Permulaan

34 1 0
                                    

Air mata mengalir laju. Perkhabaran yang baru didengarinya sebentar tadi begitu membunuh. Hancur hatinya saat ini. Ibunya yang disayangi sepenuh hati telah pergi menghadap ilahi. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Namun dia telah terlupa tentang fakta yang satu itu. Dia meraung kesedihan. Enggan menerima takdir yang telah tertulis di luh mahfuz. Tiada siapa dapat mengubah perancangan Allah yang maha Esa. Saudara mara cuba memujuknya...menenangkan hati yang galang tetapi gagal hingga gadis itu akhirnya rebah tidak sedarkan diri.
Ayahnya pula mengurung diri di dalam bilik. Hakikat bahawa isterinya yang dicintai sepenuh jiwa dan raga tidak dapat diterimanya. Mungkin kerana itu anaknya juga begitu kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Si ayah menyalahkan tuhan yang satu kerana tidak bersikap adil sedangkan dia yang buta menilai keadilan dan rahmat yang telah dikurniakan kepadanya. Dia mencampak semua barang hingga berselerak. "Tuhan tak pernah adil" jerit hatinya.
Sungguh dia benar-benar telah buta. Hatinya menjadi gelap.
Anak lelaki yang melihat senario di depan mata. Mengeluh kuat. Sedih melihat ahli keluarganya yang terlampau sedih sehingga lupa keadaan sekeliling. Adakah mereka sudah lupa kepada ahli keluarga mereka yang lain? Riena? Dia masih kecil dan tidak mengerti apa-apa namun nampaknya mereka tidak mempedulikannya. Terlampau mengikut perasaan. Nasiblah dia masih waras. Bukannya dia tidak sedih dengan kematian ibunya tapi ini bukan caranya. Dah macam orang arab quraisy yang meratapi kematian ahli keluarga. Mungkin dia bernasib baik kerana dia dihantar ke sekolah agama sebelum berangkat ke jordan.
Dia memegang erat tangan Riena.  Dia masih ingat pesan arwah ibunya untuk menjaga adik beradiknya.
Riena hanya memandang abangnya dengan pandangan pelik. Kenapa dengan kakak dan ayahnya? Apa yang telah terjadi? Di mana ibunya yang selalu menjawab segala persoalannya? Setiap kali dia bertanya kepada abangnya, abang takkan menjawabnya. Dia hanya memberikan senyuman hambar. Apa sebenarnya yang dah berlaku?

The heartbrokenWhere stories live. Discover now