Isnin
26 Mac 2018
6.15 amTilda membawa keluar luggagenya dari dalam bilik. Apartment yang disewa seorang diri itu ditilik sekali lagi. Dia menutup kesemua suis kecuali suis peti ais. Setelah berpuas hati, dia mengeluarkan handphone dan membuka apps GRAB. Dia memasukkan lokasi dan mula menempah.
(A/N : abaikan bateri yang sikit & masa ya, hehe.. Masa Tilda adalah 6.15 pagi)Setelah mendapat pemandu, Tilda membuka ruangan mesej dan mula compose new message.
From : TILDA
To : TALIA
Morning love, 😘
Pray for my journey.
Take care of yourself.
Remember the deal.
U noe how much i love u 💋💋Setelah menunggu lebih kurang 5 minit, Tilda memasuki ruang kereta Grand Livina yang dipandu oleh Grab Car. Sempat dia screenshot gambar pemandu dan plat kereta untuk tujuan keselamatan.
Masanya dipenuhi dengan skrol handphone sambil melayan perasaan mendengarkan lagu SETIA dari Elizabeth Tan dan Faizal Tahir yang dimainkan oleh driver melalui Era FM. Mujur Grab Driver pun faham yang pagi-pagi ni mood tak berapa nak boost lagi, so keadaan sunyi yang dihiburkan dengan bunyi dari radio dan perjalanan lebih selesa.
*****************
" Terima kasih ya encik.." Ucap Tilda kepada Grab Driver yang ketika itu membantunya mengeluarkan luggage dari ruangan belakang kereta.
" Sama-sama cik, jangan lupa rate saya 5 star ya.." Ujarnya.
Tilda tergelak.
" Baik,baik..nanti saya rate ya..have a nice day.." Tilda mengangkat tangannya tanda hormat dan membawa luggagenya menaiki escalator.
Matanya melilau melihat keadaan KLIA yang masih lengang memandangkan beberapa penerbangan awal pagi telah berlepas.
Tanpa membuang masa, Tilda melajukan langkahnya menuju ke satu kafe dalam KLIA.
Perut yang berbunyi perlu diisi sebelum gastrik melanda walaupun hanya sekadar sarapan ringkas.
Jam menunjukkan jam 7.20 pagi.
Dia masih ada masa dalam setengah jam untuk masuk ke dalam gate.
YOU ARE READING
CULIK [ Completed ]
Historia CortaThe BEST HIGHEST Ranking 🏅 #1 Twin (6 Julai 2018) #2 Korea (6 Julai 2018) #3 Jealousy (1 Julai 2018) #4 Travel (1 Julai 2018) #7 Short Story (8 Julai 2018) Mulutnya ditekup dari belakang. Rasa terkejut didorong oleh seseorang yang mempunyai kekuata...