02

1.1K 76 0
                                    

"Baiklah kelas. Saya rasa anda semua tahu yang anda akan menerima kehadiran pelajar-pelajar baru daripada kumpulan idola TREASURE. Pastikan anda memberikan ruang privasi kepada mereka untuk belajar di sekolah ini. CEO mereka memberikan mereka setahun peluang untuk kembali ke alam sekolah dan hidup seperti orang lain. Mereka juga dibenarkan mencari pasangan dan bercinta untuk setahun. Kami akan menghantar mereka ke kelas-kelas yang terpilih." Suara daripada audio membuat pelajar bersorak. Sudah tentu di dalam hati masing-masing sedang memasang angan-angan untuk mendapatkan putera mereka. Pelajar lelaki pula memasang angan-angan untuk berkawan dengan idol. Manalah tahu, mereka dapat nama juga.

"Pelajar! Duduk! Jangan buat bising lagi!" Melihatkan Kim saem masuk ke dalam kelas membuatkan semua pelajar duduk di tempat masing-masing melainkan Aeri yang masih lagi meletakkan kepalanya di atas meja. Tidur lagi rupanya dia ni. "Saya nak kenalkan, pelajar yang akan masuk ke kelas kamu ialah Park Jeongwoo. Rasanya saem tak perlu kenalkan lebih lanjut kerana kamu dah kenal diakan? Jeongwoo sila kenalkan diri." Pelajar perempuan dalam kelas 2-A sekadar bersorak kecil.

"Park Jeongwoo imnida. Banggapta." Dia menunduk memberikan hormat sebelum kembali berdiri tegak dan menarik senyuman. Semakin kuat sorakan pelajar perempuan. "Jeongwoo, awak boleh ambil tempat di sebelah Aeri." Jeongwoo mengiringkan sedikt kepalanya. Dia memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Kim saem.

Perempuan? Langkahnya diatur menuju ke arah Aeri dan mengambil tempat di sebelahnya. Perempuan tersebut masih tidur. Pelajar perempuan sekadar menarik muka melihatkan Jeongwoo yang duduk di sebelah Aeri melainkan Haewon yang tersenyum. Mungkin akan ada cinta hadir dalam diri Aeri selepas ini.

"Park Aeri! Bangun!" Kapur dibaling ke arah Aeri yang masih meletakkan kepalanya di atas meja. Tangannya pantas menangkap kapur yang dibaling oleh Kim saem menyebabkan Jeongwoo terkejut. Wah! Hebat budak ni. Aeri memandang ke arah Kim saem. "Oh saem. Kenapa lambat masuk tadi?" Dia membuat muka tidak bersalah. "Yah! Boleh awak tanya macam tu? Buka buku!" Aeri sekadar mengangguk. Dia kemudiannya memandang ke arah sebelah kanannya apabila merasakan tempat duduk di sebelahnya sudah didiami orang. Siapa dia ni? Dia memandang ke arah tag nama Jeongwoo. Park Jeongwoo.

unforgettable. jeongwooWhere stories live. Discover now