6

1.1K 96 24
                                    

Pintu ditutup rapat apabila Afieq sudah berlalu keluar dengan keretanya. Kondo yang penuh dengan barang-barang antik dan gelap itu Zeen pandang dengan gerun.

"Bapak suram nak mati rumah ni. Kemas cantik pun, kalau semua warna hitam tak ke mana juga seram tu." Bingkai kaca yang tersangkut di dinding kelabu gelap itu Zeen dekati perlahan-lahan. Wuuu makin dekat, makin seram.

Entah kenapa jantungnya boleh berdegup kencang. Memandangkan dia sedikit rabun, dia tidak berkebolehan untuk melihat gambar itu dengan jelas. Tapi dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan ibu bapanya.

Semakin dekat, semakin jelas gambar itu. Zeen memicitkan matanya. Ada 6 orang. 2 orang lelaki bersasa berpaut bahu antara satu sama lain. 2 orang wanita pula seperti langsung tidak fokus untuk bergambar. Kedua-dua mereka menunduk mengejar 2 ekor jin. Eh eh! Dua orang kanak-kanak kecil yang kemungkinan terlepas dari pangkuan mereka. Seorang berambut pendek, seorang bersanggul dua seperti Minnie Mouse. Siapa... mereka?

Semakin dekat, tiba-tiba cahaya terang membuatkan matanya seperti mengalami renjatan. "Arh! Tutup lampu!"

Seiring dengan jeritan Zeen, bunyi seorang wanita menjerit juga kedengaran. Sebelum kepala Zeen diketuk berkali-kali dengan kayu yang panjang.

"Aduh... Aduh! Sakit lah mak cik!" Kayu yang digunakan untuk memukulnya cuba dipegang untuk memberhentikan mak cik yang entah siapa-siapa ni memukulnya.

Entah rumah siapa la Afieq tu humban aku! Bongok betul! Tak pasal-pasal sanggul aku bertambal nanti!

"Eee! Perogolll!! Keluar-keluar! Shuh! Eeee!" Mak cik itu masih tangkas memukul kepala Zeen. Siap dijolok lagi batang kayu itu ke perut Zeen untuk menghalau Zeen keluar. Malang betul! Senak perutnya dibuat mak cik tadi! Ingat aku ni kucing ke?!

"Saya bukan... uhuk-uhuk... perogol lah mak cik! Afieq hantar saya ke sini!" Zeen masih cuba mempertahankan diri walaupun badannya sudah merengkok di atas lantai kerana perutnya terlalu senak.

"Hah? Tuan Afieq?! Ya Allah!" Terus mak cik itu melepaskan penyapunya. Alhamdulillah. Ajal aku tak sampai lagi rupanya.

"Maaf-maaf! Mak cik ingat perogol mana nak culik mak cik tadi! Maklumlah mak cik ni janda yang digilai ramai muda-muda dulu." Sempat dia angkat bakul sendiri sementara membantu Zeen berdiri. Rambut panjangnya di tolak ke belakang menggunakan tangannya sebelah lagi.

Bergetar lutut Zeen mahu berdiri semula. Bahu mak cik yang masih tidak diketahui nama itu menjadi tempat dia berpegang. Dia di bawa ke ruang tamu. Nampaknya temanya masih hitam. Fuh, nak labuhkan punggung atas sofa pun seram.

"Kamu okey tak? Nak mak cik urut ke? Mak cik ni power bab-bab mengurut. Muda-muda dulu selalu la juga urut suami orang. Eh-eh! Urut isteri orang. Tersasul pula, hihi." Bahu Zeen di tampar berulang kali. YA ALLAH! SABARKANLAH HATI HAMBAMU YANG BERNAMA ZEEN RAINA NI YA ALLAH!

"Haha. Iya-iya." Gelak Zeen buat-buat.

"Mak cik ni siapa sebenarnya?" Malas mahu mak cik ni angkat bakul sendiri lagi, terus Zeen bertanyakan soalan.

Tiba-tiba mak cik itu berdiri dan bercekak pinggan. Dengan wajah yang riak, dia ketawa memandang siling. "Mak cik? HO HO HO...."

Zeen terus menepuk dahi. Adakah aku tersalah soalan?

