"Harghhhh!! Kepala aku serabut lah. Mula-mula Jungkook dan Taehyung hilang. Sekarang Jin pulak!!" Namjoon membuka jaket ala ala tong sampah.
Daehwi yang membancuh kopi didapur, segera membawa air bancuhan ke ruang tamu.
"Minumlah"
Namjoon menghirup sedikit kopi dari cawan "Terima kasih"
"Sama-sama" Daehwi mendepakan tangan di atas sofa. Selepas berdebat dengan Hoseok tentang siapa lagi kacak, akhirnya dia boleh berehat.
"Erm, kau rasa.. bila abang kau nak ambil kau balik eh? Sebab bukan apa.. kesian tengok kau" Namjoon menghirup kopi sekali lagi, kaki disilangkan.
"Er.." Daehwi menggosok tengkuk, tidak biasa dengan orang yang menggunakan aku kau.
Almaklumlah, dia hanya menggunakan awak saya atau nama sendiri untuk membahasakan diri sendiri apabila bercakap dengan orang luar yang lebih tua.
Sudah 17 tahun dia hidup , itulah yang diajar oleh kakaknya untuk menghormati orang tua.
"Oh takpe, gunakan jelah aku kau kalau nak. Tak kisah pun" Namjoon senyum. Membuatkan daehwi lega.
"Oh tak.. Entahlah.. Abang Daehwi .. dia mula-mula cakap dia balik rumah macam biasa lepas kes selesai. Dia fokus kat kerja polis dia tu.." Daehwi merenung teko kopi.
Rasa bersalah didadanya makin kian terasa. Perlakuannya yang biadap terhadap Min di tayangkan satu persatu didalam minda, walhal Min juga yang memberi pertolongan dari segi, perlindungan, buli dan pelajaran serta lain-lain.
Min berperanan sebagai abang yang menjaga adik dan Jae pula besar tanggungjawab sebagai anak sulung dan tulang belakang utama keluarga mereka sejak ibu bapa mereka telah pergi.
Jimin jatuh terjelepok, mencium lantai licin yang baru di mop Hoseok tadi "Weii!! Bukak KBS WORLD WEI!!!"
"Ah, ye ye jap" Namjoon terus menekan punat TV
" pada 12.35 minit petang, sekujur tubuh yang kehilangan organ lidah, kuku kaki serta kuku jari dijumpai terlentang di hadapan tong sampah tempat kejadian.
Mayat tersebut ialah Min Yoongi atau lebih dikenali sebagai su.. "
Namjoon terus menutup TV. Memandang Jimin dengan penuh tanda tanya.
Daehwi hanya memeluk lutut di atas sofa, memikirkan adakah Min pula mangsa seterusnya?
"Wei.. aku tak tahu siapa punya angkara.. PD-nim suruh bagi polis yang handle.. kita just.. kita jangan berpecah ! Benda ni tak boleh bawak main.."
"Macam.. macam mana kalau Daewhi pulak next target?" Mata Daehwi diseka beberapa kali dek kerana air mata yang deras turun, tangan menguis-nguis bajunya.
"Hey it's okay lah.. kitaorang tiga akan jaga kau" Namjoon memeluk Daehwi dan turut sama menangis.
Satu persatu, dibayangkan Namjoon.
Dari bagaimana mereka hilang, mungkin diculik atau dibunuh seperti Yoongi.
Mungkin ada yang terjojol matanya, diperlakukan dengan kejam oleh si pembunuh laknat tersebut.
Mungkin ada juga yang dimakan hidup-hidup..
Hoseok mengintip mereka bertiga menangis di ruang tamu, mengenangkan nasib malang yang menimpa.
Kawan mana yang tidak sedih apabila melihat kawan sendiri di seksa sebegitu.
Hoseok mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang.
Panggilan laju diangkat dan Hoseok menyeka air mata, dengan suara yang serak
"Aku dah sedia"
---
YOU ARE READING
You Are The Psychopath! | Hoseok [ Edited ]
FanfictionDimana Hoseok si pengecut yang lansung tidak dipercayai Namjoon cuba untuk menyelamatkan kawan - kawannya dari penderitaan yang menyeksakan Ada scene yang meloyakan dan boleh membuatkan diri mengeluarkan kata kesat, sila control diri anda. Ini hanya...