---
Jam menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi dan Min melemparkan jam digital yang berada di tepi katil ke dinding, Matanya terbeliak luas.
"Siapa set alarm aku bunyi hantu mengilai!?!" Dia menutup muka menggunakan selimut.
Bunyi alarm masih lagi kedengaran dari jam digital, membuatkan dia semakin takut untuk menjejakkan kaki ke lantai.
"Woi cepatlah bangun" Adik kepada Min dan Jae iaitu Daehwi mula gelak apabila terdengar bunyi mengilai dari dalam bilik Hyun.
"Wei, jahanam kau! Nasib lah Jae tu dekat kampung kalau tak lama dah aku halau kau keluar" Min cepat-cepat bangun dari katil dan menuju keluar sambil satu tubuhnya dilitupi selimut.
Daehwi hanya tergelak sambil menuju ke meja makan, Daehwi bangun lebih awal memandangkan kakaknya berada di 'kampung' sekarang.
Kalau mahu diharapkan Min untuk memasak pastinya terbakar bangunan ini.
Setelah Min selesai menyiapkan diri, Min turun melangkah satu persatu anak tangga ke meja makan.
Daehwi pula sudah habis makan dan dia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Pokemon Black and White yang sudah dia rakam setiap malam sebelum masuk tidur.
"Sedap kau masak" puji Min, kedengaran tidak ikhlas namun sebenarnya ada betul juga katanya. Pinggan mangkuk di letakkan di singki dan Min terus menyarungkan kasut
"Aku pergi dulu tau!"
Daehwi hanya berdehem, tidak menghiraukan abang yang merungsikan dia itu.
---
"Alamak.." dia melihat semua staff yang sedang sibuk di sepanjang jalan, begitu juga dengan Hyuna yang sedang membuat solekan make-up untuk ahli BTS Taehyung untuk pengambaran Album terbaru Love Yourself : Tear.
"Haargh, apa kita kena buat?" Min mengeluarkan semua alat solek, meletakkan semuanya di atas meja.
Namjoon hanya bertenang, dia tahu yang Min gelabah apabila berada dengannya kerana dia pernah beberapa kali menengking Min namun itu semua tidak sengaja huhu.
"Er Min.. Yoongi ngan kau adik beradik eh" Namjoon memulakan bicara dikala Min mula menyolek muka dia mengikut konsep pada hari itu.
"Eh mana ada, apa kau merepek ni"
Baru Namjoon mahu berkata, dia tertarik pada perbualan Taehyung dan Hyuna.
"Hyuna-sshi, jadi ke saya dan Jungkook lepak rumah awak lepas ni? Saya tak sabar nak main X-Box!"
Hyuna hanya mengangguk, Min memandang mereka pelik "wah tak sangka cepat gila diaorang boleh rapat" Hyun mengemas barang solek.
Rasa cepat betul dia menyolek muka Namjoon dek kerana Namjoon amat teliti dalam penjagaan kulit. Ni mesti dia ikut rahsia kulit SeokJin tu.. fikir Min.
"Hm samalah" Namjoon bangun, Meningalkkan Hyun untuk menukar baju.
---
YOU ARE READING
You Are The Psychopath! | Hoseok [ Edited ]
FanficDimana Hoseok si pengecut yang lansung tidak dipercayai Namjoon cuba untuk menyelamatkan kawan - kawannya dari penderitaan yang menyeksakan Ada scene yang meloyakan dan boleh membuatkan diri mengeluarkan kata kesat, sila control diri anda. Ini hanya...