"Mak cik muda-muda dulu hampir jadi Miss Universe. Tapi sebab mak cik aksiden sebab cahaya wajah mak cik terpancar di wajah pemandu mak cik sampai dia buta. Husben mak cik pula, mati sakit jantung sebab tengok mak cik cantik sangat. Huhuhu." Mak cik itu menangis pula. Kalut Zeen dibuatnya.

Bukan sebab mak cik ni menangis, tapi sebab Zeen syak mak cik ni ada masalah mental. Kejap agresif, kejap perasan, kejap sebak. Seram Zeen dibuatnya duduk ditepi mak cik ni.

"Err... Mak cik nak air?"

"Tak payahlah. Huhu. Mak cik... Mak cik ok." Tisu di hadapannya diambil, dia menghembus segala lendir dari hidung yang akibat dari tangisannya tadi.

"Ouh... Em. Kalau macam tu, boleh saya tahu kenapa mak cik ada di sini?"

"DEYYY YADDEKK!"

Tersentak lagi sekali Zeen dibuatnya apabila mak cik itu tiba-tiba menjerkahnya. Zeen mengesot ke tepi, menjauhi mak cik itu perlahan-lahan. Sah, Afieq humban Zeem di rumah orang sakit mental!

"Kamu yitu laaa siapa! Mak cik yini owner yini rumah laa, tahu!" jerkah mak cik itu tepat pada wajah Zeen. Sudah la dengan pelat banglanya! Fuhh, mereciks air liur berserta bakteria ke wajah Zeen. Esok kena cari Safi ni... Huhu.

"Bukan ke rumah ni milik Afieq?" Walaupun Zeen gerun dengan perwatakan mak cik itu, dia tetap memberanikan diri untuk bertanya.

"Eh. Hehe... Iyalah-iyalah. Mak cik ni sebenarnya bibik je, Tuan Afieq panggil Mak Mah Awek Cun. Hehe. Tuan Afieq beri rumah ni untuk senang Mak Mah pergi-balik rumah Tuan Afieq. Kamu ni siapa pula? Belum pernah lagi Tuan Afieq bawa balik perempuan," tanya mak cik itu tiba-tiba muncil. Zeen melepaskan keluhan leganya.

Akhirnya terbongkar juga identiti mak cik ni. Bibik je rupa-rupanya! Bercakap tadi riak sungguh! Macam-macam betul perangai manusia zaman sekarang.

"Saya Zeen, Zeen Raina. Saya kawan Afieq. Er... Dia suruh saya tinggal tinggi buat sementara waktu. Mak cik tak keberatan, kan?"

"Hurm... Berat juga lah hati ni. Tapi tak apa lah, nak buat macam mana. Nanti Si Tuan Afieq tu potong gaji Mak Mah, Mak Mah juga merana tak ada duit nak beli Rania Gold. Hmm... Apa-apa je lah! Mak Mah tidur dulu. Bilik kita warna ungu ni. Tapi Mak Mag tak suka kongsi. Kamu tidur luar je, okey? Adios!" Dengan wajah yang gedik, Mak Mah berpusing-pusing seperti puteri dan terus masuk ke dalam bilik dengan pintu berwarna ungu itu.

Tak padan dengan tua. Baru saja Zeen mahu membaringkan badan. Mak Mah keluar semula. "Oh, satu amaran. JANGAN MASUK BILIK WARNA HITAM tu. Faham?" ujar Mak Mah dengan tegas dan keras.

Zeen mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia benar-benar faham.

"Good. Bye, tata, mwah!" Sebuah flying kiss dilayangkan padanya. Zeen menggeleng. Sebijik dengan Afieq! Ni Afieq belajar dari Mak Mah atau Mak Mah dah terpengaruh?

"Hmmm. Apa-apa je lah. Letih betul hari ni." Baru saja dia ingin terlelap...

"Prang!"

Mengarut gila duh XD))))

Missmerapux love_nnf afiesha123
eychaeyheyn ThePaperMint

Bloody Assasin, boleh tak macam ni? XD)) ANNOYING DUH MAK MAH! XD))

The Darkest Side Of Mafia × 6-10 [Challenge]Where stories live. Discover now