Salah seorang penyambut tetamu di kaunter memimpin Hyuna ke atas bangunan Bighit, memperkenalkan Hyuna kepada semua staff.
"Selamat pagi semua! Saya nak kenalkan Make-up Artist terbaru kita. Sila kenalkan diri" Ujar lelaki pertengahan umur yang ceria itu.
"Hello semua! Nama saya Kim Hyuna. Umur saya 26 Tahun, sila beri tunjuk ajar" Hyuna menunduk hormat 90 darjah.
Yang lain menyambut Hyuna dengan penuh mesra dan ramah, Hyuna rasakan inilah yang dia mahukan.
Rancangannya pasti berjalan lancar.
---
"Awak akan di ajar oleh Stylist Senior kita, Kim JaeMin"
Jae tersenyum lebar, di tangan penuh dengan alat solek. Penyambut tetamu tadi meninggalkan mereka berdua di dalam bilik persalinan.
Kim HaMin atau lebih dikenali sebagai Min hanya melihat kegedikan kakak kandungnya, Jae apabila bercakap dengan Hyuna.
"Siapa ni?" Min mencelah saat tidak tahan melihat mereka berdua, Jae hanya menjeling tajam sebelum menjawab. Orang baru mahu beria cerita itu ini, tiba-tiba ada yang menyampuk.
"Ni Hyuna, Make-up artist baru kat sini. Kau guide dia, aku banyak lagi kerja ni ha"
Min mengangguk menerima arahan Jae. Dia memandang Hyuna sekilas, senyuman dilemparkan.
"Hai" Hyuna menghulurkan tangan untuk berjabat.
Tangan di sambut kasar oleh Min kerana dia tidak biasa dengan perempuan, sedangkan kakak dia juga kasar apabila berada dengan dia.
Raut muka Hyuna berubah, berkedut seribu.
Min melihat Hyuna, kata maaf dilontarkan.
Hyuna mengangguk, tergelak sedikit.
"Ingatkan saje tadi hehe"
Bodoh desis Hyuna apabila melihat Min dan Jae Eun yang sudah termakan hasil lakonanya.
Aku nak tangan perempuan tadi
---
"Kak Jae, nak balik rumah saya dulu tak? Saya ada masak lebih hari ni" Hyuna memaut lengan Jae.
Baru sehari bertemu, sudah akrab bagaikan adik beradik. Makin menyampah Min jadinya.
"Kak, hati-hati balik kampung. Kau dahlah perempuan, naik bas seorang pulak tu. Hm Hyuna, kau jagalah kakak aku elok-elok ya" Min memakai helmet dan terus menghidupkan motor RXZ yang berada di tepi bangunan.
"Jom! Bas akak Pukul 9 Malam, sekarang baru pukul 5 petang. "
Adik beradik sama je, bodoh.
---
"MATI!" Hyuna menetak kepala milik Jae dan menyebabkan darah merah pekat terpercik ke dinding dan baju kemeja biru langit milik Hyuna.
Kepala yang terbelah dua itu di asingkan organ dalam ke dalam satu bekas.
Tangan yang dinanti cepat-cepat dipotong Hyuna
Pak pak pak! Bunyi daging di potong. Dia mengambil sedikit cebisan otak mayat dan meletakkan ia di atas pinggan bersama nasi goreng, darah yang masih mengalir dari badan mangsa di tadah didalam cawan.
Apabila sudah penuh, dia menuang darah pekat segar daripada badan manusia di atas nasi goreng, lazat!
Dia mengemas kekacauan yang baru sahaja dia selesai melakukan dan tanpa menukar pakaian dia duduk di atas sofa dan menikmati makanan
"Ah! Sedapnyaaa! Lepas ni aku nak buat nasi goreng darah Jimin pula lah, otak Taehyung mungkin sedap? Hm nantilah aku fikir"
Hyuna gelak dengan besar tatkala menonton tv dan menghabiskan makanan kegemarannya dengan kegembiraan
-- To be continued
YOU ARE READING
You Are The Psychopath! | Hoseok [ Edited ]
FanfictionDimana Hoseok si pengecut yang lansung tidak dipercayai Namjoon cuba untuk menyelamatkan kawan - kawannya dari penderitaan yang menyeksakan Ada scene yang meloyakan dan boleh membuatkan diri mengeluarkan kata kesat, sila control diri anda. Ini hanya...