Aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. memandangkan dah seminggu lebih aku terperap dekat rumah baik aku keluar mencari ketenangan.
Kaki aku melangkah kemana saja hati aku inginkan, hati aku kosong, fikiran aku hanya melayang kepada lelaki itu .
Langkah ku terhenti bila aku melihat sekumpulan lelaki yang aku sangat kenali sedang duduk di kerusi . aku baru tersedar aku kini berada di sungai han.
Aku tersenyum aku cuba mencari kelibat si dia tapi sekali lagi aku hampa senyumanku perlahan lahan pudar .
Dan aku sedikit tersentak bila salah seorang lelaki itu menoleh ke arah ku dan membuat wajah seperti terkejut.
Dia kemudian memandang ke arah kawannya yang lain. Mulutnya berkumat kamit bercakap tapi aku tidak dapat dengar, sebab dia agak jauh.
Serentak enam kepala itu menoleh ke arah aku termasuk lelaki itu dan mereka berdiri lalu berjalan menghampiriku..
Ingin sahaja aku melangkah pergi tapi kakiku terasa seperti tidak ingin berganjak .
Sampai sahaja mereka di hadapanku , lantas salah seorang dari mereka mengucapkan hai kepadaku.
Aku pun membalas dan membungkukkan sedikit badan ku. Tidak mahu di cop sombong, apa salahnya aku balas.
" kalau saya tidak silap awak kan yang kawan kitaorang terlanggar dekat kedai 7eleven hari itu " tanya salah seorang dari mereka , aku mengangguk perlahan
" dah lama kitaorang cari awak , kitaorang ada sesuatu untuk disampaikan kepada awak " sambung lelaki yang mempunyai dimple itu.
" jungkook kau ada bawa surat tak? " tanya lelaki yang berkulit cerah itu kepada lelaki bermata bulat itu.
" mestila , tiap hari aku bawa " ucap lelaki bernama jungkook itu sambil menyeluk poket seluarnya
Hati aku mula berdebar debar , dan badan aku sedikit menggigil ketika ini.
" Nah awak baca la " ucap jungkook lalu menghulurkan sampul surat berwarna hijau muda itu.
Sebaik sahaja sampul surat itu bertukar tangan aku lantas mendongak memandang ke enam wajah lelaki tersebut
" m-mana lelaki yang langgar saya haritu " tanyaku sedikit gugup.
YOU ARE READING
[C] Crush || Jhs ||
RomancePertemuan yang singkat dikedai seven-eleven itu berakhir dengan suatu yang tak dijangka. Ost _ Bts Spring Day lullaby version Start : 11 july 2018 End : 12 july 2018