PRANGGGG!!!!!!!!!!!!
Bunyi seperti sesuatu pecah membuatkan Jeongwoo dan Haewon berpaling serentak. Mereka kemudiannya saling berpandangan. Bunyi apa tu? Haewon kembali memandang ke arah pintu bilik rawatan yang terbuka. "Tak guna kau, Im Jaeyoung!!! Just go to hell!!!" Laungan seseorang membuatkan Jeongwoo pantas berlari keluar diikuti oleh Haewon. Jangan buat kerja gila, Aeri-ah. Mereka tu bahaya. Jeongwoo dan Haewon berhenti dan memandang ke arah lelaki yang sedang memegang tangan Aeri dan beberapa orang di belakang serta di hadapan Aeri. "Hwan!" Jeongwoo mendekati Jungkook. "Eo? Jeongwoo hyung! Hyung cari budak ni ke?" soal Junghwan. "Kami sempat halang adik kau daripada berlawan dengan manusia tak guna macam mereka ni." ujar Yoshi pula. "Yah! Jeongwoo-ah! Minta mereka lepaskan aku! Aku nak belasah kumpulan tak guna ni!" Aeri meronta-ronta cuba untuk melepaskan dirinya daripada pegangan Junghwan, Hyunsuk dan Mashiho.
"Hah? Kau rupanya. Park.. Ae.. Ri. Adik kepada Park.. Eun.. Woo! Kau masih ingat tak wajah abang kau sewaktu dia mati? Menyedihkan, bukan?" Jeongwoo menggenggam penumbuknya sewaktu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Im Jaeyoung. "Jahanam kau! Aku akan pastikan kau mati kali ni! Aku akan pastikan dendam aku terbalas! Aku akan pastikan kematian oppa aku terbalas! Disebabkan kau, aku tak ada sesiapa lagi kat dunia ni!!! Aeri melaung dan meraung. Air matanya jatuh tidak henti-henti.
Sebuah tumbukan padu dilepaskan tepat mengenai pipi Jaeyoung sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh kebelakang. Dia kemudiannya bangun dan menyapu hujung bibirnya. Lelaki tersebut memandang tajam ke arah tuan punya badan yang melayangkan penumbuk ke arahnya. "Kau siapa untuk masuk campur dengan urusan ni?!" Jaeyoung memandang bengang ke arah Jeongwoo. "Aku Park Jeongwoo." Kata-kata Jeongwoo membuatkan mereka melopong. "Setahu aku Park Eunwoo hanya ada seorang adik jer. Dia ada seorang adik lagi ke?" kata Jaeyoung ke arah konco-konconya. "Haha. Aku pasti, Eunwoo hyung tak beritahu yang dia ada seorang lagi adik lelaki yang merupakan seorang artiskan?" Jeongwoo menarik senyuman sinis pada mereka. Junghwan dan ahli TREASURE yang lain ternganga dan melopong. Aeri pula mengecilkan matanya dan menyengetkan kepalanya. Aku ada seorang lagi abang? Sebab itu ke nama keluarga dia sama dengan aku? Aeri menyoal dirinya sendiri.
"Kau adik Eunwoo? Hah! Tak sangka rupanya. Adakah kau juga hanya reti melayangkan penumbuk sahaja dan kemudian tumbang? Kau juga nak mati seperti abang kau?" kata-kata yang diungkapkan Jaeyoung membuatkan Aeri semakin meronta kuat. "Mari kita lihat, siapa yang akan tumbang. Aeri-ah, aku akan pastikan kematian Eunwoo hyung, terbalas dengan baik." Aeri membulatkan matanya mendengarkan kata-kata Jeongwoo.
Jadi betullah dia abang aku?
YOU ARE READING
unforgettable. jeongwoo
Fanfictionwhen an idol appears in her life. instantly changed her life. but still unforgettable memories will be kept forever. park jeongwoo. • treasure short malay fanfiction [10 CHAPTERS ONLY] //cover inspired by @oneiricmoon, on yt// ©️ nanawutt, 2017