Bunyi mesej masuk.
+ Asrul...
Keningnya terangkat. Hmmm, macam tau je tengah ingat kat dia.
- Haa...
+ Kat mane tu?
- Kedai. Kenapa?
Lama dia tunggu. Aik, senyap lak? Tangan kanannya mula mngetuk meja. Tangan kiri menopang dagu.
+ Keluar nak?
- Nak pergi mana Sarahhhh...
+ Bandar ke. Emmm, taknak takpela.
Hmmm, merajuk.
- Lahhhh, merajuk?
+ Mane ade...
- Datanglah amik aku kat kedai atas bukit ni.
+ :) Okkkk
Asrul menggeleng. Kalau masanya terluang, dia tidak kisah untuk bersama Sarah walau cuma untuk menemannya lepak di tepi pantai. Tanpa berborak apa-apa.
Usia hubungan mereka sudah melebihi 10 tahun dan selama itu perasaannya pada Sarah belum terhakis. Walaupun saat mereka bertemu dan berhubung semula selepas bertahun terputus hubungan, dia telah dikejutkan dengan kisah hidup Sarah yang sungguh tak dijangka.
Namun, dia tidak sanggup membuang Sarah. Menghindari atau tidak mengendahkan gadis itu. Kerana pautan hatinya pada Sarah bagaikan sudah rapi terpatri.
+ Kau mana? Aku sampai da ni.
Asrul menoleh ke seberang jalan. Ada kereta yang dicam sudah terparkir di situ. Dia bergegas menghabiskan baki airnya sebelum membayar di kaunter.
**********************
Dari tadi cuma kedengaran suara dari radio sahaja. Sarah dilihatnya asyik memandang ke luar tingkap tanpa ada sepatah kata dari bibirnya. Otaknya ligat mencari topik untuk berbual. Dirasakan Sarah ada sesuatu mahu diceritakan tapi mungkin sedang mencari masa yang sesuai.
Lampu isyarat merah. Dia menekan brek dan menukar gear neutral. Dikalihnya pandangan ke sisi. Bibirnya tersenyum nakal.
Papppppp!!
"Adoiiiiii!!" Muka Sarah berkerut menahan perit. Pehanya diusap perlahan. Diketapnya bibir sambil memandang ke arah Asrul yang sedang ketawa.
"Asrullllll!!"
"Adoiiiiiii!! Sakit sakit sakittttt!! Sarahhhh!! Hahahaha!!" Serangan balas dari Sarah dengan mencubit sisi perutnya. Melihatkan lampu isyarat sudah bertukar hijau, Sarah melepaskan cubitannya.
Dia menukar gear dan menekan minyak dengan berbaki sisa ketawanya.
"Bongoklah kau niii..."
"Kau tu yang termenung berangan dah sampai mana haaaa??"
"Syaitonnnnnn laaaa...." Sarah menjeling. Yang akhirnya tersenyum.
"Kau tengok ape Sarahhhhhh..."
"Bintang... cantik."
"Kau ok tak?" Dia cuba memancing Sarah. Mahu ditahu apa yang terbuku di hati gadis itu yang diam membisu dari tadi.
Raut Sarah kembali mendung.
YOU ARE READING
Cerita Tentang Kita
Short StoryHimpunan cerita pendek yang terhasil dari memori lama, ekperimentasi, pemerhatian dan bayangan.