- 8 ( Edit ✔️ )

33 5 1
                                    

3 hari selepas itu

"Aku rasa aku tak ready lah!!" Hoseok mengoncang lengan Min, muka Hoseok berubah kecut apabila mendengar semula rancangan Min.

"Kalau kita tak bertindak sekaranga ma..."

PLASH! Bunyi jasad yang baru sahaja mencium tanah dari tingkat paling atas.

"AHHHH!!" Jerit seorang wanita yang boleh dikatakan mangsa percikan badi mayat.

"Aku call Ambulans dulu! Kau tengok mayat tu cepat" Min menolak Hoseok yang masih terkejut melihat seseorang jatuh dan berkesudahan dengan sangat dasyat.

Tangannya terkepak kebelakang, tulang kaki terkeluar dari tempat asal.

Kepala retak, mengeluarkan darah yang masih mengalir dan pekat.

Hoseok seakan-akan kenal, tapi dia masih terkejut dan tidak pasti.

"Gempak sial" Kata seorang Staf lelaki yang teragak-agak melihat mayat tersebut.

"Jimin!!"  Hoseok melihat rantai yang berbentuk 'ARMY' yang terletak kemas di leher Jasad Jimin.

"TAK! NI SEMUA MIMPI ARGH BANGUN HOSEOK BANGUN"

Perlakuan Hoseok menampar diri sendiri berulang kali hanya dilihat orang sekeliling.

Ada yang menganggap Hoseok gila, ada yang menjerit memangil pertolongan.

"Waegurae Jimin, Wae!?! Aku tahu kau sedih tapi wae Jimin Wae?!" Hoseok menampar-nampar permukaan jalan tar dengan kuat

Orang ramai sudah tidak dihiraukan beliau. Apa yang dia kisahkan ialah sekujur tubuh yang pernah disayanginya seperti adik sendiri tidak lagi bernyawa

Dendam kesumat mula terbentuk didalam hati suci Hoseok.

----

"Jalan" Seorang wanita memakai Hoodie coklat mengarahkan Jimin pergi ke tingkat bumbung

Pistol SIG4500 di acukan tepat ke arah kepala Jimin. Membuatkan lelaki comel itu rasa gemuruh yang amat.

Sesampai di tingkat atas, Jimin berpaling ke belakang. Menunggu arahan seterusnya.

"Terjun" Perempuan itu tersenyum sinis.

"Ter-terjun?! Aku taknak! Kau lah terjun." Jimin cuba untuk lari dan mencapai tombol pintu ke tingkat bawah.

Perempuan itu menembak langit dan membuatkan Jimin automatik jatuh terduduk, menggigil ketakutan.

"Bangun! Kalau tak aku tembak kau." Perempuan itu mengheret Jimin hingga ke hujung bangunan.

Jimin yang masih menggigil cuba untuk berdiri dengan stabil namun masih enggan untuk terjun ke bawah.

"Kau ada masa lima saat, kau tak terjun.. aku bunuh kau lepastu bagi kawan-kawan kau sup daging , khas diperbuat dari kau!"

Kalau Jimin terjun, dia mati. Kalau Jimin tak terjun, dia juga akan mati.

Jimin menggeleng kepala.

Perempuan tersebut tersenyum sinis sebelum menolak Jimin jatuh dari bangunan dengan ketinggian  31 tingkat.

PLASH! Bunyi jasad yang baru sahaja mencium tanah dari tingkat paling atas.

"Huh." Hyuna terus menyimpan pistol ke dalam poket seluar dan turun meniti anak tangga satu persatu.

Apabila dia turun, dia melihat Hoseok yang sedang menaiki  Ambulans bersama mayat dan Min juga ada.

Sekali lagi, dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan.

' Next is.. Hoseok.. '

---

Nak ending ke geng?

You Are The Psychopath! | Hoseok [ Edited ]Where stories live. Discover now