10

848 76 16
                                    

"You stay sini diam-diam. I nak pergi ambik Mak Mah. Pastu I janji, I datang balik. So jangan rindu I, okey?" Sempat Afieq memberi kenyitan mata sebelum pintu ditarik sehingga tertutup rapat.

Seperti biasa, Zeen hanya menjeling. 'Gedik tak habis jantan tu.'

Jam di tangan dipandang sekilas. "11 malam. Huhu, kerja aku dekat kedai runcit tu lagi teruk. Balik pukul 12 malam, pastu jalan sorang-sorang nak balik apartment. Fuh, nasib jumpa hero tak bersifat hero sorang ni. Kalau tak macam mana la aku sekarang, ek? Huhu..." bebel Zeen sendiri. Mengenang nasib yang tak pernah baik sejak dia mula bergelar anak yatim.

Iya, sememangnya hidupnya sudah berubah seratus-peratus. Nasib baik seperti lenyap terus dari hidupnya. Yang datang hanya nasib malang yang bertimbun-timbun. Peristiwa itu memang memberi impak terbesar kepada hidup seorang Zeen Raina.

Sudahlah tidak dapat pembelaan, Zeen pula terus dihumban ke rumah anak yatim tanpa bantahan sesiapa dalam keluarganya. Iya, dendam sememangnya ada. Rasa benci pada Si Dia yang merosakkan segalanya. Rasa ingin tahu punca pembunuhan tak pernah luput. Memang dia mahu cari semuanya, tapi apakan daya? Dia sendiri tiada tempat bergantung. Tunggulah semuanya stabil dahulu, baru dia akan berura-ura mencari kebenaran. Buat masa ini, biarkan Zeen cuba sesuaikan diri dengan hidup berdikari di dunia nan luas ini dahulu.

Lengah terasa kaki kekal berdiri dari tadi. Kenapalah dia tak duduk dahulu sebelum mengelamun?

Baru saja kaki melangkah ingin mencari sofa, bunyi ketukan pintu sekali lagi menyekat pergerakannya.

"Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!" Suara dari luar, Zeen buat muka pelik. Puasa pun tak lagi, celah mana nak datangnya raya ni?

"Hey bongok! Kau ni, acah gengster la sikit!" Suara dari luar juga, tapi dengan suara yang lain. Oh, maknanya 2 orang la datang nak beraya?

'Alamak! Rm4 ringgit aku hilang kalau aku buka ni. Jangan buka-jangan buka. Nak beraya, pergi lah rumah dato-datuk. Boleh la juga RM10 ringgit seorang. Ni beraya rumah aku kenapa? Aku pun dah papa kedana ni.' monolog hati Zeen sendirian. Lantas, dia hanya tinggalkan 2 orang lelaki itu di pintu tanpa dibuka. Lagipun kuih raya tak ada.

Baru saja punggung mencecah sofa, pintu diketuk kuat dengan jeritan memanggil Afieq. Zeen berpaling memandang pintu. Berfikir sama ada mahu membuka atau tidak.

"Afieq! Aku tahu kau ada kat dalam!"

"Bukak pintu ni Afieq! Kalau tak aku pecahkan!"

"Afieq!" Suara mereka berselang-seli memanggil Afieq. Sehingga Zeen terpaksa menutup telinga. Ingatnya nak tunggu Afieq, tapi bila telinga ni dah tak dapat tahan betapa serabutnya bunyi FIQ-fiq-FIQ-fiq berulang-ulang kali... Zeen terpaksa bangun berjalan ke arah pintu.

Pintu dibuka dengan geram, "Bisinglah! Afieq tak ada!" jerit Zeen on the spot tanpa langsung melihat siapa lelaki yang membuat onar tadi.

"Eh? Kau!" Salah seorang lelaki berbadan sedikit besar dengan berbaju hitam bertulis FOOD tiba-tiba menunding jari kepada Zeen. Zeen buat muka, sejak bila aku ada kenal lelaki muka macam ni?

"Awek kau ke, Rel?" Sempat lelaki di sebelahnya dengan baju Kiss Me Here menyiku bahunya dan berbisik.

"Bapak kau awek aku!" Kepala lelaki berbaju Kiss Me Here dilibas dengan telapak tangan, biar betul sikit otak tu. Takkan tak ingat siapa perempuan ni? Agak-agak la nak jadi benak pun.

"Bapak aku awek kau?! Kau ada skandal dengan bapak aku?! Tak guna punya kawan!"

Zeen menutup mulut menahan gelak.

"Bukanlah! Aku cakap bapak! Bapak, faham tak? Orang sekarang suka guna perkataan Bapak. Macam, bapak laaa cantik gile duh awek kau. Bapak ahh maju deee bawak Ferrari! Ha faham?"

"Oooo.... Faham-faham. Kau tak de skandal dengan bapak aku la ni kan?" tanya lelaki itu lagi untuk kepastian. Manalah tahu semua tu alasan saja, kan?

"Tak de! Sekarang, jom selesaikan masalah ni."

Baru saja lelaki berbaju FOOD berpaling, sebuah Frying Pan tiba-tiba melayang tepat pada wajahnya sehingga dia jatuh ke tanah tak sempat mengucap.

"Woi— PANG!" Seperti kawannya juga, lelaki berbaju Kiss Me Here itu juga terkena nasib yang sama.

Zeen mengeluh lega, sebelum satu lagi jeritan membuatkan wajahnya kembali cuak.

"Kawan aku!!!!"

The Darkest Side Of Mafia × 6-10 [Challenge]Where stories live. Discover now