07

808 52 0
                                    

"Jeongwoo? Apa yang awak buat kat sini?" tanya Haewon. "Maaf.. boleh tak saya nak tahu tentang Aeri. Kesemuanya." Haewon menarik senyuman.

Inilah masanya untuk mencari pengganti Eunwoo buat Aeri. Eunwoo oppa, saya harap apa yang saya lakukan sekarang adalah benar. Saya mahukan Aeri bahagia seperti yang saya janjikan pada Eunwoo oppa.

F L A S H B A C K

Pandangan Aeri kabur kerana tubir matanya dipenuhi dengan air mata yang bakal melimpah pada bila-bila masa sahaja.

"Oppa! Jangan pergi! Bertahanlah! Ambulans akan sampai sekejap lagi. Takkan oppa nak tinggalkan Aeri seorang diri. Oppa, bertahanlah. Jangan pejam mata. Oppa!!" Aeri menggoncang kuat badan Eunwoo untuk memastikan Eunwoo terus berjaga sehinggalah ambulans tiba.

"Haewon-ah.. jagakan Aeri. Carikan dia kebahagiaan. Oppa tahu yang oppa tempat dia bergantung, oppa takut bila oppa dah takda, dia akan bersikap jauh berbeza daripada sekarang. Ini pesanan terakhir oppa." kata Eunwoo.

"Oppa! Deobuya! Oppa! Apa dah jadi ni?!" Aeri memangku Eunwoo. "Aeri-ah.. saranghae deongsaengie." Eunwoo kemudiannya memejamkan matanya. Itulah menjadi kali pertama dan kali terakhir Haewon melihat Aeri menangis teruk.

E N D F L A S H B A C K

"Lepastu, Aeri terus berubah daripada gadis periang dan peramah menjadi seperti yang dapat oppa lihat sekarang. Dia dah lain daripada Aeri yang dulu. Wajah dia pun tak mempamerkan banyak emosi. Eunwoo oppa pasti sedih." Haewon menundukkan kepalanya memandang ke arah lantai. Baginya, Eunwoo seperti abang kandungnya sendiri dan dia sendiri bagaikan adik-beradik dengan Aeri. Sejak kematian Eunwoo, Aeri banyak bersendirian dan sering mencari gaduh. Haewon benar-benar mati akal selepas itu. Dia buntu untuk membawa Aeri menjadi seperti dahulu.

"Boleh tanya tak? Eunwoo mati sebab apa?" tanya Jeongwoo. "Dia mati sebab kes buli yang berlaku kat sekolah ni. Wajah-wajah yang membuli Eunwoo oppa sehingga dia mati, masih lagi saya ingat. Saya pasti Aeri juga ingat akan muka mereka yang membuli Eunwoo oppa. Waktu Eunwoo oppa mati, mereka masih kaku di situ dan Hyejin memberikan mereka pandangan tajam. Mereka lari apabila ambulans tiba bersama polis." ujar Haewon panjang lebar. Jeongwoo menganggukkan kepalanya.

PRANGGGGG!!!

unforgettable. jeongwooWhere stories live. Discover now