Rambut aku berterbangan ditiup oleh angin. Aku berjalan kaki disungai han, musim sejuk sudah berakhir dan kini musim bunga. Sudah hampir setengah bulan sejak pertembungan aku dengan lelaki itu. Kadang aku tercari cari jugaklah. Aku teringin berjumpa dia lagi.
Renungan matanya itu membuatkan aku sukar untuk tidur malam sebab aku masih dihantui oleh bayangannya.
Aku berjalan dan terus berjalan. Secara tiba tiba aku terdengar suara orang ketawa. Aku kalihkan pandangan kebelakang. aku tergamam.
Lelaki itu ! Dia dengan kawan kawanya bermain basikal dan hanya melaluiku. Sikit pun dia tidak sedar ? Padahal aku sudah berdiri macam tunggul disini memandang mereka. Kelihatan dia sangat gembira, aku hanya memerhatikan tingkah lakunya. Dia gelak selepas berjaya mengenakan salah satu kawannya.
Dia menendang basikal kawannya sampaikan kawannya itu hampir terbabas jatuh. Dia bukannya nak tolong malah makin galak dia ketawa, nakal.
Semakin jauh bayangannya dari aku. Bibir aku mengukir senyuman, tak sangka aku dapat bertemu dengan dia lagi buat kali kedua. Walaupun dia tak perasan tapi aku tak kisah. Janji dah dapat tengok dia ketawa tadi.
Saat bayangnya hilang. Aku muncungkan bibir, tapi bibir aku tersentuh sesuatu. Aku angkat tangan dan raba bibir aku. Ah ! Patutlah lelaki tu tak kenal aku. Rupanya aku pakai mask.
Tak semena mena mask itu menjadi mangsa. Aku robek dan buang dalam tong sampah. Geram sungguh!
YOU ARE READING
[C] Crush || Jhs ||
RomancePertemuan yang singkat dikedai seven-eleven itu berakhir dengan suatu yang tak dijangka. Ost _ Bts Spring Day lullaby version Start : 11 july 2018 End : 12 july 2018