8

910 76 15
                                    

"Awek ke Tuan?" Seorang wanita sebaya umur Zeen dengan baju kurung mini berwarna pink datang dengan punggung bergedek-gedek. Walaupun nadanya mesra apabila mengusik Afieq, Zeen perasan mata gadis itu sempat mencerlung dirinya.

Biasalah, perempuan pejabat. Dalam setiap pejabat mesti ada sekurang-kurangnya seorang perempuan yang gedik, suka bergosip dan suka kat bos. Kalau tak ada, memang tak lengkap sesebuah pejabat tu. Jadi sesiapa yang bercita-cita nak kerja pejabat, bersedia lah ok?

"Hahaha. Bibik je ni, awek tang mana nya." Afieq melayan, siap cakap Zeen bibik lagi. Zeen mencebik. Mengaku je la aku ni awek dia, biar frust 7 keturunan minah tu.

"Hahahaha!"

Zeen menutup telinga, Ya Allah! Berdesing siot telinga aku dengar minah ni ketawa. Zeen pandang Afieq apabila tawa minah tu akhirnya selesai. Afieq steady je gelak sama-sama? Bapak ah dia punya telinga. Cakap pinjam telinga lintah?

"I masuk dulu lah. Jangan rindu I tau." Satu kenyitan mata diberikan oleh Afieq. Aku pula nak termuntah.

"Hihi. Nanti teman I lunch, ok?"

"Urm... Nope. I busy." Satu ayat ringkas, tapi cukup buat Zeen tersenyum simpul. Memandangkan aku perempuan, aku dapat tahu betapa hancurnya perasaan minah tadi bila kena tolak. Wahaha. Padan muka.

Sibuk mengumpat, tiba-tiba Afieq menarik tangan Zeen, membuatkan dia kembali ke alam nyata. "Jom, little girl."

"Aip! Lepas la!" Tangan Afieq dipukul sehingga lelaki itu melepaskannya.

"Dah cemburu ke?" Afieq bertanya sambil bibirnya mengukir sengih nakal.

"Eu no. Saya geli dengan lintah darat." Wajah jijik dibuat sebelum dia berlalu ingin masuk ke bilik yang sudah terpampang nama Tengku Afieq Zarfa'el. Melopong juga mula-mula, nama dia ada Tengku? Dan Afieq CEO? Serius la?

"Lintah darat ke buaya darat, cik kak?" Afieq menahan gelak. Pandai-pandai dia je nak men'darat'kan haiwan. Pintu kaca biliknya ditutup perlahan-lahan apabila kedua-dua mereka sudah masuk ke dalam.

"Sama je lintah dengan buaya." Zeen nampaknya masih sedaya upaya berjuang untuk membuktikan dia betul. Walaupun sudah terang lagi bersuluh yang dia salah. Kerusi berwarna hitam itu jadi tempat dia labuhkan punggung tanpa arahan.

"Mana ada! Bodoh tu mengaku je la."

"Dia tu bo-"

"Watch out your mouth, little girl."

Tak sempat Zeen mahu habiskan ayatnya, dia terus senyap apabila ditegur sedemikian. Zeen menunduk, sedar akan tingkah lakunya yang berlebihan.

"What is your name?" tanya Afieq serius. Matanya mencerlung tajam ke arah Zeen. Takut Zeen jadinya untuk membalas renungan itu. Tadi nakal, sekarang garang. Pelik, ada split personality ke apa?

"Zeen. Zeen Raina," jawab Zeen sepatah-sepatah. Wajahnya masih lagi di posisi menunduk.

"Umur?" tanya Afieq lagi. Intonasinya dikekalkan serius. Walaupun dalam hati, dia sudah tergelak besar. Penakut.

"23."

"Hah?! 13?!" jerit Afieq tiba-tiba. Terkejut Zeen dibuatnya.

"23 lah!"

"Oh... Maaflah sejak dua menjak ni selalu makan Cucur Badak, sampai pekak badak I dibuatnya." Tiba-tiba Afieq kembali bertukar menjadi nakal. Zeen mula selesa semula. Entahla, dengan Afieq, dia rasa lebih selesa, lebih mesra. Sedangkan sudah bertahun lamanya dia tidak bergaul dengan sesiapa.

"Haha. Hari tu pinjam telinga lintah. Hari ni badak pulak?" Zeen melayan karenahnya, tak mahu Afieq bertukar kepada Si Dingin semula.

Namun kata-kata Zeen tidak terbalas. Afieq hanya diam, diam dengan tiba-tiba. Merenung satu-satunya gadis di hadapannya. 'Comel je dia gelak, typical gadis melayu. Bukan macam Dhiya tadi, gelak macam langsuir.' Afieq mengukir sengih mendengar kata-kata hatinya.

"Awak ni dah kenapa pandang saya macam tu? Lepas tu senyum-senyum? Nak kaki?" Biji matanya dibesarkan tanda memberi amaran, pantang betul Zeen Raina lelaki mata keranjang macam ni. Ingat orang tak ada maruah ke ha?

