BAB 8

1.4K 66 5
                                    

Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..

🍁🍁🍁

Aku mengeluh berat apabila melihat sarapan yang dibuat oleh aku tidak sedikit pun dijamah oleh Rudy.

Aku makin keliru dengan sikap Rudy kebelakangan ini. Sikapnya berubah-ubah seperti musim yang selalu berubah-ubah.

Kadang-kadang aku terfikir. Apa salah aku? aku ada buat sesuatu ke sampai dia seakan memarahi ku begitu sekali.

🍁🍁🍁

Pagi-pagi lagi Rudy sudah membuka cafe milik Evy. Sengaja dia mahu mengelak dari Ali. Sakit hatinya soal kelmarin masih ada lagi.

Roti bakar diambil lalu dimakan. Itupun sedikit.

"Tak sama dengan yang Ali punya" bicaranya sendirian.

Bagi Rudy, tekaknya sudah terbiasa dengan masakan Ali. Tidak kiralah sama ad ianya kegemaran Rudy atau Ali. Asal Ali yang masakan dia telan sahaja.

Tanpa sedar setitik demi setitik air mata Rudy gugur.

Tap.. Tap..

Jangan terlalu ego,
jika tidak.. kau akan,
kehilangan sesuatu permata,
seperti mana sebelum ini,
kau gagal untuk melindungi,
permata itu.. - Rai.

Daha duduk berhadapan Rudy. Dia tahu Rudy tidak perasan akan kehadirannya. Yelah, termenung dah sampai planet pluto mana nak perasan. Ye idok?.

"Rudy?" panggil daha lembut.

Rudy tersentak lalu memandang Daha. Senyuman yang jarang ditonjolkan diberi. Ikhlas.

"Aku tak nak masuk campur hal kau.. Cuma dua tiga hari ini kau nampak lain. Kau.. Ok ke?" soal Daha prihatin.

Rudy diam. Wajahnya dipalingkan ke lain.

Daha senyum. Tangan Rudy digenggam erat.

"Rudy.. Kalau kau ada masalah. Kongsilah dengan aku.. Kalau kau tak selesa dengan aku.. Kau boleh cerita dekat Rai.. Anna dan Lyza. Kitorang sudi dengar or maybe kitorang boleh tolong kau" ujar daha panjang lebar.

Bukan four legends sahaja yang perasan akan perubahan itu. Malahan seluruh akademi perasan akan perubahan itu.

Rudy masih sama. Ejen inviso itu tetap membisu. Namun, sedari tadi Daha perasan akan mata ejen itu berkaca. Tunggu masa sahaja mahu jatuh.

"Tak salah kalau kau luahkan segalanya dekat sini Rudy" lembut Daha memujuk.

"Hiks.. Hiks.." lantas Rudy memeluk erat daha. Menghambur segala tangisnya.

Daha mengusap lembut belakang Rudy lembut.

Air mata adalah,
adalah sesuatu cara meluahkan,
apabila bibir tidak mampu,
berbicara lagi.. - Rai.

"Aku tahu kau kuat" pujuk Daha.

"Hiks.. Hiks.. Sampai hati dia.. Hiks.." luah Rudy.

[C] Dia Penyelamatku Season 2 [RULI]✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang