Bab 1

12 2 0
                                    


“ Lagi beberapa minit sahaja lagi untuk aku habiskan segala yang terkandung dalam sebuah novel yang aku baca saat ini, yang sudah masuk  kali  ke 5 bacaan aku ,buku sekolah ?? ermmm entahla sudah berada bawah katil barangkali, atau tersusun  rapi dalam beg galasku. Biarpun aku kerap membaca novel namun pelajaran, masih dapat aku seimbangkan sehingga kini.

Fine aku tipu. Muka siapa lagi yang tidur dalam kelas kalau bukan aku ehehehe

Jangan salahkan aku juga, kenapa aku terlalu obses untuk membaca novel yang sama sepanjang masa,salahkan juga si rakan baikku yang memerangkap novelis termuda yang Berjaya mencetak novel nya ini yang sudah masuk kali ke 22 cetakan.

Mana kan tidak aku terlalu suka dengan novel ini, sebab watak heroin dalam novel ini juga adalah aku sendiri, siapa sahaja yang tidak bangga bukan. By the way nama aku Kim Eun Chan..  Nama itu diberikan kepadaku selepas mendiang appa dan omma menonton cerita The 1st Shop Coffee of  Prince yang dilakonkan oleh Gong Yoo dan Yoon EunHye.. Mereka punya suka akan cerita tu sampai sanggup tukar nama aku menjadi Eunchan. Aku berumur 17 tahun ,seorang yang peramah , cantik
...cantik ke?  dan banyak lagi..So selamat datang ke dunia aku ,dunia yang penuh dengan imaginasi..”

Aku menutup laptop ku yang menyala hampir  3 jam itu gara-gara menaip kata-kata ku yang  tidak seberapa penting untuk dibaca oleh khalayak yang sedang membuka blogger pada malam hari seperti ini. Mungkin rakan ku yang berada di bilik lain ,sedang tekun membaca buku dan  juga membuka segala nota-nota yang telah dicatatkan. Aku pula masih lagi berdiri seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku saja lagak ku ini.

Bak kata si S.coups budak pandai di kelas ku sering katakan. “ not in the mood”. Tidak mengapa dia sudah pandai kata la sebanyak mana not in the mood dia itu, aku tetap yakin dia masih lagi mengekalkan top 3 dalam seluruh tingkatan.

Kata-kata hati ku terhenti di saat Jihyo masuk ke bilik, menegur ku yang masih lagi terpacak berdiri sementara tangan pula menjingjing laptop pemberian mendiang appa ku  2 tahun yang lalu.

"Habislah aku" kataku perlahan

“ohh god!!!! buku sekolah kau mana , tak reti bukak dah ke buku sekolah???. Memang tu je la buku yang kau dok pegang dari pagi sampai ke malam???. .Arr molek jugak sambil peluk novel tu setiap hari sampai nak makan pon ,benda alah tu kau sorong. Kau jangan sampai aku suruh yang lain bakar novel kesayangan kau tu”

Bebel  Jihyo ,  gaya tak kurang seperti seorang ibu memarahi anaknya yang malas membaca buku. Dasar makcik-makcik

“ Aku bukak buku laa ni, by the way ,kau jangan nak memandai eh ! suka-suki nak bakar novel aku ni.Aku sayang novel ni”.

“ Apa-apa je la, ha! dah abis baca buku terus tido. Kita ada persembahan rabu  ni ,untuk hari persaraan pengetua.Kau tido awal , esok ada latihan dan jangan tido lambat aku tak nak warden marah-marah”.

“ Yeww, baiklah cik Jihyo”

Selesai kata-kata ku itu, terus sahaja lampu bilik ku di tutup. Aku juga tahu yang aku bakal di marahi oleh si Jihyo kerana tidak mengulangkaji pelajaran. TIDAK PERCAYA?? okay dalam kiraan 1,2,3…

        “ KIM EUNCHAN, KAN AKU SURUH KAU BACA BUKU ASAL KAU TIDO!!.”

                 “ AKU NAK TIDO LA NGANTUK .  NITE YOYO”

                     “ YAHHH YOYO KEPALA HOTAK KAU! “ . 

