Hari demi hari aku menahan rasa sakit , rasa rindu , rasa pilu , rasa sebak di dada .
Dah seminggu aku tidak makan minum mahupun mandi , yang aku tahu aku cuma ingin jumpa lelaki itu.
Aku sendiri keliru dengan diri aku yang sekarang ini, tidak pernah aku berkelakuan seperti ini hanya disebabkan lelaki.
Aku terlalu berharap agar dipertemukan dengan dia
Sedangkan pertemuan kami hanya kebetulan dan mungkin sahaja lelaki itu sudah lupa.
Atau mungkin sahaja dia langsung tidak peduli tentang aku.
Aku sahaja yang berharap lebih lebih.
Aku tidak menyesal jatuh cinta dengan lelaki itu, tetapi aku sangat menyesal sebab aku pergi begitu sahaja haritu.
Kalau sahaja masa boleh diputar kembali aku akan menjawab pertanyaannya itu dan aku akan ajak dia berkenalan.
Kata kata sahabat baikku selalu bermain difikiran aku
kalau kau suda ditakdirkan sebagai jodohnya dia menjauh sekali pun kau dengan dia akan bersama kelak
Dengan kata kata itulah aku masih bertahan dan menunggu dia sampai sekarang.
YOU ARE READING
[C] Crush || Jhs ||
RomansaPertemuan yang singkat dikedai seven-eleven itu berakhir dengan suatu yang tak dijangka. Ost _ Bts Spring Day lullaby version Start : 11 july 2018 End : 12 july 2018