Selepas pemergian hoseok tiada satu orang pun yang mampu membuka pintu hatiku lagi.
Bagi aku hoseok paling sempurna, tiada seorang yang boleh gantikan tempat dia.
Aku dengan kawan kawan hoseok pun dah rapat , dan mereka selalu bercerita dengan aku tentang hoseok, mereka dah aku anggap seperti abang-abang aku sendiri.
Diorang layan aku dengan baik sekali, mereka jugalah yang selalu menemani aku melawat kubur hoseok.
Bunga rose merah aku letak atas kubur hoseok. air mataku mula menitik, sungguh aku rindukan lelaki yang berada didalam kubur ini.
Aku dah reda dengan pemergian dia , aku dah move on , aku dah boleh terima kenyataan, tapi tidak bermaksud aku tidak mencintainya lagi.
Walaupun suda tiga tahun berlalu. terasa seperti baru semalam kejadian itu berlaku. Kalau bukan sebab pertemuan yang singkat itu.
Aku tidak akan kenal apa itu cinta
Aku tidak akan kenal apa itu rindu
Aku tidak akan kenal apa itu kecewa
Aku tidak akan kenal apa itu kebahagiaan
Dan aku tidak akan mengenali hoseok
Aku sangat berterima kasi kepada tuhan sebab telah mempertemukan aku dengan hoseok , walaupun hanya sekejap dan kami tidak mempunyai banyak kenangan manis aku masih bersyukur.
" saya datang ni , saya harap awak tak lupakan saya "
Seperti biasa tiada jawapan dari dia
" awak nak tau sesuatu tak ? Saya dah pandai menari tau "
Sejak aku tau hoseok minat perempuan yang pandai menari aku terus belajar menari, dan guru tarian aku tidak lain tidak bukan jimin.
" saya rindukan awak seok , rindu sangat sangat , saya selalu pergi rumah bts dan masuk bilik awak kadang kadang saya tertidur sambil pegang gambar awak "
" saya dapat rasakan kehadiran awak kalau saya duduk dalam bilik tu. " betul! kalau aku tertidur dekat bilik hoseok , aku akan termimpikan dia , kadang aku dapat rasakan ada tangan membelai rambut dan terasa seperti ada seseorang mencium dahiku.
Aku tanya jin kalau ada sesiapa yang masuk bilik hoseok ketika aku tertidur dia akan jawab tiada.
Sejak situ aku percaya yang hoseok ada disisi aku.
" weh seok , kitorang datang ni , kitorang rindukan kau " ucap yoongi
" hyung, kookie rindukan hyung, rindu dengan gelagat hyung "
" nado hyung, sejak hyung takde rumah tu dah tak ceria tanpa hyung " air mata taehyung sudah mula jatuh
" tiada sehari pun kitorang tak rindukan hyung , kemana je kitorang pergi mesti kitorang akan teringat hyung " ucap jimin
" kalau sahaja hyung masih hidup mesti kita semua sentiasa happy kan " namjoon mula bersuara
" aku harap kau sentiasa tenang dekat sana , jangan risaukan kitorang dekat sini ye , satu hari nanti kita akan bersama mcm dulu " ujar jin
" walaupun dekat dunia ni kita bersama sekejap sahaja aku yakin dekat syurga nanti kita bersama selamanya " sambung yoongi
Hati aku mula sebak sekejap sahaja lagi air mata aku akan jatuh
" weh dahlaa jom kita balik , rasanya mcm nak hujan lah " kataku kepada mereka berenam. Mereka pun bersetuju.
" saya pergi dulu tau, nanti saya datang lagi melawat awak "
Sebelum air mata aku mengalir dengan derasnya baik aku pergi
Kalau hoseok lihat aku menangis pasti dia tidak suka," kami pergi dulu hyung- seok " ujar mereka serentak
" sentiasa ingat yang saya akan sentiasa cintakan awak "
Aku memandang sekilas kuburnya hoseok sebelum kaki aku melangkah meninggalkan tempat perkuburan itu.
Aku kesat air mata aku.
Sungguh berat hati aku meninggalkan hoseok disana sendirian.
Lelaki yang bernama jung hoseok akan selalu kekal berada dalam hati aku.
Aku janji kau orang pertama dan terakhir seok!
Tunggu aku tau.
YOU ARE READING
[C] Crush || Jhs ||
RomancePertemuan yang singkat dikedai seven-eleven itu berakhir dengan suatu yang tak dijangka. Ost _ Bts Spring Day lullaby version Start : 11 july 2018 End : 12 july 2018