Errrrrr….itulah si JIHYO!....dasar sahabat biadap…cis!!! moga kau mimpi hantu sebab membebel dekat aku tadi…hahhahahaha…

Aku mengabaikan bebelan si Jihyo tu lalu apa lagi.. Marilah kita berlayar ke alam mimpi bersama Didi and Friends

  Di pagi hari yang indah ,burung berkicauan memecahkan suasana sunyi pagi hari.Semua murid telah pun berkumpul di dewan. Bagi mendengar ulasan para guru dan sedikit peringatan yang penting untuk semua pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Carmella High.

Geng aku pula masih tekun mendengar setiap baik butir bicara yang keluar daripada bibir munggil guru wanita di atas pentas  itu,kecuali Iera dan Mina yang masih bersandar satu sama lain untuk aktiviti yang tergendala mereka berdua .Apa lagi ? semestinya tidur.

Namun aku pelik ,melihat Mina yang sedikit memucat dan Iera pula yang tertidur tadi pantas memeluk Mina bagaikan menyalurkan sedikit kekuatan kepada mina. Otak aku ini menganalisis perkara negative namun pantas aku gelengkan kepala.

Setelah beberapa minit masa berlalu ,barulah sesetengah guru berhenti daripada berbicara.Lalu di sambung pula sepatah 2 kata daripada pengawas yang bertugas bagi menyampaikan beberapa perkara yang harus di ketahui oleh para pelajar.

“ Mina kau sihat tak hari ni? .Sebab aku rasa hari ni kau yang bertugas kan?”.

Kata ku dengan prihatin.Sedang mulut ku ini giat untuk bertanyakan beberapa soalan ke Mina, muncul pula si Momo dan Tzuyu menarik ku jauh ke depan dan menjawab pertanyaan ku yang diajukan kepada mina sebentar tadi.

“ Kau tak tahu ke Eunchan? hot news ni tau!”. Kata Tzuyu dan  Momo serentak.

“ Apa yang hot news nya ni .macam-macam la korang berdua ni”.

“ Kau biar betul Eunchan, takkan la kau tak tahu pasal ni?” 

Aku ternganga dengan kata Tzuyu itu , apa yang aku tidak tahu?  ,hermm  pelik sungguh rasanya. Muka Iera yang sedikit gusar akan keadaan Mina yang sedikit memucat itu.Menambahkan lagi kekusutan di kepala ku  , lalu tanpa di suruh Momo dan Tzuyu terus menyambung kata mereka.

“ Mina hampir kena cabul malam tadi kau tau tak! , tapi kami semua tak tahu siapa punya angkara . Sebab tu la cikgu semua tengah buat sport- check besar-besaran  kat dorm and satu asrama ni untuk hari ni”.

Kata Tzuyu dengan nada bisikkan takut mungkin jika di dengari oleh Mina. Momo yang diam beberapa minit tadi mula bersuara .

“ Ye , betul tu . Kami takut, kau tau bila kami dengar cerita ni daripada mulut Mina. Mujur Iera dengan Tao ada malam  tadi tidur lambat . Nasib juga la Tao teman Iera buat ulangkaji malam tu dekat bilik Iera dengan Mina ,terkejut dia orang .Bila dia orang keluar sekejap pastu masuk bilik air and keluar balik masuk bilik, Mina dah kena tindih dengan badan sasa seseorang. apa lagi ,terus Tao bukak  langkah wushu dia tu. Mujur Tao pro  ,nak tangkap tapi tak sempat . Puas jugak Iera and Tao tarik kaki orang tu keluar daripada tingkap bilik. Tapi hampa sebab dia orang terkejut bila Mina menjerit kuat so terlepas la lelaki tu , sebab Iera dengan Tao pentingkan Mina masa tu”.

“What boleh pulak si Tao tu masuk bilik perempuan,dah jadi Sajat ke jantan tu??” kata ku terkejut

“mana laa kami tau wey, kau pon tau Tao tu dua alam hahahhahah” kata Tzuyu

Aku pula sudah ternganga besar. Apakah?? ,siapa yang sanggup buat Mina macam itu. Kata hatiku terhenti saat mendengar  suara jeritan daripada Iera.

“  Mina!!! bangun Mina, cikgu tolong . Mina pengsan!!”.  Teriak Iera lalu berpusu-pusu pelajar dan para guru membantu Mina yang sudah terbaring lemah itu.

The NovelWhere stories live. Discover now