Sampai bila.

265 11 0
                                    

Aku mengemas meja kerja yang sungguh berselerak di mata. Sambil mengerling ke arah jam meja berbentuk segi empat berwarna merah hati yang terletak di sebelah hujung sudut kanan bersebelahan dengan himpunan fail-fail yang masih ada urusannya belum diselesaikan.

Aku mengeluh. Baru tengok pun dah rasa penat.

Waktu habis kerja sudah pun berlalu hampir 45 minit yang lepas. Itulah, selalu sangat leka buat kerja pandang skrin komputer sampai tak sedar yang orang lain dah berunsur-unsur pulang.

Beg galas kucapai dari laci bawah meja. Kunci motor ku keluarkan dan helmet ku gendong di pinggang. Bergegas aku keluar dari pejabat sebelum hari semakin gelap.

Tiba di motorsikal LC yang berwarna hitam biru, aku keluarkan fon telinga dan dipasang ke telefon bimbit. Wajib untuk mendengar muzik kalau naik motor pergi balik kerja. Skrin ku buka dan kata kunci dimasukkan. Ada notifikasi baru. Lambang mesej berwarna hijau itu aku tekan.

Afiq:

Ada mana?

Aku diam lama sebelum membalas.

Aku:

Baru nak balik. Kenapa?

Tak sampai beberapa saat dah berbalas.

Afiq:

Jumpa sekejap boleh? Kat tempat biasa.

Aku termenung sekejap. Memikirkan tempat biasa yang dimaksudkan. Kebetulan, lama dah lepak situ. Antara tempat kegemaran. Tapi aku agak keberatan sekarang untuk duduk bersama pemuda itu.

Aku:

Ok. Tapi jangan lama.

Afiq:

Settle.

Sambil mahu menekan tuil penghidup motor, otakku ligat memikirkan nak singgah solat maghrib di mana nanti sebelum bertemu Afiq.

*****

Kedua-duanya saling membisu. Hanya bunyi ombak yang memecah batu-batuan, pergi dan datang kembali kedengaran. Dengan bunyi burung-burung yang berkeliaran menghinggap di pepohon sepanjang tepi jalan berdekatan.

"Lama tak jumpa kau kan? Aku rasa ada la dekat 6, 7 bulan." Lelaki yang duduk di sebelahnya selang beberapa batu itu bersuara dulu.

Aku yang selesa bersila menghadap muka ke laut lepas hanya senyum. Tiada balasan untuk penyataan itu sebab sememangnya betul. Aku yang mengambil langkah untuk menjauh.

"Aku nak kita rapat macam dulu. Aku rindu nak berborak-borak dengan kau."

Aku masih diam. Menunggu hingga Afiq menyudahkan kata.

"Dulu, kau selalu ajak aku pergi mana-mana suruh temankan. Lepak makan kat dataran. Merempit naik motor dengan aku malam-malam." Suara Afiq semakin lama kedengaran seperti budak lelaki yang sedang mengadu pada ibunya kerana dipulaukan kawannya. Bersuara mendung dengan sedikit kecewa.

"Kau nak borak? Kau tau kan kau boleh je mesej aku bila-bila kau nak? Bukan aku tak balas." Aku cuba kawal suara sebaik mungkin. Mahu selindungkan nada bosan. Kerana isu ini bukan sekali dibualkan. Makin nak letih apabila diungkitkan lagi malam ini.

"Aku rasa kau macam nak jauhkan diri dari aku je?"

Aku dapat rasa dia sedang memandang tepat ke arah aku. Tapi cuba aku buat tak endah.

Cerita Tentang KitaWhere stories live. Discover now