Kenangan

13 0 0
                                    

"Ibu! Ibu! Tengok ni Riena buat sand castle. Cantik tak ibu?" Ariena yang teruja dengan hasil binaannya, tidak henti-henti mengacau Puan Aliyana.
"Ya cantik sayang." balas Puan Aliyana sambil memandang ke arah "istana" buatan anaknya yang hanya krlihatan seperti sebuah bukit.
"Tak cantik pun. Buruk benar kakak tengok." Tiba-tiba ada suara yang mencelah.
Ariena yang mendengar kata kakaknya mula menarik muka masam.
"Cantiklah! Kakak jealous kan sebenarnya." balas Ariena tidak puas hati.
"Riena kakak cuma cakap benda yang betul je. Kenyataannya istana tu nampak macam pondok." usik Anzalna. Dia memang kaki usik. Dia takkan puas selagi tidak melihat adiknya menangis.
"Kakak jangan kacau adik." lembut Puan Aliyana menegur kelakuan puteri sulungnya.
Riena pula mula menangis dan berlari ke arah abangnya.
"Isy..ibu ni Kakak gurau je." balas Anzalna sambil memeluk mesra ibunya. Nak ambil hati lah katakan.
"Yelah tapi jangan buat lagi. Faham." kali ini ada sedikit ketagasan dalam suaranya.
"Yelah tapi tak janji ya." serentak dengan itu Anzalna berlari ke arah ayahnya.
Puan Aliyana hanya menggeleng melihat telatah anaknya.
"Along." mendayu sahaja suara Ariena memanggil abangnya yang sedang membaca buku.
Dalam hatinya Ariena pelik melihat kelakuan abangnya. Yalah orang tengah berseronok, dia baca buku. Apa pelik lah punya orang.
"Ya Riena. Riena nak apa?" malas sahaja Azriel menjawab. Matanya masih fokus pada buku yang dibaca.
"Along...kakak buli Riena" lembut sahaja Ariena memberitahu abangnya.
Azriel yang mendengarnya terus menutup buku kerana adik bongsunya ini takkan berpuas hati selagi kakaknya tidak mendapat balasan setimpal.
"Oh..jadi Riena tak puas hati ngan Kakak lah ni." tanya Azriel
Ariena hanya mengganguk sebagai tanda jawapan.
"So kita tunggu apa lagi. Jom balas dendam." ajak Azriel sambil tersenyum jahat.
"Yeayyyy!" Ariena melompat gembira.
Azriel memimpin tangan adiknya sambil berlari ke arah Anzalna yang duduk di gigi pantai.
Anzalna yang tidak perasan kehadiran adik beradiknya terkejut apabila merasa tubuhnya basah. Sedar-sedar ja, dia sudah berada dalam air.
Rupa-rupanya dia telah ditolak oleh Azriel.
Azriel dan Ariena yang melihatnya gelak tanpa henti sehingga berguling di atas tanah.
Anzalna segera bangun dan mengejar mereka.
"Siap korang berdua. Mana nak lari hah!"
Mereka tidak tunggu lama untuk memecut menyelamatkan diri.
Reza dan Puan Aliyana tersenyum melihat anak-anak mereka yang seronok mengejar antara satu sama lain.
Terpancar kebahagiaan dia muka mereka.
"Seronok kan tengok diorang cam ni. Abang bersyukur sangat dapat happy family macam ni."ucap Reza sambil memeluk pinggang isterinya.
"Takde bahagia yang tidak disertakan dengan ujian abang." balas isterinya penuh tersirat.
"Apa maksud sayang?" tanya Reza pelik.
"Takde apa-apa lah. Tiba-tiba rasa nak berfalsafah hari ni."
Reza hanya membiarkannya walaupun hatinya tertanya-tanya dengan maksud disebalik kata-kata isterinya.
"Takde apa-apa kot." Reza cuba menenangkan hatinya

The heartbrokenWhere stories live. Discover now