Selepas 1 tahun , akhirnya Fadyan Rayyan menamatkan zaman bujangnya pada umur 28 tahun dengan jaya bersama isteri tercinta .
Walaupun banyak rintangan dan halangan terpaksa dilaluinya , Fad masih lagi teguh dengan kekasih hatinya .
Jari manis si isteri dicapai , lalu disarungkan cincin . Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar seperti apa yang Fad rancang .
Wajah tersenyum Dian Etyana dipandang , selepas apa yang berlaku Etyana masih lagi setia padanya . Cuma yang buta masa itu , adalah Fad sendiri .Ingat lagi masa malam yang Fad ingin meminta pendapat tentang Etyana daripada adik - adiknya , masing-masing membangkang .
Tepat jam 8.30 malam , adik beradik Fad berkumpul di ruang tamu rumah mereka . Masing masing menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sikap Fad , yang kadang kala seperti tiada pendirian tetap .
" Along , ada apa - apa nak bagitau ke ? " soal Angah memecahkan suasana sunyi antara mereka .
Fadyan seakan tersedar daripada lamunan terus bangun dan berlalu pergi ke biliknya lalu mengambil sesuatu .
Kotak baldu yang diambil tadi , diserah pada Angah . Angah pula terkejut dengan riaksi si Along .
" Apa benda kau merepek ni Along ? Again , nak malukan keluarga lagi ?! " soal Angah sedikit geram .
" Kalini , Along betul - betul serius . Setahun sahaja dan semua benda akan selesai , kita akan hidup seperti biasa " jawab Fad tenang .
" Jadi apa perlu kita orang buat Long ? " soal Uda sedikit ragu - ragu .
" Prepare hujung minggu ini untuk risik Etyana , janji ini kali terakhir untuk seumur hidup Along . Lepasni kira settle " kata Fad seraya menunjukkan jari kelingkingnya tanda Pinky promise .
Wajah adik beradiknya yang tersenyum , membuatkan hati Fad lega .
Masanya telahpun tiba , rombongan merisik daripada keluarga Fad datang menerjah rumah Etyana .
Etyana pula terkejutnya bukan kepalang , nasib masa itu Etyan baru sahaja balik dari outstation semalam . Sungguh situasi ini di luar jangkaannya .
Nasib rombongan daripada Fadyan semua memahami keadaan mereka sekeluarga , jadi segala urusan berjalan dengan lancar dan paling penting simple .
" Alhamdulillah , kalau pihak keluarga Etyana sudah bersetuju . Bolehlah kita tetapkan tarikh perkahwinan mereka " kata Cik Aki wakil keluarga Fadyan .
Dengan tenang Etyan pula menjawab " Kami tidak kisah , asalkan kena dengan tarikh yang dipilih dan tidak bersilang hari " kata Etyan tenang .
Sesuai selesai sesi merisik , rombongan daripada Fadyan pun pulang .
Pulang sahaja tetamu , mata Etyan tertancap pada Dian Etyana . Dian yang terasa seperti dipandang seseorang , terus dia memalingkan matanya pada Etyan .
" Aduh , mati gue kayak gini " gerutu Etyana dalam hatinya .
" Ada apa - apa yang Abang tak tahu ke ? Mind to share with me ? " kata Etyan perlahan tetapi sedikit keras .
Mana tidaknya , tanpa tanda atau information terus rumah mereka dipenuhi dengan keluarga Fadyan .
" Bukan Dian tak mahu bagitau , Dian pun tak tahu menahu " jawab Etyana perlahan dengan kepalanya sedikit tertunduk .
Terus muka Etyana yang tertunduk itu , Etyan angkat dengan perlahan . Terus mata Etyan tepat pada anak mata Etyana .
" Percaya pada Fad . Abang izinkan Etyana untuk bahagia " kata Etyan sambil tersenyum kecil membuatkan Etyana terkedu .
Buat kali pertama selepas kematian Eryat , Etyan tersenyum . Terus badan Etyan didakap , lalu berkata " Terima kasih Abang , Et janji tak akan sia siakan " sejurus selepas itu , telefon bimbitnya dicapai nombor Fadyan didail .
Malam persandingan mereka hanya dibuat simple sahaja atas permintaan Etyana sendiri , bukan kedekut tapi dia tidak mahu membazir . Sebab Etyan kata mahu sponsor tapi dia tidak mahu membebankan Etyan .
Lagu kahwin didendangkan , semua tetamu menjamu dengan hidangan yang telah disediakan . Walaupun malam , perkahwinan mereka masih lagi disambut meriah .
" Terima kasih Fad " kata Etyana perlahan dan Fadyan hanya tersenyum .
" Nanti malam , kita perkenalkan diri kita semula sebagai pasangan yang baharu . Back to zero " kata Fadyan perlahan seraya memandang Etyana .
Selepas tamat sahaja majlis , mereka semua pun bermula untuk misi mengemas . Pasangan pengantin pula , sibuk membasuh periuk belangnga tanda berterima kasih kerana menjayakan majlis perkahwinan mereka .
Sedang tangan Etyana elok menggosok perut periuk , muncul Fadyan di belakang dengan sebaldi air .
Splash ...
Etyana yang tidak tahu menahu itu , sudahpun basah kuyup dek kerana disimbah air oleh Fadyan .
Level sabar Etyana semakin menipis , sudahlah Fadyan tidak mahu menolong ! Ini lagi dibasahkannya Etyana .
" Kau buat apa Fad ?! " tanya Etyana sedikit dingin .
Fadyan dengan selamba meninggalkan Etyana yang basah kuyup di situ seorangan .
Tapi belum sempat Fadyan melangkah , berus periuk jatuh tepat mendarat di atas kepala Fadyan .
Etyana hanya tersenyum sinis melihat suaminya mengerang kesakitan .
" Baru kau tahu , itulah balasan bila suka sangat tipu aku dulu ! Itu baru sikit tau ?! " kata Etyana selamba .
Dengan perasaan serba salah , Fadyan terus duduk menghadap isterinya . Kepala diusap lembut sebelum berkata " Aku minta maaf pasal semua benda ini . Aku tahu plan aku ni terlalu drastik , tapi percaya aku sayang kau selamanya " ucap Fadyan seikhlas hati lalu memeluk isterinya .
Tersenyum Etyana mendengar ucapan lembut suaminya . Sekarang dia dapat rasakan yang segalanya sudah lengkap .
Sekarang baru Etyana berlajar sesuatu , setiap apa yang dia ada tidak mungkin akan kekal selamanya . Maka , teruskan tersenyum jika itu akan membuatkan kamu merasa lega .
Dan mulai dari sekarang , dia perlu percaya " Kehilangan sesorang itu , pasti ada hikmah . Kita sebagai hamba-Nya , hanya perlu percaya segala perancangan-Nya tanpa ada sedikit pun keraguan " .
TAMAT
Copyright 2020 [Iawnai]
Terima kasih untuk segalanya , maaf jika terdapat sebarang kekurangan . Terima kasih untuk yang masih setia . Terima kasih lagi untuk yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak langsung . Sesungguhnya , seorang Iawnai tidak akan habiskan cerita jika tiada dorongan .
Sekian , me love you ❤️
YOU ARE READING
C|| Curi Hati Si Dia [Re-Edit]
רומנטיקה[ COMPLETED ] ✓ "Aku sayang kau tapi kau benci aku !" ucap Etyana . S T A R T : 5 Dec 2016 R E W R I T E : 28 Feb 2019 E N D : 17 Nov 2020 Thanks for your time spend with my stories . Sorry if I make a mistake . Thanks for always support and don't...