PART 21 x 2 : Cottage house

2.5K 138 5
                                    

Cascina,
Province of Pisa
Tuscany region, Italy
60 kilometres west of Florence

Isaac's POV

Aku memangku kepala Tilda di atas pahaku membiarkan dia lena selepas aku memberikan ubat penenang.
Hatiku berkecamuk.
Fikiranku kusut.

Sesekali aku memandang Stephan yang juga orangku memandu dengan kelajuan terkawal.

Stereng kereta digrip dengan kemas.
Dominic yang duduk sebelah pemandu memejamkan mata selepas mengambil dua biji pil painkiller.
Lengannya diikat ketat dengan kain bagi mengelakkan darah terus mengalir.

30 minit telah berlalu ketika aku, Dominic dan beberapa orang suruhanku sampai dimuka pintu bilik gelap yang menempatkan Tilda setelah menembak kesemua orang suruhan papa yang berjaga di dalam bangunan tinggal itu.

Bergema kuat bunyi tembakan demi tembakan dilepaskan kepada semua yang datang menghalangku.
Aku tahu mereka terkejut melihatku dan teragak-agak hendak melepaskan tembakan.

Mengambil kesempatan itu, kami menembak orang suruhan papa tanpa belas.
Ada yang terkena pada tangan,kaki, dada, kepala dan bahu.
Aku tak kira.
Walau apapun berlaku malam ini,aku perlu menghadap satu perhitungan penting.

Satu-persatu orang suruhan papa rebah menyembah bumi.

Aku menendang ke semua pintu yang ada di dalam bangunan itu dan sehingga sampai ke satu bilik yang agak terlindung,aku dapat merasakan haba tubuh manusia.

Pintu itu kutendang tetapi aku meletakkan tubuhku semula pada dinding luar bilik itu.

Aku memberi arahan kepada Dominic untuk meniarap dan melepaskan tembakan pada seorang lelaki yang berada pada pintu masuk.

Keadaan di dalam bilik itu sangat gelap dan hanya diterangi dengan sinaran cahaya bulan dari tingkap yang terdapat dalam bilik tersebut.

Mereka yang berada di dalam bilik itu panik.

Aku menjangkakan tiga orang lagi lelaki yang ada di dalam bilik itu termasuk papa sedang mengacukan pistol mereka kepada kami.

Fred melindungi papa dengan tubuhnya dan aku sedar yang aku tidak boleh cederakan papa sehingga menjejaskan nyawanya.

Itu tidak cukup untuk memuaskan hatiku dengan segala tindakan yang telah dia lakukan.

Aku tahu papa terlibat dengan kehilangan Anna Maria.

Dan aku tahu Anna Maria pasti ada menyimpan rahsia yang besar sehingga menyebabkan nyawa terancam.

Tilda pula tak ubah seperti kambing hitam.
Dia menanggung seksa atas perkara yang dia tidak lakukan.
Aku nampak dia terbaring lemah di atas lantai.
Tolonglah bertahan Tilda.
Tolong.

" Drop the gun! " Keras suara papa.
Dominic maju dihadapanku.
Keadaan hening tiba-tiba.
Cahaya bulan penuh menerangi wajah mereka bertiga yang berada di hadapan kami.

Seorang lagi sudah pengsan akibat kehilangan banyak darah ditembak dengan silencer Dominic.

Aku perasan Dominic menekup lengan. Pasti terkena sipi-sipi peluru yang dilepaskan lelaki yang telah pengsan itu. Shit! Tak ada siapa yang boleh back off sekarang.
Tak ada siapa.
Sebab kami sekarang ini dalam mode confrontation.

Aku tersilap membawa glock tanpa silencer recoil reduction tadi sehingga mencetuskan gema tembakan yang kuat.

Pasti Tilda merasa ketakutan.
Dia masih terbaring.
Aku tak tahu nyawanya masih dikandung badan atau tidak tetapi dari pandangan sipi-sipi aku nampak dia sudah menggerakkan tubuhnya.
Dia masih hidup.
Harapan masih ada.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku menghadap papa yang berada di belakang Fred berharap yang mereka melupakan Tilda yang juga wujud di dalam bilik ini.

" I won't drop until you drop it. " aku memainkan permainan psiko.
Aku mahu mara menghampiri kedudukan Fred dan papa tetapi aku mendengar bunyi trigger pistol berada di sebelah kiriku.

Ada seorang lagi yang masih liat nyawanya.
Aku undur semula.

