Kehilangan

14 0 0
                                    

Ariena terjaga daripada mimpi lenanya. Dia bermimpi tentang percutian mereka sekeluarga lima bulan sebelum Puan Aliyana kembali ke Rahmatullah.

Air mata mengalir laju di pipi. Sungguh dia sangat rindu akan waktu itu. Di mana semuanya kelihatan indah. Di mana dia dilayan seperti puteri dan disayangi semua orang.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian dia dipukul teruk oleh ayahnya. Sejak itu ayahnya sudah lama tidak pulang ke rumah.

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah dibuka. Disebabkan mereka duduk di rumah kayu. Semuanya kedengaran jelas apabila suasana senyap dan sunyi. Ariena segera bangkit dan pergi ke hadapan untuk melihat siapa yang pulang.

Dia terkejut melihat kakaknya sedang mengemas semua pakaiannya. Anzalna hanya memakai singlet biru dan seluar pendek. Bajunya benar-benar terdedah.

"Kakak nak pergi mana?" tanya Ariena kebingungan.
Anzalna yang mendengar suara adiknya memandang sekilas lalu ke arah Ariena.
"Kakak nak keluar dari rumah ni. Kakak dah tak tahan dengan ayah yang tak habis-habis pukul kita. Dia ingat kita ni apa? Dasar orang tua gila!" balas Anzalna sambil memaki lelaki yang pernah disayanginya dulu.

"Kakak bawalah Riena sekali. Riena pun nak ikut. Riena tak tahan juga dengan ayah." sayu sahaja Ariena memberitahu.

Air mata Anzalna mengalir laju apabila mendengar kata-kata adiknya.

"Riena..kakak minta maaf sebab selama lima tahun ni kakak selalu marah-marah dekat Riena. Kakak cuma terlampau stress. Kakak bukan je kehilangan ibu tapi seorang ayah juga. Then kita hilang pula semua harta kita. Tapi kakak...kakak terlupa yang Riena lebih menderita. You just a kid and i'm being the selfish sister in the world." teresak-esak Anzalna menangis.

Ariena memeluk kakanya yang bertinggung di hadapanya sambil mengusap belakang kakaknya.

"Takpe Riena maafkan kakak. Jadi boleh tak Riena ikut kakak?" tanya Ariena teruja.

"I'm sorry. Kakak tak boleh bawa Riena. Tempat yang kakak nak pergi ni tak selamat untuk Riena." balas Anzalna sambil menyapu air matanya.

"Kalau tak selamat, kenapa kakak pergi?" tanya adiknya polos.

"Riena...kalau ayah melampau pukul Riena....Riena cepat-cepat lari and pergi balai polis tau. Bagitau polis tu apa yang jadi. Ok?" Anzalna tidak menjawab persoalan adiknya.

"Kakak apa kata kita tunggu Along balik nak tak?" Ariena masih tidak berputus asa memujuk kakaknya.

"Riena...Along dah lama khianati kita. Dia dah takkan datang and selamatkan kita. Mana dia selama lima tahun kita menderita kat sini? Mana? Dia dah lupakan kita sayang." jelas sekali Anzalna tidak berpuas hati dengan Azriel yang menghilangkan diri selepas kematian ibunya.

"Okey. Ingat pesan kakak...kalau ayah pukul je. Terus lari pergi balai polis. Faham?" Anzalna mengusap rambut adik perempuannya sebelum berlalu keluar dengan tergesa-gesa.

Ariena hanya mampu melihat kakaknya berlalu meninggalkannya. Anzalna melambai buat kali terakhir sebelum meloloskan diri di dalam kereta BMW putih. Ariena membalas lambaian kakaknya.

Nampaknya hari ini dia kehilangan seorang lagi ahli keluarganya.

The heartbrokenWhere stories live. Discover now