*004*Patung Kayu Milik Mendiang

69 5 0
                                    

Seminggu kemudian...

Kini bahu Keith sudah sembuh sepenuhnya. Malah Pak cik Smith menerima Keith bekerja dengannya sebagai tukang potong kayu. Bertapa gembiranya Keith dapat bekerja.

Keith bekerja dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia tidak sedar sudah masuk waktu tengah hari. Pak cik Smith gembira melihat Keith Keith bekerja.

"Keith berhentilah dulu potong kayu tu. Meh sini makan tengah hari dengan pak cik." Ajak Pak cik Smith.

"Sekejap ye pak cik saya nak habiskan dulu potong kayu ini." Ujar Keith lalu dia menghabiskan kerjanya itu.

"Rajin betul kamu ni Keith. Tak pernah pak cik jumpa lelaki muda sekarang yang rajin bekerja seperti kamu." Puji Pak cik Smith.

"Tak delah saya cuma buat tugas saya sahaja." Ujar Keith. Eleh, malu-malu pula apabila di puji.

"Kamu makan dulu ye pak cik nak buatkan air untuk kamu." Ujar Pak cik Smith.

"Ehhh! Pak cik Smith tak payahlah. Lagipun saya bawa air saya sendiri." Ujar Keith. Dia tak nak susahkan Pak cik Smith. Sedangkan dia tu cuma pekerja sahaja.

"Alah, tak pe. Pak cik tengok air kamu bawa tu dah nak habis." Ujar Pak cik Smith lalu dia berlalu pergi ke dapurnya. Manakala Keith duduk di bangku di depan rumah Pak cik Smith.

"Eh? Patung siapa tu?" Keith melihat sebuah patung kayu di atas kerusi di sebelahnya. Patung itu siap bepakaian lagi.

"Pak cik Smith. Patung ni siapa punya?" Tanya Keith apabila Pak cik Smith kembali semula. Tiba-tiba muka Pak cik Smith berubah menjadi murung. Keith hanya hairan dengan Pak cik Smith.

"Patung itu milik mendiang cucu pak cik." Jawab Pak cik Smith.

"Pak cik ada cucu?" Tanya Keith. Tak sangka pula Pak cik Smith ada cucu sebab dia kelihatan dalam usia 50-an.

"Ye. Pak cik memang ada cucu. Tapi cucu pak cik dah meninggal 2 tahun lepas." Jawab Pak cik Smith.

"Cucu pak cik meninggal sebab apa?" Tanya Keith lagi. Dia memang ingin tahu kisah cucu Pak cik Smith.

"Cucu pak cik meninggal sebab barah hati. Dia budak baik tapi tak sangka dia pergi dulu sebelum pak cik." Air mata Pak cik Smith mula mengalir. Keith simpati terhadap Pak cik Smith.
"Kesian dia. Lahir dah jadi anak yatim piatu. Ayah dia meninggal sebelum dia lahir. Mak dia meninggal masa lahirkan dia." Terang Pak cik Smith.

"Ayah dia meninggal sebab apa?" Tanya Keith.

"Menantu pak cik meninggal sebab kebakaran dekat bengkel lama pak cik dulu. Kesian cucu pak cik lahir saja tidak dapat lihat muka ayahnya." Pak cik Smith meneruskan ceritanya.

"Kamu mengingatkan menantu pak cik. Dia juga kerja dengan pak cik sebagai tukang potong kayu. Dia rajin orang. Dia bekerja dengan pak cik masa dia 18 tahun. Lepas tu pak cik kahwinkan dia dengan anak pak cik,Holly." Ujar Pak cik Smith.

"Apa nama cucu pak cik tu?" Tanya Keith.

"Nama dia Felix dan nama patung ni Pico. Pak cik buatkan patung ni sebulan sebelum dia tinggalkan pak cik. Pak cik sangat rindukan dia." Bertapa sedihnya Pak cik Smith mengingatkan semula orang yang dia sayang. Dia memeluk patung kayu itu. Keith turut juga sedih apabila melihat Pak cik Smith sedih sebegitu.

The Red Girl And The GuyWhere stories live. Discover now