" DROP THE GUN NOW! I COMMAND YOU ISAAC! " suara papa bergema kuat.

Aku membuang pandang ke tepi.
Papa tahu yang dia outnumbered dan terperangkap tetapi masih mengeluarkan suara diktatornya.

Dia tahu bahawa orang-orangku semua berkumpul di luar setelah selesai bergelut dengan sisa-sisa orang suruhan papa yang masih hidup.

Papa dan Fred bergerak perlahan-lahan ke tepi sebelah kanan. Mata mereka masih tak lepas merenungku.

Aku memberi isyarat kepada Lucas yang berdiri di belakang Dominic untuk bersedia.

Seorang lagi lelaki suruhan papa yang telah out of cover disebabkan kedudukannya jauh sedikit daripada Fred dan papa perlu ditumpaskan segera tetapi tidak boleh tergesa-gesa.

" Hahahahahaha! "

Aku mengangkat keningku.
Dahi kukerut seribu.
Ketawa besar itu mengundang perasaan keliru.

Fred ketawa besar.
Pistol yang mula-mulanya diacukan kepadaku bertukar arah.
Bertukar arah menuju tepat ke kepala papa.

Oh tidak!
Damn it!
Fred the traitor. He betrayed papa!
Aku nampak mata papa membulat.
Jelas dia tidak menyangka bahawa Fred yang dipercayainya selama ini boleh tiba-tiba mengkhianatinya.

" You idiot Fred! " suara papa menaik tetapi Fred langsung tidak terusik.
Dia menarik papa dan sekelip mata papa berada di hadapannya. Lengannya yang besar dan berurat itu menekan leher papa sehingga papa kelihatan terbatuk-batuk, seksa mencari nafas.

Ketika melihatkan keadaan agak terleka, Lucas memainkan peranannya.
Dia menekup mulut orang suruhan papa yang seorang lagi itu, memulaskan pergelangan tangannya sehingga pistol terlepas dari genggaman dan tanpa teragak-agak, leher lelaki itu dipulas sehingga terdengar bunyi krakkk..

Fred hanya tersenyum tanpa berusaha untuk membantu rakannya.
Dia menguatkan tangannya sehingga papa tercungap-cungap.

" You know what Isaac. Anna Maria is in safe hands now. I send her to where she belonged and guess what? I helped her a lot without her knowing. Well.. Just to appreciate the money that her father gave it to me.. " Fred melepaskan tawanya.
Dia tahu walaupun dia dikepung tetapi the last card is in his arm grip.
Blood family yang satu-satunya dalam hidupku iaitu PAPA !
Papa berada dalam genggaman Fred. Si gila itu sedang dikuasai dengan kuasa posessive.

Demi mendengarkan kata-kata itu.
Rahangku bergerak-gerak menahan amarah.
Aku menelan liur merangka strategi untuk menumpaskan Fred tanpa mencederakan papa.

Aku tak mahu mendengar lagi kata-kata Fred.
Semuanya tak mungkin.
Mustahil Anna Maria terlibat secara langsung dalam hal ini.

" She's using both of you with her fake love.. So pity.. " mendengarkan kata-kata Fred itu kesabaranku tercabar.

Dominic tahu apa yang patut dilakukan walaupun hanya dengan bahasa mata.
Ini plan berani mati.
Tanpa sebarang kecurigaan, Rick orang suruhanku berjalan tanpa membunyikan tapak kaki menerpa ke arah belakang Fred. Arm lock kepalanya dan Dominic bertindak mematahkan lengan Fred dengan kejam.
Krakk bunyi tulang patah.
Pistolnya terlepas. Jatuh di atas lantai.
Fred mengaduh kesakitan.

Semua orangku mara.
Fred dan papa dikepung.
Papa kelihatan lemah tak berdaya.

" Bring them back to our place, ALIVE! " itu arahan yang kusampaikan kepada orang suruhanku.

Mereka perlu hidup untuk menghadapi my interrogation.
Langkah kutuju ke arah Tilda, ikatan pada kaki dan tangannya kulepaskan dan aku mencempungnya dengan gaya bridal style.

Dia terketar-ketar memandangku.
Ada darah kering pada bibirnya dan air mata kering tercemar dengan kesan kotor hitam menyebabkan wajah putih bersih Tilda comot-secomotnya.

Dia memandangku teragak-agak.

" You are save now, my love... " aku mencium dahinya yang dekat dalam pelukan.

*****************************

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now