Pra SPM

166 6 0
                                    

Cerita bermula pada musim examination, masa tu kitorang budak form 5 yang tgh menghadap pra spm. Pra spm je bukannya spm pun, tapi for skool baik cam kitorang, walaupun pra, korang kena hadir, wajib! baik ke tak baik semua wajib hadirkan?

Back to the real story, member aku ni yang aku namakan as CA, ada satu habit yang memang tak boleh blah, lambat! aku pun tak leh nak tolong, bangunkan pukul apa pun, dia punya pergerakan memang slow, lebih2 chronic bila member aq ni spesies bangun lambat.

Sarapan memang confom miss, roll call always almost miss.

Tapi pada hari kejadian, Aq tak tahulah kenapa warden kitorang tetiba strict. datang bulan lah kot. And member aq ni, dalam byk2 hari dia nak miss roll call, ari tu juga dia nak miss.

Warden kitorang bengang with student's attitude masa exam. lewat keluar dari asrama, suka maasuk asrama pada waktu yang tak dibenarkan, so dengan generousnya warden kitorang bertindak dengan menguncikan pintu pagar asrama.

Aku apa lagi, ops!! Tumpang kesian dekat CA yang kena kandang dalam asrama (dia bersembunyi dalam bilik time roll call), lebih2 lagi kitorang pagi tu ada exam PS. Mahu tak mahu kena tolong dia cari ikhtiar keluar dari situ, sanggup cari akal daripada bagitaw warden tu.

Apalagi kitorang buat meeting tergempar kat pagar belakang. CA dah takut terlepas exam (lupa nak cakap, CA n BB terkandang sekali). So aq cakapla, panjat je pagar. Aq time tu gurau je, tapi diorang okey pula (desperate punya pasal). Panjat, tak lepas (sebab pakai kain), member aq pun suwoh ambil kerusi.

dua2 blah pergi ambil kerusi. BB panjat and terjun dengan steady je. Tapi CA ni buat drama airmata pula. Menangis2, gayat dengan ketinggian. Punya lah yang sebelah pagar ni, ada 3/4 orang nak tolong selamat, dia still menangis ketakutan. Tapi sowilah, aq punya nerve macam tersalah sambung, takleh belah nak gelak.

Makan 4/5 minit jugalah nak yakin kan minah ni suwoh terjun.

Selamat aje dia landing. Ingat kitorang ni kawan yang haprak sangat ke, walaupun hati kitorang digeletek tapi tak bermakna kitorang nak bagi CA ni terluka dihari examination.

Gegar kaki tu masuk dewan exam. Kuang2x!

Bila dikenang balik, memang lah x adventure mana pun. tapi Our life experience is far more fun than common highschool girl. We do talk about boy, but we are not desperate. We do care about our image but we are not over do it.

rindu eh...

CERITA Gila-gila ZAMAN PERSEKOLAHANWhere stories live. Discover now