PART 21 x 1 : Life-saviour

2.5K 119 1
                                    

Isaac's POV

Mempertemukan papa dengan Tilda bukan dalam perancanganku.
Ianya terasa seperti aku sedang mengulangi peristiwa yang pernah berlaku sebulan yang lepas.

Cerita sebulan lepas yang masih belum aku terima hakikatnya apabila aku ditinggalkan tanpa alasan dan penerangan.

Aku paranoid. Terlalu paranoid.

Entah bagaimana, aku mengaitkan pertemuan Tilda bersama papa sama seperti pertemuan papa dengan Anna Maria.

Vibesnya sama.
Aneh dan tegang.

Aku mula berasa tidak sedap hati.
Sebagaimana aku tidak mahu kehilangan Anna, aku juga merasakan perasaan yang sama.
Aku tidak mahu kehilangan Tilda.
Aku tahu aku sedang keliru tetapi aku tak berdaya mahu meleraikan kekeliruan yang sedang aku alami sekarang ini.

Semasa aku melepaskan pelukan papa, aku mendengar suara Tilda meminta izin untuk mengundurkan dirinya ke dapur dan mahu terus naik ke biliknya, memberi laluan dan membiarkan aku dan papa menyelesaikan urusan antara kami.

Urusan yang aku tak pasti tentang apa. Tak jelas.
Padahal ketika aku dan Tilda di Florence sebentar tadi papa mengatakan ingin membincangkan sesuatu kepadaku mengenai masalah bisnes hartanahnya di Los Angeles sehingga memintaku pulang dengan segera.

Aku cuma dapat merasakan hot glare daripada papa kepada Tilda dari arah belakangku.
Bagaimana aku boleh merasainya?
Entah. Aku tak pasti.
Itu mungkin hanya instint,atau hanya sekadar spekulasi yang aku create dalam diri untuk meletakkan rasa cemas di dalam hatiku itu suatu rasa yang berasas.

Tetapi tadi, kami hanya duduk santai dan papa sekadar berbual kosong denganku. Seperti langsung tiada masalah besar yang menghantuinya.

Perbualan kami berkisar kepada bisnesnya yang bakal berkembang di Haiti dan projek usahasamanya dengan beberapa orang usahawan yang berada di sana tetapi langsung tidak menyentuh tentang masalah bisnes di Los Angeles.

Aku tidak dapat menolong diriku untuk berasa curiga dengan papa sebab aku tahu how cunning he is especially when it comes to thing that involve large sum of money.

Beberapa minit kemudian, papa menerima panggilan dan berjalan ke arah tingkap seperti memerhatikan sesuatu.

Aku nampak dia mengukir senyuman, aku hanya menggagak barangkali he got the business deals.

Papa jarang kalah dalam percaturan bisnes. Dia terlalu faham dengan sepak terajang dunia ini dan aku berani cakap dia adalah mentorku ketika aku mula membuka syarikatku sendiri.

Tidak lama kemudian, papa berlalu pergi. Dia mengatakan bahawa dia ada urgent meeting to attend at this time.

Pelik. Sudah hampir mencecah jam 11 malam tetapi dia masih kuat untuk berjumpa dengan klien. He is really overworked himself.

Aku pesan padanya supaya menjaga kesihatan dan dia hanya mengatakan he knows what to do.
Dan sekejapan papa hilang menyusup di dalam kereta yang dipandu oleh Fred, his right man.

Aku melepaskan keluhan.
Teringatkan Tilda, I just want to check on her and say sorry sebab tak dapat nak end the farewell celebration secara baik.

Aku memijak anak tangga menuju ke tingkat 2 dan berjalan menuju ke bilik sementara yang didiaminya sebelum mataku menangkap handphone di atas lantai koridor floor tersebut.
Jantungku spontan berdegup kencang .
Handphone Tilda kucapai dan aku speedwalk menuju ke arah biliknya.

Puas kuketuk pintu biliknya.
Perasaan aku mulai semakin cemas.
Aku teragak-agak hendak memulas tombol pintunya tetapi hatiku mendesak-desak. Dengan penuh kekuatan, tombol pintu kupulas.
Ternyata ianya tidak berkunci.

Tidak mahu segera menerjah, aku cuba memasang telinga mendengar jika terdapat sebarang bunyi yang menandakan Tilda ada di dalam bilik itu tetapi tiada.
Bilik itu senyap sunyi seperti tidak berusik dan mungkin keadaannya sama ketika kali terakhir ianya ditinggalkan.

Tiba-tiba, handphone yang berada dalam poket denimku berbunyi nyaring.

Aku nampak nama Dominic tertera pada skrin handphoneku.
Terus aku slide green button.

" Sire.. I think I saw Tilda in your papa's boot. Fred is taking her out on his shoulder. She is totally unconscious..." Dominic tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Aku memotong tanpa sabar.

" Never let that car out of your sight. Move! Turn your GPS on. I'll track you down. " Tanpa berlengah, aku terus menuruni tangga menuju basement garage.

Dalam sekelip mata, aku sudah berada di atas jalan raya memacu Jaguar C-X75 menuju ke arah GPS yang dibawa oleh Dominic.

Glock 19-x kusisip di dalam glose case pada bahagian pinggang.
Bersedia menentang sesiapapun yang cuba menghalangku menyelamatkan Tilda.

Walau apapun terjadi, aku tak akan sekali-kali membiarkan apa yang berlaku pada Anna Maria yang sehingga kini tak kuketahui letak duduk situasinya berulang kembali kepada Tilda.
NEVER EVER!

**********

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now