1 📌

7K 296 2
                                    

Terkadang aku perlu kawal mereka dengan cara menipu mereka. Buat emosi mereka terganggu tetapi aku tidak mahu , namun aku terpaksa disebabkan dia aku akan buat semua orang merana.

Disebabkan dia, orang sekeliling aku terkena tempias dan percikan darah manusia yang penuh dengan dendam.

Kisah aku bermula bila Papa, Mama, Etyan dan Baby Et diburu oleh kuasa jahat. Mafia yang sentiasa licik dengan pelbagai helah yang dibuat dan kejadian telah memerangkap orang yang aku sayang seterusnya mereka meninggal tanpa kesan.

Kerana harta, mereka sanggup membuat bergitu tanpa fikir pada akibatnya. Tamak kan harta dunia yang tiada nilai. Mereka bunuh keluarga aku kerana perniagaan keluarga semakin maju.

Dan kerana itu, wujudlah aku sebagai penuntut bela ke atas kematian keluarga aku.  Mereka bunuh keluarga aku tanpa belas kasihan dan aku akan berbuat demikian.

Muncullah aku sebagai orang terkuat mafia iaitu Ketua Mafia Blackblood yang akan menjatuh orang yang pernah berdendam dengan keluarga aku .

Dan juga aku akan menipu lawan aku untuk kemenanganku.

Kau datang dengan agenda dan aku jemput kau dengan menuntut bela terhadap kematian keluarga aku.

C|| Curi Hati Si Dia [Re-Edit]Where stories live. Discover now