A/n : Pisau daging tu untuk potong daging ye
( edit : astagafirullahalazim.. )
----
" Dikhabarkan seorang wanita lingkungan 30-an hilang setelah mengikut suspek balik ke rumah. Mari dengar kata-kata suspek.
"Saya tak tahu dia pergi mana. Apa yang saya tahu, dia ada marah saya sikit dan pertengkaran kami menyebabkan dia terus keluar dari rumah" kata Hyuna, 26 tahun.
Mari kita dengar kata adik mangsa pula
"Kalau korang semua jumpa kakak saya balik, tolonglah suruh dia balik. Dia pakai baju biru tua, seluar jeans dan sneaker hitam. Terima kasih" kata Jung HaMin 26 Tahun.
Sekian sahaja berita pada malam ini, harap kita bertemu di lain hari dan di waktu yang sama. KBS world, out "
Jin duduk termenung di Sofa ruang tamu, ditemani Daehwi yang cool sahaja mukanya.
"Awak ni tak risau ke kakak awak hilang? Cool je muka.." Yoongi mencelah, memberikan setin air gas Pepsi kepada Daehwi.
Daehwi mengerutkan dahi "mestilah.. tapi nak buat macam mana, dia tiba-tiba hilang...takkanlah kak Jae saya nak gaduh dengan perempuan yang jauh lebih cantik dari dia"
Apabila terdengar kata-kata Daehwi itu, Idea yang amat bernas 'pulp!' Di kepala Jin.
----
Beberapa hari kemudian...
"Cakap sekarang!! Mana kau sembunyikan Taehyung dan Jungkook?!" Jin merempuh masuk ke dalam apartment mewah milik Hyuna.
Hyuna menutup pintu dan mengunci perlahan-lahan pintu tersebut.
"Kenapa? Kau rasa aku ke yang sorok diaorang?" Hyuna duduk di meja makan, merenung kerusi didepan.
"Aku tahu, kau yang sorok stylist Jae kitaorang. Tak mustahil diaorang dua tu kau yang sorok!" Jin menghentak meja menggunakan kedua belah tangan, pandangan bengis dilemparkan.
"Seokjin, Seokjin.." Hyuna senyum, kepala digelengkan beberapa kali sebelum dia mencapai sebilah pisau yang dilekatkan menggunakan pita pelekat di bawah meja.
"Kau tak rasa useless ke?"
Kaki Jin cepat di tikam Hyuna tanpa disedari oleh Jin.
Mengerang kesakitan pastinya, habis suara garaunya keluar. Memenuhi setiap penjuru rumah.
Jin jatuh terjelepok ke lantai, membuatkan Hyuna melonjak keterujaan.
"Kau tahu apa yang patut orang takutkan selain pembunuh dan hantu?"
Semakin Jin cuba untuk lari, Hyuna semakin mendekati Jin dengan sebilah pisau daging
"Kenyataannya, diaorang patut takutkan seorang perempuan jelita, semuanya bodoh! Macam diaorang semua!HAHAHAHAHA"
Kaki Jin ditarik kasar oleh Hyuna dengan kekuatan yang tersedia.
Pisau daging di arahkan ke perut Jin...
"MATI! MATI! MATI!"
-- To be continued..
( Edit // 8.12.2018 // aku rasa okay lagi cerita ni lepas edit )
YOU ARE READING
You Are The Psychopath! | Hoseok [ Edited ]
FanfictionDimana Hoseok si pengecut yang lansung tidak dipercayai Namjoon cuba untuk menyelamatkan kawan - kawannya dari penderitaan yang menyeksakan Ada scene yang meloyakan dan boleh membuatkan diri mengeluarkan kata kesat, sila control diri anda. Ini hanya...