Deraan

21 0 0
                                    

Ariena Qaisara berumur 10 tahun dan dia kehilangan ibunya ketika berumur 5 tahun. Sejak itu hidupnya tidak pernah sama.

Ayahnya tidak habis-habis menyalahkan takdir yang telah tersurat. Sejak itu ayahnya sering keluar untuk berjudi dan minum arak. Kesannya dia telah dibuang kerja. Disebabkan oleh rasa tertekan yang amat Ariena menjadi tempat dia menghamburkan amarah.

Kadangkala si gadis kecil itu tidak berbuat apa pun kepadanya namun dia tetap dipukul.

Sementara kakaknya yang berumur 17 tahun mengamalkan gaya hidup bebas. Sudah berbulan-bulan dia tidak pulang dan ayah tidak pernah kisah tentangnya. Kakak sama seperti ayah...tidak dapat menerima kenyataan. Kakaknya yang baik dan penyayang sudah tiada. Digantikan dengan seorang yang panas baran.

Ayahnya juga merupakan seorang ayah yang baik. Ayah yang diidamkan oleh semua orang. Dia merupakan Operation Manager di tempat kerjanya. Walaupun dia sibuk, dia sentiasa ada masa untuk anak-anaknya.

Namun sekarang semuanya sudah berbeza. Mereka yang dulunya tinggal di rumah banglo mewah terpaksa tinggal di kampung peninggalan datuknya. Semua tidak akan sama lagi.

"Rienaaaa!!!" Reza memikik kuat nama anaknya.

Ariena yang sedang membasuh baju di belakang rumah segera datang ke ruang tamu. Arah suara itu datang.

"Ya ayah" lembut sahaja anak kecil itu menjawab.

Sayang sekali kerana tamparan yang diterimanya. Gadis kecil itu terjatuh akibat tamparan yang kuat itu. Pipinya mula bertukar kemerah-merahan.

"Woi perempuan. Aku panggil kau dari tadi baru sekarang kau datang. Ni aku nak tanya mana duit yang ada atas meja tu?" jelas sekali Reza tidak merasa bersalah atas perbuatannya sebentar tadi.

"Ayah kan dah guna duit tu semalam untuk beli arak dan berjudi." dalam esak tangisnya Ariena menjawab persoalan ayahnya.

"Kau jangan nak menipu ya perempuan. Kalau aku guna mestilah aku ingat. Sekarang kau bagitau aku mana duit tu!" serentak dengan itu Reza mencengkam kuat rambut Ariena dan menghentak kepalanya ke dinding.

"Aaaaaa" jeritan si gadis memecah kesuyian pagi itu.

"Sakit ayah tolong berhenti" teresak-esak si kecil menangis kesakitan.
"Bagitau aku mana duit tu. Kau curi kan!" laju sahaja Reza menuduh.

Dia mencampak anak perempuannya ke lantai dan menendangnya berkali-kali.
Selepas itu dia menarik rambut Ariena ke bilik dan mencampakkannya ke atas katil.

"Kau duduk kat atas tu dan jangan keluar. Faham!" serentak dengan itu pintu dihempas dan dikunci.

Ariena hanya teresak-esak menangis di atas katil. Sakit badannya hanya tuhan yang tahu. Dia tidak mampu bergerak.

"Ibu....Riena rindu ibu." tangis si kecil yang baru mengenal dunia.

Diambilnya ubat di laci dan disapu di tempat yang bengkak.

Riena memejamkan matanya sambil teringat kenangan 6 tahun lepas. Di saat keluarganya digelar keluarga sempurna dan bahagia.

"Ibu...ibu ayah dah balik!" jerit Ariena keriangan apabila ayahnya baru pulang dari outstation.

"Hei anak ayah yang comel. Tengah buat apa tadi?" anak perempuannya dipeluk dan didukungnya.

"Tadi Riena tolong ibu masak." cerita Ariena dengan terujanya.

"Ye ke macam tak percaya je. Anak ayah ni reti ke tolong orang hah?" Reza mengusik puteri bongsunya. Seraya itu dia meletakkan Ariena ke bawah.

Ariena terus berlari ke arah dapur untuk mendapatkan ibunya.
Reza hanya mengikut langkah puterinya.

"Ibu. Betulkan, Riena tolong ibu masak. Tengok ayah tak caya cakap Rina" laju sahaja Ariena mengadu pada ibunya.

"Ya sayang. Anak ibu ni rajin betul. Bertuah ibu dapat anak macam Riena. Ayah tu kita biar ja. Jangan bagi dia makan. Suruh masak sendiri." pujuk ibunya Puan Aliyana.

"Amboi sampai tak nak bagi abang makan. Nakal betul sayang ni ya." kata Reza lalu memeluk dan mencium dahi isterinya.

Ariena yang melihat segera berlari sambil menjerit

"Eeeeeeee"

Puan Aliyana dan Reza tergelak melihat telatah Ariena. Macam tak biasa.

The heartbrokenWhere stories live. Discover now