"Auw! Aduh sakit!" Mereka semua berpaling memandang ke arah pintu masuk. Kelihatan seseorang lelaki sedang meletakkan kaki kirinya di atas kepala konconya. Lelaki tersebut menggaru-garu kepalanya dan menarik sengihan. "Eo? Apa kau buat kat bawah kaki aku? Maaf tak perasan.." Jeongwoo mengalihkan kakinya dan berundur. Dia kemudiannya membongkokkan diri menunduk hormat ke arah orang yang dipijaknya. Tapi.. kau memang layak dipijak." Jeongwoo kemudiannya menendang lelaki tersebut sehingga beralih pada ahlinya yang lain. "Ah~ Ada 20 semuanya. Wah! Korang ni betul-betul tak tahu malu. Korang nak lawan seorang yeoja pun kena sampai 20 ke? Eeee.." Pelajar lelaki tersebut seolah-olah cuba menyakitkan hati Jiwoo. "Kau siapa?!!" Jiwoo menjerit kasar. "Aku? Eo? Aku hanya orang yang lalu sahaja. Tak tahu pula korang semua tengah membuli seorang yeoja. Tak salah kan kalau aku nak join? Join belasah korang?" Jiwoo mengepal penumbuknya. "Tak guna!!!" Jiwoo melayangkan penumbuknya ke arah Jeongwoo namun berjaya ditahan Jeongwoo.
"Oi! Bisinglah!" Seorang lelaki muncul entah dari mana. Dai kemudiannya menendang perut Jiwoo menyebabkan lelaki itu tersungkur. "Eo! Hyung! Daebak!" Jeongwoo berpura-pura menepuk tangan. "Eo? Jiwoo! Dia ni Park Jihoon. Senior dari kelas 3-1A, idol kumpulan TREASURE lah." Junghwan tersenyum sinis mendengar kata-kata salah konco Jiwoo. "Eo? Habis tu lelaki ni panggil dia hyung. Siapa dia?" soal seorang lagi ahli Jiwoo. "Ah! Korang tak kenal aku? Kalau aku buka benda ni, korang kenal?" Jeongwoo membuka cermin mata hitamnya. Dia kemudiannya menguakkan rambutnya kebelakang dan memandang tajam kearah mereka.
"Park Jeongwoo!" Mereka menyebut serentak.
"Aha! Betul! Baik korang lepaskan Aeri dan blah sekarang sebelum aku pastikan korang jatuh dari tingkat atas ni." Kata-kata yang diungkapkan Jeongwoo membuatkan mereka meletakkan Aeri dan berlari turun. Dia mengangkat Aeri bangun. Dengan pantas pelajar yeoja tersebut menolak Jeongwoo dan kembali jatuh. Junghwan memandang Aeri aneh. Kenapa dengan perempuan ni?
"Jangan dekat dengan aku! Kenapa kau kat sini! Aku tak perlukan pertolongan daripada kau! Dasar lelaki dua muka! Aku benci lelaki dan idol!" Aeri bangun dan berjalan terhinjut-hinjut ke arah pintu. Tiba-tiba badannya terasa diangkat. Jeongwoo mengendong Aeri membuatkan Aeri dan Junghwan terkejut. Leader kumpulan TREASURE kemudiannya menarik senyuman. Aeri meronta membuatkan Jeongwoo mengetap bibirnya.
YOU ARE READING
unforgettable. jeongwoo
Fanficwhen an idol appears in her life. instantly changed her life. but still unforgettable memories will be kept forever. park jeongwoo. • treasure short malay fanfiction [10 CHAPTERS ONLY] //cover inspired by @oneiricmoon, on yt// ©️ nanawutt, 2017