30

1.1K 66 10
                                    

Dian Etyana POV

Selepas dirinya dipanggil Qhai terus Et keluar lalu mencapai kunci kereta .

" Et , follow kereta yang Eryat bawak tu . Aku nak tahu sangat mana dia pergi selama ni " kata Qhai lalu dibalas anggukan .

Kereta Eryat berhenti di sebuah kedai makan yang dahulu Fad selalu bawanya . Seketika pelbagai memori bersama lelaki itu terjah masuk kepalanya .

Qhai yang melihat terus menegur gadis itu . " Dah kau jangan nak pengsan ! Aku nak tengok apa yang Er buat dengan minah tu . So kau tunggu sini ! " kata Qhai tapi lantas lengan Qhai ditarik .

" Tak payah ! Biar aku yang tengok keadaan adik aku sendiri . Kau jaga kereta , apa - apa jadi tolong back- up Eryat ! " arah Et pada Qhai .

Baru kaki ingin melangkah masuk ke dalam restoran itu , Etyana mendapati tubuh Eryat dikerumuni ramai orang . Badan Eryat berlumuran darah dan seketika dia lihat wajah Nadia dan Fad masing - masing memucat .

Etyana tidak mampu buat apa , dia tak nak Eryat mati ! Tanpa berlengah dia terus panggil Qhai . Qhai lari tergopoh - gopoh lalu mendapatkan tubuh Eryat yang berlumuran darah .

" Qhai kau bawak Eryat pergi hospital . Aku nak uruskan sikit hal " kata Etyana dengan sakit yang ditanggung dan juga lepas melihat keadaan Eryat tapi lagi buat dia tidak keruan .

Tanpa berlengah , pistol yang berada dipoketnya dicapai lalu dihunuskan tepat mengenai dahi Nadia .

Lalu dia berkata " Kau , kalau adik aku mati . Aku akan bakar kau hidup - hidup tak ubah macam bangkai ! Macam aku cakap , kalau dari awal kau tak main gila dengan aku ..... kau takkan terseksa ! " kata Etyana dengan pistol itu masih lagi bermain di seluruh muka Nadia .

Namun segera Fad bertindak dengan menolak gadis itu sehingga terjatuh . Lalu Fad berkata " Kalau adik kau tak start , dia takkan tembak adik kau lah bit*h ! Kau jangan ingat aku akan maafkan segala perbuatan kau ! Dasar perempuan tak guna ! " herdik Fad .

Tetapi wajah Etyana nampak biasa tapi hatinya perit mengenangkan setiap apa yang lelaki itu katakan . " Kau ingat kau boleh tenang ke bila adik kau kena tembak depan mata kau sendiri !!! " marah Etyana .

Selepas itu , matanya mencerlung ke arah Nadia yang dari tadi diam sahaja " Aku takkan berdiam diri ! Sekali kau berdendam dengan aku sampai mati aku akan ingat Nadia Wina binti Tan Sri Malik . Musuh nombor satu aku ! Dan pembunuh keluarga aku ! " sinis katanya .

Nadia terus tergamam tanpa berlengah dia menarik tangan Fad lalu pergi berlalu pergi meninggalkan Etyana keseorangan .

Etyana pula terus masuk ke kereta Eryat . Dia ada kunci pendua kereta Eryat . Tanpa berlengah dia terus bertolak ke hospital untuk melihat keadaan Eryat .

Sampai sahaja ke hospital , dia terus mendapatkan Qhai . Bahu Qhai ditarik seketika pecah juga empangan air mata yang dia tahan tadi .

" Aku tahu kau kuat Et ! Tolong jangan nangis Et ! " pujuk Qhai .

" Aku bodoh Qhai sebab terlalu percayakan dia sampai adik aku jadi mangsa ! Aku bodoh ! Aku bodoh Qhai ! Perit hati aku Qhai kena tahan benda ni semua . Lama aku tunggu dia , tapi dia buat aku macam sampah ! " kata Etyana menyalahkan dirinya sendiri .

Selepas beberapa minit , Etyana tidur sebelah Qhai . Qhai memandang Et lalu berkata " Mungkin tiba masanya untuk aku panggil dia " tekad Qhai apabila mengenangkan keputusan tadi segera mencapai telefon nya .

Flashback ,

" Siapa sini waris Diaz Eryat bin Elhan ? " soal Doktor .

Segera Qhai mengangkat tangannya sebab Etyana sudah pun tertidur . Dengan cepat Qhai mengatur langkah .

" Saya penjaga dia . Macam mana keadaan Eryat doc ? " tanya Qhai lalu dibalas gelangan daripada Doktor .

" Harap pihak tuan dapat bersabar , pendarahan yang pesakit alami amatlah teruk . Maaf kami tidak dapat selamatkan pesakit . Kami harap pihak tuan dapat segerakan pengurusan kematian arwah " kata Doktor lalu menepuk bahu Qhai beberapa kali sebelum pergi .

End flashback .

Suatu nama di cari lalu panggilan masuk .

" Hello Bro , Eryat dia dah meninggal " kata Qhai .

To Be continue 💋

C|| Curi Hati Si Dia [Re-Edit]Where stories live. Discover now