Happy reading ~
Yura yang membawa kereta dan menghantar jungkook kerumah. Menyuruh Jungkook untuk berehat lebih sedikit kerana mereka lelah mencari isteri Jungkook kini.
Yura pulang kerumah dengan menaiki teksi dan jungkook terbaring diatas katil saat ini. Menatap gambar yang berada meja sebelah katil itu. Terdapat gambar taehyung yang tersenyum saat sedang berada dipulau Jeju itu. Iya senyuman yang dirindui oleh Jungkook.
Otaknya kini merollingkan saat saat dan kenangan yang manis bila dia bersama taehyung. Air matanya membasahi katil itu dan perlahan jari jemarinya mengusap gambar taehyung itu. Dan memeluk gambar tersebut dengan erat dan berharap kalau taehyung berada didakapanya.
“ Tae-Ah i miss you so much really really miss you sayang. Baliklah dan Kookie janji akan layan tae baik-baik dan akan jaga tae sebaiknya. ”
Ucap jungkook dan mengucup Gambar itu berkali-kali. Air matanya sudah membanjiri cadar katil itu. Memejamkan matanya buat seketika dan tiba-tiba dia merasakan tubuhnya kini hangat dan berbau Vanilla itu adalah bau tubuh taehyung yang selalu taehyung memeluknya.
Perlahan matanya membuka dan melihat orang yang dirindui dan dicintai itu kini berada didalam pelukanya. Kepalanya diletakan didada bidang Jungkook.
“ T-tae ”
Kini Taehyung sedang memeluknya dengan erat seolah-olah tiada hari esoknya untuk berjumpa. Jungkook mengharapkan ini adalah realiti. Jungkook mengucup kening dan pipi taehyung itu. Kini jungkook merasakan rindunya sudah terubat dan itulah taehyung.Memejamkan mata dan tanganya erat memeluk taehyung saat ini. Dan Jungkook tahu esok pasti susuk ini akan hilang.
“ Terima kasih walau sekali ”
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taehyung sedang terkurung disuatu bilik yang sunyi dan bertemani lampu yang malap dan pandangan luar yang sungguh indah. Dari tingkap.
Dia teringatkan jungkook. Bagaimanakah keadaan jungkook saat ini yang berada di newyork. Adakah dia baik-baik sahaja.
Taehyung tak nak risaukan jungkook saat ini. Tak nak Buat jungkook susah hati kerana memikirnya.
Taehyung rindukan suara jungkook dan rindukan pelukan jungkook yang begitu hangat dan selesa baginya. Semua yang ada pada jungkook semuanya dirindui. Taehyung berharap jungkook datang kesini dan selamatkannya lalu mempertaruhkan nyawa untuk cinta mereka. Iya saat ini Taehyung mencintai jungkook sepenuhnya walau dahulu dialah orang yang selalu membenci susuk bernama jeon jungkook. Tapi tak menyangka bahawa jeon jungkook orang yang selalu membuatnya senang dan damai.
Taehyung mengalirkan airmata rindunya itu. Air mata yang berharga buat Si Jeon Jungkook. Hatinya jadi sakit kerana merindui orang dicintai. Beginikah sakit bila merindui seseorang. Kenapa ia terlalu sakit amat. Sehingga membuatkan dadanya sesak sukar untuk bernafas dengan normal. Degupan jantung yang begitu laju sekali.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈'𝐦 𝐬𝐨𝐫𝐫𝐲 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓
FanfictionCast シ - Jeon Jungkook - Kim Taehyung Pelbagai dugaan yang datang menimpa dan menyebabkan satu hal yang membuatkan segalanya musnah dengan sekelip mata. Tetapi disebaliknya taehyung menyimpan rahsia terbesar dari jungkook Hanya disebabkan satu ma...