9

818 76 4
                                    

"Little girl." 

"Ah!" Suara Afieq menyentak Zeen yang tidur. Terus gadis itu membuka mata dan duduk di atas kerusi itu dengan tegap. Tangannya menggenyeh-genyeh mata, cuba mengusir mimpi buruk tadi.

"Best tidur dalam aircond?" perli Afieq, tangannya memeluk tubuh sendiri, 'Ingat nak buat peneman, alih-alih dia yang tidur dulu. Dah la tidur dekat sofa, betul-betul depan meja aku. Tak kusyuk aku buat kerja tadi.' Afieq mengomen di dalam hati.

"Best apanya, dapat nightmare." Zeen mengadu, bawah mulutnya disapu dengan belakang tangan. Manalah tahu ada air liur basi meleleh lagi? Malu tujuh keturunan kalau Afieq tegur.

"Nightmare apa?" Afieq mula duduk di tepi Zeen. Mahu mendengar dengan lebih lanjut, lagipun lepas lunch dia tiada appointment dengan sesiapa. Jadi dia free! Hari ni memang dia free, tu lah beria bawa Zeen. Kalau tak ada Zeen nanti, mulalah stuff-stuff lain datang menggatal di dalam biliknya. Layan memang Afieq layan, tapi ingat tak serabut ke? Kadang-kadang nak je halau semua, nasib la Afieq tu prince charming. Heh.

"Saya mimpi parent saya kena bunuh depan mata saya..." jelas Zeen, dan dia pasti itu bukan sekadar mimpi. Itu cebisan memori. Ibu bapanya mati dibunuh, di hadapan matanya sendiri.

"Kenapa sampai macam tu? Tu la tidur dalam bilik I lagi. Jom la lunch, itukan mimpi je. Jangan di layan sangat." Belakang badan Zeen digosok, gaya seorang abang yang cuba memujuk adiknya semula. Zeen menunduk.

"Malangnya itu bukan sekadar mimpi," bisik Zeen perlahan dengan nada sebak. Afieq yang mendengarnya hanya senyap.

"Jom la makan dulu, tenangkan diri dulu. Nanti share dengan I, okey? Jom bangun." Tangan Zeen ditarik mengikutnya berdiri dari kerusi. Zeen hanya turuti, dia mengangguk lemah. Mimpi itu memakan jiwanya....

Di kafe, di tingkat dua syarikat Afieq, seorang pelayan datang menatang dulang penuh dengan coffee pelbagai perisa.

"Latte and Hot Chocolate, right?" Dengan baju ala-ala budak remaja sekolah swasta, pelayan itu menunduk sambil meletakkan dua buah gelas di hadapan Afieq dan Zeen.

Mereka berdua mengangguk supaya pelayan itu lekas beredar.

"Lepas tu?" Afieq bertanya lagi, minta kesinambungan cerita yang tergantung tadi.

"Saya umur 6 tahun masa tu, papa cepat-cepat sorok saya dalam almari. Sumpah masa tu saya tak tahu apa-apa, yang saya tahu, saya takut sangat. Papa tutup pintu rapat-rapat. Saya dengar suara umi menjerit, sebab takut sangat, saya tutup telinga rapat-rapat. Saya... saya tak buat apa-apa pun untuk selamatkan mereka." Akhirnya air mata yang Zeen tahan mengalir juga mencucuri pipi gebunya. Dia menundukkan kepala dengan bahu terhincut-hincut.

Afieq pantas bangun dan menarik kerusinya mendekati Zeen. Bahu Zeen ditarik supaya memandangnya. Namun Zeen masih menunduk, malu mahu menunjukkan wajah sememehnya.

"Hey, look at me little girl." Dagu Zeen didongakkan memandangnya. Apabila mata merah itu bertemunya, Afieq memberikan senyuman lebar.

"It's good when you stay silent in the closet. I can't imagine what will happen if you get out and try to face all the murder alone," ujar Afieq lembut. Jika benar ia terjadi,, ruginya Tengku Afieq Zarfa'el kerana tidak sempat bertemu bidadari tercantik seperti Zeen. Heh.

Namun-tiba Zeen menggeleng kepalanya. Afieq berkerut kerana terkejut.

"Uh why? Apa yang you ingat you boleh buat dengan umur you yang 6 tahun tu? Kalau you keluar, mesti family you akan rasa lebih terseksa. Kalau you pun kena bunuh macam mana?" bentak Afieq. Pelik apabila Zeen menggeleng seperti tidak setuju dengan pandangannya.

"Tak... Maksud saya, saya tak faham apa yang awak cakapkan. Selepas papa dengan mama meninggal, ada polis jumpa saya dalam almari tu. Mereka hantar saya ke rumah anak yatim, saya tak dapat pembelajaran penuh kat sana. Kami belajar bahasa Inggeris pun bila ada yang volunteer datang mengajar." Zeen jelaskan semula. Hot Chocolatenya diambil dan disisipkan pada mulut. Menghirup perlahan nikmatnya kemanisan coklat panas itu.

"Ouh. Jadi selama ni I cakap, awak tak fahamlah? Heh! Kenapa tak bagitahu I awal-awal? Membazir air liur I je, tahu tak? Nasiblah, membazir pada you. Adalah juga berbaloinya." Afieq membebel. Lattenya juga diambil, terliur melihat Zeen menghirup Hot Chocolatenya dengan begitu nikmat.

"Benda basic saya fahamlah. Tapi hari ni tiba-tiba awak cakap 100 peratus inggeris. Sumpah tak faham langsung."

Afieq menaikkan bola matanya. "Hurm... Habis family you yang lain tak datang jaga you ke? I mean, pak saudara? Mak saudara? Diorang di mana?" Walaupun Afieq seperti menyampah dengannya, sifat prihatin masih lagi ditonjolkan.

"Entah... Saya pun dah lupa muka diorang macam mana. Selama saya duduk di rumah anak yatim tu, memang tak pernah sekali pun mereka datang menjenguk... Entahla, Afieq. Saya ada awak je sekarang..."

Mendengar ayat itu, Afieq senyap. 'Sadisnya, saya bukan selamanya akan ada disamping awak.'

Malas mahu melayan perasaan, Latte dihirup lagi. Afieq berpaling ke sisi, terasa bersalah mahu melihat wajah Zeen yang berharap.

The Darkest Side Of Mafia × 6-10 [Challenge]Where stories live. Discover now