Gadis Berkerudung Merah

105 7 1
                                    

Pemuda itu mula tersedar daripada pengsannya. Sinaran sang suria mula menyinari pandangannya. Itu menunjukkan sekarang sudah pagi. Pemuda itu mula membuka matanya dengan perlahan dan dia terlihat seorang gadis yang berkerudung merah berada di depan matanya sambil memandangnya. Mata gadis itu berwarna merah ibaratkan permata ruby yang gadis itu pakai sebagai seutas rantai.

"Sa-saya di mana?" Tanya pemuda itu. Keadaan pemuda itu tidak berbaju kerana bahunya berbalut dengan kain berbalut. Luka-luka yang berada di badannya juga telah dirawat.

"Awak berada di rumah saya." Jawab gadis itu sambil tersenyum.

"Mana baju saya." Pemuda itu mencari-cari bajunya. Takkanlah tidak berbaju di hadapan perempuan mestilah dia malu. Kini dia dalam posisi duduk.

"Baju awak saya basuh tadi sebab kotor dengan darah awak. Saya tiada baju lain di sini jadi awak pakailah baju mendiang ayah saya." Lalu gadis itu memberikan sehelai baju itu kepada pemuda itu. Tanpa membuang masa pemuda itu memakai baju yang diberikan oleh gadis itu.

"Apa yang jadi malam tadi? " Tanya pemuda itu. Kepalanya pening untuk mengingatkan malam tadi.

"Semalam saya nampak awak berada di halaman rumah saya. Saya tengok awak luka terlalu teruk jadi saya bawa awak masuk dalam rumah saya." Terang gadis itu.

"Apa yang telah berlaku terhadap awak? " Tanya gadis itu. Pemuda itu cuba untuk mengingatkan semula peristiwa malam tadi.

"Saya ingat saya cuma kena kejar dengan penduduk di kampung saya." Jawabnya. Sayu sahaja suaranya kerana dia telah alami keperitan yang amat sangat.

"Kenapa mereka kejar awak?" Tanya lagi gadis itu. Dia memang ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada pemuda itu.

"Sebab mereka nak bunuh saya!" Jawabnya dengan kasar. Tersentak gadis itu dengan nada kasar pemuda itu.

"Ta-tapi say-saya tak nak mati!" Air matanya mula mengalir. Tak sanggup dia tinggal di kampung itu. Sebab itulah dia lari tapi dia di kejar.

"Sa-saya tidak mahu di seksa lagi!" Pemuda itu dalam kesedihan dan tidak dapat menahan lagi sebak di dadanya.

"Salah ke saya nak hidup di dunia ini?!" Ujar pemuda itu lagi.

"Mesti awak telah hadapi pelbagai keperitan. Kalau awak tidak kisah saya benarkan awak tinggal dengan saya. Saya pasti mereka tidak akan seksa awak lagi." Gadis itu terus sahaja memeluk pemuda itu untuk menenangkannya. Kini pemuda itu berada dalam dakapan hangat. Lalu pemuda itu kembali tenang.

"Maafkan saya sebab berkelakuan macam perempuan. Mesti awak fikir saya ni lelaki pengecut." Ujar lelaki itu sambil mengesat air matanya. Mesti sudah tak macho kalau lelaki menangis. Gadis itu hanya tergelak kecil.

"Tak. Awak bukannya pengecut. Saya pasti awak seorang yang kuat bila hadapi masalah." Gadis itu gembira melihat pemuda itu sudah kembali tenang.

"Oh ye. Nama awak siapa?" Asyik tanya pemuda itu apa yang telah berlaku pada dirinya sampaikan nama pun tak tanya.

"Keith Weld tapi panggil saya Keith sahaja." Jawab pemuda yang bernama Keith.

"Penduduk kampung kat sini panggil saya Gadis Merah tapi nama sebenar saya Anthasha Red." Ujar gadis itu yang bernama Anthasha. Keith hanya pelik dengan nama panggilan Anthasha itu. Gadis Merah? Kenapa gelarannya seperti itu? Tidak mengapalah lain hari kita tanya dia.

The Red Girl And The GuyWhere stories live. Discover now