34

336 17 0
                                    

Diaz Etyan POV

Niatku untuk marah pada Tan Sri Malik mulai pudar bila ternampak Etyana bertindak seorang diri untuk membunuh dia .

" Dian Etyana binti Elhan , stop ! " gesaku .

" Apa kau nak Yan ? Aku penatlah asyik kena dengar arahan kau ! Sebab kau , adik kesayangan aku mati ! " tengking Etyana seperti tidak tentu hala .

" Maafkan aku Et ! " rayunya .

" Takkan sesekali , sebab kau punca ! Kalau dari dulu lagi , kau tak libatkan aku dalam dunia ni mesti semua benda ni tak jadi ! Kau punca adik aku mati !!! " marah Etyana seraya mencapai pistol berdekatan dengannya lalu diacukan pada Etyan yang masih tercengang dengan situasi ini .

" Jangan cakap macam tu Et ! Aku buat semua benda ni bersebab ! Bukan sesaja !!! Ini semua untuk sentiasa memastikan keadaan kau dengan Eryat selamat ! " bentaknya pula .

" Tak ! Kau tipu aku ! Aku tak boleh terima semua ni ! Kau tipu Yan ...... " seraya itu bergenang air mata Etyana .

Melihat keadaan Etyana bergitu tertekan terus Etyan mencapai tubuh adiknya lalu dipeluk .

" Maafkan aku Et ! Aku takda niat pun nak bunuh sesiapa tapi percaya cakap aku ..... aku sayang kau dengan arwah Eryat macam nyawa aku sendiri . Aku buat semua ni sebab aku nak pastikan takda sesiapun boleh usik korang berdua . Tapi lepas jadi macam ni , aku macam tak guna sebab tak mampu nak protect korang berdua ! Jadi aku rasa sedih " selepas mendengar luahan hati Etyan lagi membuatkan Etyana seperti hendak tembak sahaja dirinya sendiri .

" Maafkan aku Yan ! Tuduh kau bukan - bukan ! " ucap Etyana perlahan .

Terus Etyan mengusap rambut Etyana lalu berkata " Aku faham , emosi kau belum stabil lagi . Mungkin sekarang kita sedih tapi percaya cakap aku , Tuhan dah rancang apa yang terbaik untuk kita . Ada sebab kenapa Mama dan Papa pergi dulu . Ni semua takdir kita . Allah adalah sebaik - baik perancang " kata Etyan lembut .

Terpaku Etyana melihat Etyan , dia tak sangka Etyan masih ada lagi dengan dia walaupun , dia hampir sahaja bunuh abangnya sendiri .

Tanpa menunggu lama Etyana terus mencapai tangan Etyan lalu berkata " Maafkan aku Yan . Aku tahu aku banyak dosa dengan kau " terus rasa tenang sikit hati Etyana selepas itu .

" Dah jom balik , aku nak kita macam dulu . Walaupun dah takda Eryat " sejurus terus Etyan terus mengangguk .

Sebulan kemudian ,


" Amin Amin ya rabbaalamin " selepas selesai membaca yassin , air mawar disiram pada kubur arwah Eryat , Papa , Mama dan Baby Et .

Selepas itu , cepat - cepat Etyana mencapai jug yang dihulurkan oleh Etyan . Dengan rasa sedih yang menimpa dirinya , Etyana gagahkan jua .

" Et harap semua bahagia di sana , Et dan Yan dekat sini hanya mampu mendoakan sahaja " kata Etyana perlahan sebelum air matanya jatuh dek kerana tidak mampu ditahan lagi . Tanpa menunggu , terus Et masuk kereta .

Etyan yang melihat hanya mampu berkata " Sabar yea Et . Aku tahu , Et seorang wanita yang kuat . Jangan pernah putus asa untuk teruskan perjuangan hidup walaupun dah banyak ujian yang kau tempuh " seraya itu dia mencapai jug tadi dan terus masuk ke kereta .

" Aku nak pergi satu tempat ni , boleh tak Yan ? " soal Etyana setelah Etyan memasuk ke kereta mereka .

" Boleh je , tapi nak kemana ? " soal Etyan pelik , padahal tadi Et baru je lepas nangis .

" Cakap je boleh ! Jangan banyak soal ! " kata Et geram .

" Boleh tapi sekejap je tau , takut lambat " jawab Etyan membuatkan Et terasa bahagia sekejap .

Fadyan Rayyan POV

Dua minggu lagi dia , Fad akan melangsungkan perkahwinannya bersama Nadia . Walaupun , orang di sekelilingnya tampak gembira tapi tidak pada dirinya .

Dalam pada masa yang sama , Fad terasa seperti ada sesuatu yang menghalang dia .

Tanpa berkata apa - apa terus Fad mencapai kunci kereta nya dan bergerak ke suatu destinasi yang ingin ditujuinya .

Sesampai sahaja di sana , mata Fad bagaikan terpaku melihat satu figura yang amat dia rindui .

Tanpa menunggu lama terus Fad mengejar si dia tanpa memikirkan orang sekeliling nya .

" Tolong jangan buat saya macam ni " rayu Fad .

" Aku takkan buat macam ni , kalau kau tak mulakan dulu ! Maaf , aku tak kenal kau ! " ucap si dia .

To Be Continue 💋

C|| Curi Hati Si Dia [Re-Edit]Where stories live. Discover now