Harapan Musnah

4 0 0
                                        

Kemudian Ali dengan megahnya segera ke kaunter untuk membayar hidangan mereka tadi . Niatnya untuk berkenalan dengan wanita tersebut .

Setelah beberapa langkah untuk sampai ke kaunter , wanita tersebut secara tiba tiba keluar dari kaunter dan ibu wanita tersebut mengambil alih kerjanya .

Ali sedikit kecewa kerana niatnya untuk bertegur telah lenyap atas sebab wanita tersebut tiada di kaunter . Sampai sahaja ali di kaunter , ali segera membuat bayaran dan tersenyum ali kerana ibu wanita tersebut senyum kepadanya .

Setelah habis melakukan bayaran ali segera ke meja makan dan mengajak daus pulang . "Weh , dah bayar jom ah balik" sapa ali kepada daus . "Okay geng jom jom , thanks lanja member" sapa daus semula kepada ali sambil tergelak kecil .

Kemudian mereka sampai di parkir dan terus menghidupkan moto kapcai milik mereka berdua . Moto yang dinaiki ali adalah sebuah moto Yamaha 150 CC . Dan daus hanya menunggang motosikal berjenema honda RS miliknya yang dibeli cash .

Ketika kedua dua rakan tersebut siap menyarung helmet , ali kembali menegur firdaus "weh daus , esok habis sch lepak sini lagi jom . Makanan sini sedap do" walhal niat ali untuk berjumpa dengan wanita tersebut .

Daus hanya menganguk faham sahaja .

Kemudian mereka bersalaman dan memecut balik ke rumah masing2 . Sampai sahaja ali di rumah , ali teringat rupa dan sikap wanita tersebut . Ali kemudia berangan-angan . Setelah jauh ali mengelamun , kemudian telefonnya berdering dan lamunannya hilang . Rupanya rakan baiknya firdaus yang menelefon .

"Assalam ali , esok kau belanja aku makan lagi ke ?" Sakat daus kepada ali . Ali yang jenis tidak kisah akan duit hanya menjawab ye sahaja .

Daus kemudian tergelak didalam phone dan segera mematikan telefonnya selepas memberikan salam .

Antara Dua Hero Where stories live. Discover now