Amukan

9 1 0
                                    

"Mana kakak kamu hah?" tanya Reza dengan muka yang merah padam apabila melihat bilik anak perempuannya kosong.

"Riena tak tau kakak pergi mana." balas Ariena sambil matanya menunduk ke bawah. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Reza yang jelas sekali marah dengan perbuatan kakaknya.

Namun ada rasa pelik kerana sebelum ni, ayahnya tidak pernah kisah ke mana kakaknya pergi. Kenapa tiba-tiba ja?

"Mesti perempuan sial tu dah tau aku nak jual dia. Dasar tak guna!" Reza mencampak semua barang ke dinding dan menumbuk meja bagi melepaskan amarahnya.

Ariena terkejut mendengar kata ayahnya. Sebab tu ke kakak beria-ria nak lari. Pada mulanya Ariena agak marah dengan Anzalna yang bertindak meninggalkannya namun kini dia faham akan sebab tindakan Anzalna.

"Kau! Kenapa kau tak halang dia hah!" Reza mula menyalahkan Ariena atas apa yang berlaku.

"Riena tak tau bila kakak balik. Riena tak jumpa pun kakak." Ariena tahu dia perlu menipu saat ini.

Serentak dengan itu pipinya berasa kebas akibat ditampar oleh Reza. Tak puas dengan itu dia menumbuk perut si gadis kecil itu.

Ariena yang menahan kesakitan, teringat kata-kata kakaknya. Ketika dia ditinggalkan selepas dibelasah teruk, dia segera berlari ke arah balai polis. Namun langkahnya tidak secepat mana namun cukup laju untuk sampai ke destinasinya sebelum disedari oleh Reza.

Anggota polis yang bertugas ketika itu terkejut melihat keadaan Ariena yang tidak bermaya dan penuh kesan lebam di seluruh badannya.

Ariena pula terus rebah tidak sedarkan diri apabila sampai ke balai polis.

The heartbrokenWhere stories live. Discover now