"Chill la. I menghayati je, peluang dengar bidadari gelak ni bukan selalu." Muka miang ditayang sekali dengan pakej kenyitan mata pada Zeen. Zeen buat muka jijik, kembangkan hidung dan buat muka seburuk buruk jin belakang pondok pak mat. Afieq tergelak kecil, buruk-buruk pun masih mampu buat hati dia berdetak laju. Atau jantung Afieq berdebar sebab muka Zeen buruk sangat? Pfft! Hahaha!

"You ni, buruk-buruk pun still comel. You sapu minyak pengasih eh kat I?" sakat Afieq lagi.

"Eee buang masa je nak sapu minyak pengasih. Malaslah saya mahu melayan!" Geram dengan sikap Afieq, Zeen bangun dari kerusi empuk yang menjadi tempatnya duduk tadi. 

Afieq angkat bahu, turut malas mahu melayan memandangkan Zeen pun menunjukkan respon tidak berminat. Dia membuka komputer pejabatnya. Melihat data-data yang begitu penting baginya. Tangannya naik mengusap dagu.

Melihatkan tindak-tanduk Afieq yang serius, Zeen hilangkan niat mahu mengganggu. Dia melihat sekeliling, penuh barangan antik. Mesti mahal, CEO kan. Lagi-lagi berketurunan tengku. Oh!

"Awak!"

"Huh apa? Mentang-mentanglah I cakap I pekak badak tadi, terus jerit-jerit you ni."

"Hehe, sorry. Awak busy ke?" Zeen kembali duduk di kerusinya tadi. 

"Alhamdulillah, dah tak busy. Tadi busy jugalah pujuk diri sendiri orang tu tak nak layan." Komputer pejabatnya ditutup. Memberikan tumpuan seratus peratus pada gadis di hadapannya.

"Pfft. Apa-apa sajalah. Nama panjang awak apa?" Terus saja Zeen masuk kepada soalannya. Tak mahulah layan Afieq punya gatal tu. Takut hati nanti terjerat. Nanti siapa susah? Dia lah juga.

"Dah tahu, kan? Tanya lagi buat apa? Jangan buang masa I, please."

"Jadi betullah, nama awak Tengku Afieq Zarfa'el?" Zeen inginkan kepastian. Bukan apa, kalau betullah dia anak tengku, Zeen kena lah hormat sikit, kan?

"Habis? Ijoy? Ijoy Mushiro? Ijoy jadi CEO Zarfa'el Holding?"

"Wuish! Agak-agak lah! Kalau awak Ijoy, memang takkan lah saya ikut awak balik."

"Ha, tau tak pe. Semalam you buat apa dekat lorong tu sorang-sorang? Bahaya tahu tak. Nasib baik I ni Prince Charming you, kalau tak I tak tau la apa jadi dengan you sorang-sorang kat situ. Dah la kumpulan Ayden tu berbahaya. Memang tak takut mati eh?" Afieq mula bangkitkan hal semalam. Huhu, siapa je tak takut mati, bang oi?

"Saya baru balik kerja—"

"Kerja apanya siot balik pukul 12 pagi?!" Tiba-tiba Afieq melenting, terkejut Zeen dibuatnya.

"Terkejut sangat kenapa? Biasalah... Kerja kedai runcit. Baru habis shif. Awak tahu apa? Tahu arah orang je, pastu mengorat pekerja. Heh," perli Zeen, sengaja. Afieq mencebik.

"Tu bukan mengorat, mengeratkan silaturahim antara pekerja dan bos. You tak tahu apa-apa senyap je, ok? Sambung cerita cepat." Afieq mengarah. Tengok? Betul Zeen cakap tadi, kerja mengarah orang je. Boleh tak cakap 'tolong'? Kan lembut hati orang yang mendengar. Huhu.

"Lepas tu ada 2 orang lelaki datang dengan van, sekat saya kat lorong tu, tu jalan pintas nak pergi apartment saya."

"Kenapa diorang sekat? You bukan seksi pun kalau diorang nak jual..."ujar Afieq dengan nada perlahan, seperti menilai.

"Hah, apa? Diorang nak apa?" Zeen pinta Afieq mengulangnya semula. Tak seberapa jelas. Jual apa? Jual kerbau guling ke?

"Eh tak de pape lah. Sambung, kenapa diorang sekat?"

"Hurm... Diorang nak kutip hutang. Parent saya ada hutang sampai 300 ribu." Zeen menunduk, berat rasa kepala mahu memikirkan jalan penyelesaian hutang itu. 300 ribu bukan sikit.

"Oh..." balas Afieq dengan nada kosong. Dia kembali membuka komputer pejabatnya

Zeen mengangkat kepalanya semula. Sedikit terkejut sebenarnya, namun dia sedaya upaya cuba mengawal riak wajahnya. 'Oh' saja? Seriuslah...

Sorry panjang, sorry hambar, sorry update lewat. Sorry tak sedap. And also thanks membaca!

The Darkest Side Of Mafia × 6-10 [Challenge]Where stories live. Discover now