Pink belacan.

280 12 0
                                    

Pintu kafe kutolak ke arah dalam. Berdiri sekejap depan pintu memandang setiap penjuru. Mencari meja kosong yang masih ada.

Seminit. Dua minit. Tiga minit.

Hampir tiada. Aku imbas sekali lagi. Kalau-kalau ada pelanggan lain yang sudah habis urusan.

Pandangan mataku terhenti di satu sudut sebelah kiri dari pintu kafe, tempat aku berdiri.

Satu meja bulat dengan dua biji kerusi. Satu sudah terisi.

Hmmmm, bolehlah.

Aku menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.

Setelah selesai membayar, aku melangkah ke meja bulat dua kerusi tadi. Masih dihuni orang yang sama.

Cawan minuman aku letak di sudut tepi meja dekat dengan tempat aku berdiri tanpa aku menoleh dulu ke penghuni lagi satu. Sengaja nak menunggu perhatian dulu.

Satu saat.

20 saat.

Tiada respon.

Biar betul.

Aku rapatkan jari telunjuk dan jari hantu bersama dan mengetuk di kawasan tengah meja macam nak ketuk pintu rumah tapi versi perlahan.

Baru aku menoleh ke sisi kanan di mana seorang perempuan bertudung bawal warna pink belacan sedang menopang dahi dengan tangan kirinya sambil melihat youtube di telefon pintarnya. Serius benar kelihatan.

Tangan kirinya kelihatan sedikit bergerak. Terganggu mungkin. Perempuan itu memandang ke cawan yang aku letak tadi sebelum mengangkat muka ke arahku.

Kami menaut pandangan.

Suasana kafe yang hingar bingar di sekeliling dengan pelbagai suara bagaikan hilang di corong telingaku. Senyap dan sunyi.

Aku memandang mata bundar itu. Ada terisi cahaya redup. Yang memudarkan resah beraja dalam hati. Menghentikan masa yang berdetik.

Untuk seketika, terasa nafasku tertahan sama sebelum aku lihat kening perempuan itu terangkat bersoalkan mengapa.

Kulihat tangan kanannya menyeluk masuk ke dalam tudung di bahagian depan dada sebelum menarik sepasang earphone berwarna putih keluar.

Dengar earphone rupanya. Tak memasal jadi tunggul percuma kat sini.

Aku berdehem sekali sebelum memula bicara.

"Emmm, hai. Meja lain macam dah penuh. Saya tumpang duduk sini, boleh?" Dalam satu nafas, ayat ditutur lancar.

Diam, tiada respon.

Mataku terlekat memandang dia. Macam kena pukau. Aku nak alih, pandang tempat lain tapi macam tak boleh.

Bukan tak boleh. Tapi macam tak mahu.

Mata perempuan itu dilarikan ke arah kerusi kosong di depannya.

"Duduklah."

Jawabnya pendek. Dengan sebaris senyum.

Terasa degup jantung aku dalam dada lebih kencang dari biasa. Entah kenapa.

"Terima kasih." Jawabku perlahan.

Perempuan itu memakai semula earphone. Meneruskan aktiviti yang dibuatnya seawal aku masuk ke kafe.

Kerusi kutarik. Sambil mengemaskan duduk, aku mencuri pandang ke depan. Raut wajah dia tiada riak. Beku.

Aku mencicip sedikit air yang dipesan tadi. Sudah sedikit sejuk.

Haih..

Kuseluk telefon pintar di dalam saku belakang seluar. Baru teringat tujuan asal aku singgah ke kafe ini.

Cerita Tentang KitaWhere stories live. Discover now